Sambal Tumis Sotong Di London




Saya memang suka memerhati sekeliling samada alam sekitar atau manusia di sekeliling. Nana selalu kata mama suka busy body. Saya sebenarnya bukan busy body tapi apa yang ada dalam hati saya, tidak dapat saya share di sini. Saya melihat keagungan Allah dan ciptaanNya. 
Lagi lagi sekarang bila saya tinggal di negara Barat yang majoriti adalah bukan Islam. Saya melihat mereka dengan hati yang berkata kata betapa bersyukurnya saya dilahirkan Islam. Mereka adalah bangsa yang sangat beruntung di dunia kerana dijadikan dengan segala keindahan semulajadi dengan badan tinggi lampai, hidung mancung, pipi dengan cheek bone, dagu cantik terletak, putih, rambut blonde, mata biru atau hijau. Cantik dan indah macam anak patung, macam Barbie. Sangat berbeza dengan bangsa lain. Hahaha apa lagi dengan orang Melayu.
Saya selalu tertanya tanya sendiri, apa matlamat hidup mereka. Adakah dunia syurga mereka semata. Ada juga yang "alim"  dalam agama mereka dengan cuba datang berdakwah dari rumah ke rumah. Saya terbaca komen di posting video pasangan gay yang maut dalam nahas Air India, ramai yang yakin mereka telah berada di syurga. Saya membaca kisah mereka dengan penuh rasa kasihan kerana mereka telah tersesat dan lagi tersesat. 
Sekarang dengan musim summer telah menghampiri, saya lihat ramai wanita di kejiranan yang memakai baju ala ala bra dan short. Itu baru di rumah mereka, kira OK lah. Saya sebenarnya setiap kali terpandang benda benda macam ni, akan cepat cepat mengalihkan pandangan. Rasa kesian pun ada. Ramai yang memberitahu kalau dah musim panas nanti, ramai akan berjemur dengan pakaian seperti ini.
Hari minggu yang lepas, saya diberitahu ada acara bogel di sekitar Buckingham Palace dan Trafalgar Square. Saya tak percaya sehingga ditunjukkan gambar di mana semuanya berbogel tanpa seurat benang. Hahaha belum tunggu di Padang Mahsyar, mereka dah berbogel tanpa seurat benang. 
Apa apa pun, kita yang telah diberikan cahaya iman, jagalah iman dengan perbanyakkan berdoa agar hati kita ditetapkan dan tidak dibolak balik. Doanya ialah 
"Rabbana La Tuzigh Qulubana, Ba`da `Idh Hadaytana, Wa Hab Lana Min Ladunka Rahmat, `Innaka `Anta Al-Wahhab". 
Bermaksud “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi.” OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.



Saya memasak sotong sambal tumis untuk dimakan dengan nasi lemak. Sotong ini walaupun besar dan 2 ekor namun bila dimasak, dapat sepinggan jer. Macam sekali makan gitu. Itu sebab harga sotong yang dah dimasak agak mahal harganya. Ambil sesenduk pun dah beberapa ringgit. Sebab sotong bila dimasak akan mengecut dan jadi lebih kecil saiznya.
Sotong ini besar dan panjang. Saya tak pernah rasanya beli sotong seperti ini. Sotong ini Nana beli di Billingsgate Market. Ianya tidak mudah lembut seperti sotong yang biasa kita beli di Malaysia. Jadi saya kena masak lama juga. Risau pulak kalau kalau terlebih masak, sotong boleh jadi liat. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Sambal Tumis SotongOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 ekor sotong - saiz besar2 biji bawang besar4 ulas bawang putih3 sudu besar cili kering kisar1 sudu besar gula1 sudu kecil garam1/2 sudu kecil pes asam jawaMinyak masak1 biji bawang besar Holland
Cara cara:Panaskan sotong di dalam kuali tanpa minyak sehingga air sotong keluar. Angkat dan tos. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan kisar bahan kisar dan cili kisar sehingga terbit minyak. Masukkan sedikit air dan tumis lagi sehingga terbit minyak. Ulang proses ini 2-3 kali bagi memastikan cili benar benar masak.
Setelah sambal terbit minyak cantik, masukkan pes asam jawa, gula Melaka, gula dan garam. Masak lagi sehingga terbit minyak. Sesuaikan rasa.
Akhir sekali masukkan sotong dan sedikit air jika sotong masih belum lembut. Nota: Kalau sotong kecil biasa, jangan lagi masukkan air supaya sambal tidak berair.
Masukkan bawang besar Holland dan kacau rata sehingga bawang layu. Tutup api.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/sambal-tumis-sotong-di-london.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ubi Rebus Ikan Masin Cicah Sambal Tumis

Ubi Rebus Ikan Masin Cicah Sambal Tumis

papar berkaitan - pada 5/6/2025 - jumlah : 211 hits
Lama ek tak makan ubi rebus Teringin nak makan tapi malas nak membuatnya sebab saya seorang je yang makan Encik suami Dia mana suka makan ubi rebus Itu yang malas nak buang tenaga masak ubi rebus Dah ada ubi rebus nak kena ada sambal pula T...
Sambal Tumis Sardin Petai Paling Legend Bau Je Dah Lapar

Sambal Tumis Sardin Petai Paling Legend Bau Je Dah Lapar

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 185 hits
Sambal Tumis Sardin Petai ni memang nampak sangat menyelerakan Sambal tumis yang pedas ikan sardin yang garing ditambah pula dengan hirisan petai yang besar besar begini memang sangat membuka selera Menunya biasa je tapi lauk beginilah yang...
Tips Sambal Sotong

Tips Sambal Sotong

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 154 hits
Tips penting untuk elak kuah sambal sotong berair banjir Tips ni adalah dari hasil kajian sendiri orang yang share tips ni dia niaga bertahun tahun tapi ini tips dia untuk dapat sambal merah mak ngah macam dalam gambar Tips sambal sotong Kr...
Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 196 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Seperti biasa jangan lupa untuk klik iklan tau kerana blog berbeza dengan youtube Kalau orang tak klik iklan yang keluar di blog memang kita tak ada income masyuuuk Kalau youtube lain kaedah nya Terima kasih a...
Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London

Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 184 hits
Bila berpeluang merasai hidup di UK membolehkan saya membandingkan kelebihan di tempat kita Ini yang dikatakan hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri Lebih baik lagi di negara sendiri Saya memang suka memerhati sekeliling M...
Sotong Katak Cara Kenal Harga Pilihan Masakan

Sotong Katak Cara Kenal Harga Pilihan Masakan

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 163 hits
Sotong Katak merupakan salah satu sotong yang popular dan yang terdapat di Malaysia Sotong ini dikenali sebagai sotong yang berbentuk besar dan beratnya boleh melebihi 10 5kg bergantung kepada tempat dan lokasi Mengenai Sotong Katak Sotong ...
Sotong Bakar Thai Ala Street Food Bangkok Sos Pekat Melekat

Sotong Bakar Thai Ala Street Food Bangkok Sos Pekat Melekat

papar berkaitan - pada 20/6/2025 - jumlah : 189 hits
Sotong Bakar Thai ni memang padu habis Ilham dari negara Gajah Putih sekali rasa terus jatuh cinta Lagi best kalau makan panas panas memang layan habis Resipi dari saudari Alia Adila Hassim ni bukan je sedap tapi senang gila nak buat Wajib ...
Cekodok Pisang Di London

Cekodok Pisang Di London

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 144 hits
Selama ini saya hanya mendengar sahaja atau membaca bab negara 4 musim Berbeza dengan negara kita yang panas sepanjang tahun kecuali musim tengkujuh akan hujan dan kadang kadang banjir Saya tiba di London musim spring yang sangat best Denga...
Kami Akhirnya Pulang Hasrat Bawa Anak Pindah London Terkubur Lima Sekeluarga Maut Nahas Pesawat Air India

Kami Akhirnya Pulang Hasrat Bawa Anak Pindah London Terkubur Lima Sekeluarga Maut Nahas Pesawat Air India

papar berkaitan - pada 13/6/2025 - jumlah : 134 hits
Pesawat malang Air India Flight 171 terhempas sejurus berlepas dengan membawa 242 penumpang termasuk krew dan pilot semalam Salah seorang mangsa yang tular adalah pasangan doctor Dr Pratik Joshi dan isterinya Dr Komi Vyas serta tiga anak me...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Cure For Malaysia S Generational Judicial Curse

Drama Abang Imam Minah Skuter

Serlahkan Acara Anda Dengan Mascot Costumes Yang Unik Dan Menarik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Maal Hijrah 1447h Untuk Tahun 2025

Seni Resin Art Keindahan Teknik Dan Kenapa Makin Ramai Jatuh Hati

Recommended By

Ayam Gunting Dan Enoki Goreng Crispy Pedas

Hujan Bukan Alasan

Taufiq Sabri Bila Pena Telah Diangkat Chord