Sambut Birthday Raudah Sakinah 4 Tahun Di Bulan Puasa



Sambut Birthday Raudah Sakinah 4 tahun Di Bulan Puasa
Walaupun dah agak lambat untuk kongsikan sambutan birthday anak kedua aku, Raudah Sakinah tapi masih gigih nak kongsi juga supaya ada kenangan sambutan ulangtahun yang boleh dikenang di masa hadapan. Kali ni sambutan birthday adalah masa bulan puasa ditambah PKP. Wehuuuu.

Anak kedua aku anak yang unik, wah begitu. Kenapa unik? Entahlah perangai sedikit sukar aku nak baca. Tapi aku tetap mencuba beri yang terbaik dan sentiasa lapang dada nak belajar tentang perangai dia. Sumpah perangai dia lain.

Kalau throwback semula, Raudah Sakinah dilahirkan pada 20 Mei 2016 di Gombak Medical Centre, Selangor dan disambut oleh doktor kesukaan aku; Doktor Zana Zalinda. Tahun 2020, maka genaplah umur dia 4 tahun. Alahai cepat sungguh waktu berlalu.

Banyak kenangan yang tercipta selepas kelahiran dia ke muka bumi ni. Kisah bersalin anak kedua ada akukongsikan di entri ini dan syukur pengalaman melahirkan Raudah tidaklah sepahit mana. Rezeki aku lahirkan dia secara normal. Cabaran waktu berpantang pun biasa-biasa sahaja.




Sambutan Hari Lahir Simple Tapi Bermakna
Oleh sebab Raudah sangat-sangat sukakan watak Elsa dalam cerita Frozen maka aku belikan dia kek Elsa dan juga hadiahkan baju kartun Frozen. Dia selalu perasan dia ialah Princess. Kuat melawa, nak rambut panjang supaya mudah nak gayakan macam princess, menangis kalau sebut nak potong rambut dia, tak suka bau busuk dan sedikit diva perangai dia ya.

Pendek kata dia sangat berlawanan sifat dengan aku. Aku sedikit boyish tapi bukanlah Sajat manakala Raudah nak jadi girl yang tulen. Adoyai. Kekok mama nak layan kau main Princess nak.

Bila aku belikan dia kek Elsa, dan hadiahkan baju gaun elsa Frozen tu memang dia melompat kegembiraan. Banyak kali dia ucap terima kasih dan macam biasa adik dia akan buat drama supaya dia pon dapat layanan sama. Fuh layan dua anak perempuan ibarat..hah sambung sendiri jelah.


Urusan pembelian dan penghantaran kek birthday sangat smooth tapi kek sampai awal sekitar jam 2 petang. Puasa pula tu. Memang kebas mulut aku nak menjawab soalan dia bila nak potong kek kakak. Sempat la kami berbuka dahulu dan lepas Isyak baru ajak dia potong kek. Alhamdulillah dia mampu untuk sabar.


Masa sesi potong kek, birthday girl kemain gembira bila kami nyanyikan lagu birthday tapi dalam masa yang sama adik dia buat onar. Melalak nak potong ke, nak pegang handphone, nak duduk depan handphone dan buat segala benda yang dapat rosakkan mood. Eh macam birthday dia lah. Mujur semua dapat bersabar.



Kenangan Tertukar Anak
Sebenarnya sampai sekarang aku masih ingat kenangan berada di hospital selapas lahirkan dia. Bila ingat balik dengan suami memang kami akan gelak sampai keluar air mata. Kisahnya begini, selepas selesai urusan bersalin aku ditolak masuk ke wad. Sementara tunggu nurse bawa anak untuk disusukan, aku cuba untuk tidur dan rehat tapi tak berjaya sebab perasaan teruja nak peluk dan cium anak aku berkobar-kobar.

Elok je aku nak lelapkan mata, nurse ketuk pintu bilik dan serahkan baby. Masa ni suami ada di sisi teman aku. Tanpa berlengah memang aku sambut dan terus cium-cium anak aku. Nurse tidak lah tunggu dia terus keluar dari bilik. Tapi..masa ni aku dah mula rasa pelik. Aku perhati je anak yang aku pangku sambil aku tertanya-tanya kenapa anak aku banyak bulu di tangan dan muka sedangkan aku dan suami bulu kami sedang-sedang je. Sambil nak tergelak aku gomol-gomol anak aku.

Weh serius masa ni gelak lagi. Aku siap berdialog dengan baby, aku cakap “hey awak anak siapa ye?”..masa ni aku macam bergurau manja dengan anak la. Berbulu atau apa je keadaan anak aku semestinya aku terima saja sebab sayang weh. Suami pun sempat peluk cium, usap, belek jari,kaki semua lah.

Tak sampai sepuluh minit macam tu, pintu bilik diketuk sekali lagi oleh nurse yang sama. Tiba-tiba nurse tu bersuara, “maaf ye puan, saya nak ambil baby tu semula. Kami tertukar anak puan.” Lol masa ni terlepas juga suara aku gelak dalam keadaan terkejut.

Biar betul ni nurse, macamana boleh tertukar? Habis tu mana anak aku. Panik terus.

Masa tu lah kami baru perasan yang “anak” tu pakai baju baby lain. Suami serahkan baju belang-belang Zebra hitam putih kepada nurse untuk dipakaikan lepas baby lahir. Nurse minta maaf banyak-banyak sebab tersalah serahkan anak. Dengan perasaan confused aku serahkan semula anak tu. Anak aku masih lagi berada di bilik bayi weh. Alahai sian kau wahai anak.

Elok je nurse keluar dari bilik, kami suami isteri pandang satu sama lain. Gelak besar weh kami berdua. Kalau lepas ni anak kami tertukar lagi macamana? Betul ke yang nurse bakal bawa ni anak aku? ah sudah.

Rupa-rupanya nurse tersalah ambil anak orang lain, mak baby tu masih belum sedar lepas Caeser. Kebetulan waktu kami melahirkan anak agak dekat tu yang jadi confuse. Lepas dapat anak kami yang sebenar baru lega. Perasaan tu Allah je yang tahu. Sebelum keluar hospital pun sempat aku tanya soalan tak salah beri anak. Takut weh.

Ekzema dan Raudah Sakinah

Keperitan dan dugaan membesarkan Raudah bermula bila dia berusia 5 bulan. Kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari babe. Masuk umur 5 bulan lepas dapat suntikan vaksin wajib, dia kena Ekzema.

Baca tentang kisah dia kena Ekzema ~ Sini 

Mild ekzema kot, entah. Tapi dia sampai tahap garu berdarah, melalak setiap masa, tak boleh panas, tak boleh aircond terlalu lama, kena ada mandian khas dan tak boleh pakai bedak mahupun lotion. Kulit dia ewwww.

Rasanya kos perubatan dia paling mahal jika dibandingkan dengan adik beradik dia. Yelah, abang dan adik dia aku bersyukur tak kena sakit apa-apa. Nauzubillah minta jauh la sebarang penyakit. Raudah paling banyak kenangan pahit dengan doktor, pernah buat aku panik dan menangis masa tidurkan dia dalam buaian sambil tengok darah dia muka dia meleleh. Syahdu bila kenang semula.

Apa pun mama doakan Raudah Sakinah menjadi anak solehah, berjaya dunia akhirat, diberikan kesihatan yang baik, berjaya capai apa yang di ingini. Maaf atas segala kekurangan mama dalam mendidik kamu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2020/06/sambut-birthday-raudah-sakinah-4-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penantian 15 Tahun Berakhir Wanita Sebak Disahkan Hamil Tak Sedar Dah 5 Bulan Baby Dalam Perut

Penantian 15 Tahun Berakhir Wanita Sebak Disahkan Hamil Tak Sedar Dah 5 Bulan Baby Dalam Perut

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 359 hits
Memiliki cahaya mata sememangnya impian bagi semua pasangan suami isteri yang telah berkahwin Pun begitu terdapat juga pasangan yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata Begitulah seperti yang dikongsikan oleh...
Kerajaan Bersetuju Bagi Rakyat Malaysia Cuti Hari Isnin Minggu Pertama Bulan Jun Setiap Tahun

Kerajaan Bersetuju Bagi Rakyat Malaysia Cuti Hari Isnin Minggu Pertama Bulan Jun Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 739 hits
Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan media telah memaklumkan tentang pindaan tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI Pindaan tarikh ini tentu memberikan berita gembira dan teruja buat seluruh warga Malay...
S 7 7 Juta Lesap Dalam Penipuan 039 Sokongan Teknikal 039 4 Bulan Pertama Tahun Ini Naik 45 Kali Ganda Dari Tahun Lalu

S 7 7 Juta Lesap Dalam Penipuan 039 Sokongan Teknikal 039 4 Bulan Pertama Tahun Ini Naik 45 Kali Ganda Dari Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 281 hits
SINGAPURA Apabila Cik Barbara 61 tahun menerima panggilan pada pertengahan April dari dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja Singtel dan pegawai keselamatan siber beliau tidak mempunyai sebab untuk meragui mereka Penduduk te
Setiap Tahun Saya Sambut Raya Di Hospital Kp Kesihatan

Setiap Tahun Saya Sambut Raya Di Hospital Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 22/5/2020 - jumlah : 308 hits
Setiap tahun saya menyambut hari raya di hospital hari pertama umum Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Hisham berkata demikian sejurus menjawab persoalan yang dilontarkan wartawan berkenaan sambutan hari rayanya Jadi sel...
Tak Sedar 5 Bulan Dah Baby Dalam Perut 15 Tahun Menanti Wanita Ini Sebak Disahkan Mengandung

Tak Sedar 5 Bulan Dah Baby Dalam Perut 15 Tahun Menanti Wanita Ini Sebak Disahkan Mengandung

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 441 hits
Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya mengimpikan untuk memiliki cahaya mata Namun begitu terdapat juga pasangan yang terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk menimang cahaya mata 15 tahun menunggu sebelum disahkan hami...
Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2020 1441h Seluruh Malaysia

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Tahun 2020 1441h Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 494 hits
Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2020 1441H Seluruh MalaysiaJadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2020 1441H telah dikeluarkan melalui laman rasmi Jakim Jadual waktu atau takwim berbuka puasa dan imsak untuk tahun 2020 1441 lengkap...
Tips Menyusu Anak Susu Badan Ketika Bulan Puasa Ramadhan

Tips Menyusu Anak Susu Badan Ketika Bulan Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 492 hits
Tips Menyusu Anak Susu Badan Ketika Bulan Puasa RamadhanTips Menyusu Anak Susu Badan Ketika Bulan Puasa Ramadhan Sebagai ibu yang bekerja merealisasikan impian menyusu anak secara exclusive susu ibu sangat mencabar Saya merupakan ibu kepada...
Ayuh Kita Cuba Resipi Kuih Seri Muka Jagung Manis Di Bulan Puasa Ini

Ayuh Kita Cuba Resipi Kuih Seri Muka Jagung Manis Di Bulan Puasa Ini

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 610 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan bulan Ramadan dan juga amalan puasa yang datang setahun sekali Nanti kita aka...
Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 817 hits
Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal Ketika artikel ini ditulis hari raya aidilfitri dah masuk hari ke 2 Bagaimana raya anda Masih ceria gembira beraya ke Jangan lupa patuhi SOP yang digariskan oleh kerajaan kerana negara masih belum bersih dari...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip