Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Tak Cukup Bulan Kesan Asap Rokok
Seperti mana yang kita ketahui, asap rokok sememangnya memberi kesan kepada orang di sekeliling si perokok. Bukan hanya bayi, anak kecil, wanita hamil atau orang tua tetapi asap rokok ini boleh menjejaskan keadaan janin dalam kandungan. Asap rokok boleh menyebabkan oksigen tidak sampai kepada bayi sehingga menyebabkan banyak masalah lain.
Artikel Menarik: [Waktu Mengandung Selalu Sedih, Nanti Anak ‘Keluar’ Pun Kuat Menangis!]
Bayangkan, letih si isteri membawa perut tahu-tahu keguguran. Semuanya kerana si suami terlalu tegar merokok dan dengan rasa tidak bersalah melakukannya di hadapan si isteri! Banyak lagi risiko jika seorang wanita mengandung terdedah kepada asap rokok seperti yang dikongsikan oleh Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan melalui laman Facebooknya.
MEROKOK & KEHAMILAN
Rokok berbahaya pada anda, sama juga lah, berbahaya pada bayi dalam kandungan. Tak kira perokok tegar atau perokok pasif, kesannya sama. Kenapa bahaya tu?
Rokok akan merencat oksigen dan nutrisi penting sampai ke bayi melalui gangguan pada fungsi plasenta.
Merokok dapat meningkatkan risiko untuk:
Keguguran
Kehamilan luar rahim
Bayi meninggal secara tiba-tiba dalam kandungan, atau sejurus sahaja lepas dilahiran ( sepertiga baby yg meninggal sejurus selepas dilahirkan dikaitkan dengan ibu yg merokok )
Bayi dilahirkan dengan kecacatan – biasanya masalah sumbing bibir atau lelangit
Masalah tumbesaran dalam rahim – baby kecil dan bermasalah
Uri lekang ( placental abruption )
Risiko kelahiran bayi pramatang ( tak cukup bulan )
Artikel Menarik: [Cincin Ketat, Kasut Tak Muat. Jangan Cemas, Ibu Hamil Mungkin Alami ‘Water Retention’]
Kalau dah lahir pula, baby yang dilahirkan oleh ibu yg merokok berisiko:
Sindrom bayi mati mengejut ( SIDS ) – lebih-lebih lagi mak nye sambung merokok lepas bersalin
Asthma, jangkitan kuman pada peparu
Masalah tingkahlaku seperti ADHD
Prestasi anak anak ni kat sekolah tak memuaskan
Dengan berhenti merokok dan jauhkan diri dari asap rokok, SEMUA risiko yg saya sebutkan dapat dikurangkan.
Ape lagi? Jom katakan TAK NAK kepada rokok!
Artikel Menarik: [Bayi Sihat & Cantik, Amalkan Makanan Sunnah. Usaha Ibu Jaga Kandungan]
Bertanggung jawablah dan ambil inisiatif untuk tidak merokok (jika suami seorang perokok). Buat ibu hamil yang mungkin sering terdedah kepada asap rokok, elakkan untuk berada berhampiran si perokok (bukan hanya suami mungkin juga teman sepejabat atau orang awam ketika anda berada di luar rumah).
Jagalah kesihatan anda sebaiknya untuk menjaga kesihatan bayi dalam kandungan. Wanita hamil yang juga mungkin seorang perokok, fikirlah tentang anak anda. Berhentilah merokok!
The post Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Tak Cukup Bulan, Kesan Asap Rokok! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bayi-meninggal-dalam-kandungan-atau-lahir-tak-cukup-bulan-kesan-asap-rokok/