Nasi Goreng Sedap Dan Kehidupan Di London


 

Bila berpeluang merasai hidup di UK, membolehkan saya membandingkan kelebihan di tempat kita. Ini yang dikatakan hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik lagi di negara sendiri. 
Saya memang suka memerhati sekeliling. Melihat kehidupan manusia di sesuatu tempat. Saya dapat merasakan betapa beruntungnya kita di Malaysia. Untung dari pelbagai segi. Di sini, rumah kecil kecil, bilik tidur kecil dan bilik air juga kadang hanya 1 sahaja untuk sebuah rumah. 
Bilik master bedroom di sini lebih kecil dari bilik tidur paling kecil di rumah saya. Bilik tidur di rumah saya semuanya menpunyai bilik air. Sebuah rumah tiga bilik di sini, hanya ada 1 bilik air. Rumah saya dengan 9 bilik dan 8 bilik air. Kadang terfikir mereka semua badan bersaiz besar, macam mana pergerakan di dalam rumah dengan tangga yang kecil. 
Di sini kita kena berjalan kaki untuk ke mana mana. Atau naik bas dan train. Maksudnya pengangkutan awam. Di tempat kita, keluar pintu rumah, terus masuk kereta dan parking terus tempat dituju. Satu rumah menpunyai sampai 7-10 buah kereta atau lebih. 
Makanan di sini tidak banyak “variety” berbanding di tempat kita yang merupakan “food heaven”. Terdapat pelbagai masakan, lauk pauk, kuih muih dari pebagai bangsa. Sarapan pagi makan tengahari dan makan malam meriah dengan pelbagai makanan seolah hidup untuk makan. 
Tapi setiap negara ada lah kelebihan yang mungkin tidak ada di tempat kita. Sebagai contoh, mereka memberikan pendidikan percuma. Ammar mendapat persekolahan percuma sedangkan di Malaysia, Nana membayar beribu ribu setiap bulan kerana dia belajar di international school. Cuma sekarang Aliya masuk pre school private yang yurannya £600 sebulan untuk 2 hari seminggu. 
Dari segi lain, kos barangan makanan di sini sangat murah. Maksudnya untuk orang yang bekerja di sini yang menerima gaji dalam pound. Banyak makanan di sini yang berharga bawah dari £1. Rasanya tak ada kot  atau tak banyak barang di Malaysia yang berharga bawah RM1.00. 
Kehidupan mereka di sini, tidak stress macam tempat kita. Petang atau hari minggu, ramai picnic tengah taman. Kerja nampak macam relax jer. Tak boleh kerja melebihi masa tertentu. Kalau tempat kita, balik pukul 6.00 petang, dah nampak macam balik awal. Kadang meeting sampai solat asar pun hampir terlepas. Macam tak cukup kerja. Kena stay back sampai pukul 8.00 malam, baru lah nampak seorang pekerja yang hardwork. Belum kira lagi kena jerit dengan boss dibuat kita macam budak yang tak ada maruah diri. 
Anak anak sekolah di sini juga lebih relax, tidak dibebankan dengan pelbagai homework. Mereka juga sangat mementingkan kesihatan mental di mana di setiap perumahan, ada disediakan taman permainan untuk anak anak bermain dan beriadah. Anak anak tak boleh terkurung dalam rumah, nanti mereka akan stress. Hak kanak kanak juga dihormati. 
Dari segi penjagaan kesihatan juga, saya mendapat surat dari NHS untuk menjalani ujian pemeriksaan kanser usus. Seminggu kemudian, mereka menghantar “test kit” untuk kita mengambil sampel dan dikembalikan secara pos dalam envelope yang disertakan. Selepas 14 hari mendapat keputusan ujian. Alhamdulillah. NHS juga menelefon untuk menawarkan jika saya mahu melakukan ujian mammogram. 
Memang di sini negara berkebajikan, seorang sahabat saya yang telah lama menetap di sini telah diberikan tempat tinggal percuma dengan pelbagai kemudahan. Diberi lagi elaun bulanan seperti pencen untuk warga emas. Dihantar pegawai untuk memeriksa kebajikan beliau. 
Tapi apa apa pun, saya suka berada di sini tapi bukan untuk jangka masa lama. Paling lama setahun atau dua sahaja. Sekadar untuk merasa sahaja. Sebenarnya saya suka ke sini kerana ianya tempat shopping barangan berjenama. Tapi saya sekarang tidak lagi membeli kerana apa yang ada pun dah jarang pakai. Sejak di sini, saya jadi takut nak pakai barang kemas pun. Apa lagi nak bawa handbag berjenama. 
Namun begitu, saya lebih mencintai negara kita kerana banyaknya kemudahan ilmu dan ibadah untuk persiapan hari akhirat. Merata rata tempat ada nya kelas pengajian, usrah, tadarus dan banyak lagi. Dan yang lebih utama, di sana adanya famili, sahabat sahabat saya dan kenalan saya. Ok setakat ini dahulu. Jom masuk bab masakan pula. 

Perasan tak ada masa kita masak sesuatu terasa sangat sedap berbanding dengan hari hari lain walaupun bahan sama dan cara sama. Hahaha gitu lah saya. Nasi goreng hari ini terasa sangat sedap ditekak saya. Makan pula nugget yang diberikan Amna masa ke Peterborough. 

Yang saya rasa kelainannya ialah saya menggunakan bawang yang agak banyak dan goreng hampir garing, jadi bau sangat wangi. Keduanya, nasi goreng saya hari ini basah basah sedikit kerana saya menggunakan ikan bilis yang dikisar dengan air. Masa dimasukkan nasi, rencah tumisan masih basah. Jadi bila digaul sekali dengan nasi, nasi jadi sedikit lembut. 
Apa apa pun, saya memang penggemar nasi goreng. Kalau untuk sarapan, saya tak perlu nak fikir nak makan apa bila ada nasi goreng. Tak perlu fikir nak makan dengan lauk apa pun. Bukan sahaja sarapan, makan tengahari dan malam pun, saya OK kalau dengan nasi goreng. Cuma pelbagaikan jer nasi goreng tu supaya tidak bosan dengan sejenis jer. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....

Nasi Goreng Mudah dan SedapOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 mangkuk nasi putih 1-2 sudu besar cili kering kisar - ikut pedas disukaiSejemput ikan bilis - kisar kasar2 biji telurGaram secukup rasaMinyak masak
Bahan hiris:1 biji bawang besar - saiz kecil4 ulas bawang putih 
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga naik bau dan sedikit keperangan. 
Masukkan ikan bilis yang dikisar dengan sedikit air. Kacau rata. Setelah sebati, masukkan garam dan kacau rata. 
Pecahkan 2 biji telur dan biarkan separuh masak, baru telur dikacau rata. muuaa 


Akhir sekali masukkan nasi dan kacau rata. Besarkan api dan kacau sehingga nasi melompat lompat. 

Selamat mencuba….




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2025/06/nasi-goreng-sedap-dan-kehidupan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayam Goreng Madu Yang Sangat Sedap

Ayam Goreng Madu Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 10/6/2025 - jumlah : 147 hits
Alhamdulillah kita bersua lagi Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada follower saya yang telah singgah di blog dan sudi pulak untuk klik iklan yang keluar di blog saya Alhamdulillah rezeki untuk saya melalui sokongan anda semua T...
Resipi Nasi Goreng Ala Restoran Mamak Masak Macam Ni Comfirm Jadi

Resipi Nasi Goreng Ala Restoran Mamak Masak Macam Ni Comfirm Jadi

papar berkaitan - pada 17/6/2025 - jumlah : 143 hits
Mana peminat Nasi Goreng Mamak Ha Bagi yang tercari cari resipi nasi goreng sedap ni boleh cuba resipi resipi perkongsian saudara Wan LuQman ini Menurut beliau resipi ini hasilnya 100 sama dengan Nasi Goreng Mamak yang dibeli di restoran Wo...
Nasi Goreng Kampung Mudah

Nasi Goreng Kampung Mudah

papar berkaitan - pada 22/6/2025 - jumlah : 124 hits
Nasi Goreng Kampung MudahBahan bahan 2 cawan nasi putih 2 ulas bawang putih 3 biji cili padi 1 genggam ikan bilis 1 biji telurSayur kangkung atau sawi 1 sudu besar kicap Garam secukup rasaMinyak untuk menumisCara cara 1 Panaskan minyak tumi...
Nasi Goreng

Nasi Goreng

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 144 hits
Pagi semua Assalamulaikum Alhamdulillah rezeki pagi ni nasi goreng Menu simple tapi cukup mengenyangkan dan tidak menjemukan anak tekak Ada lebihan nasi semalam yang tersimpan rapi dalam peti sejuk goreng saja bersama segala bahan yang ada ...
Resipi Garlic Bread Sedap Tak Guna Banyak Bahan

Resipi Garlic Bread Sedap Tak Guna Banyak Bahan

papar berkaitan - pada 19/6/2025 - jumlah : 164 hits
Jom buat Garlic Bread sedap Jika di rumah ada yang sangat susah nak habis boleh cuba resipi Garlic Bread atau Roti perkongsian saudari Siti Norizan ni Sangat mudah dan sedap Bahan bahan yang diperlukan pun sangat senang dan ringkas Selain d...
Resipi Puding Viral Sedap Gila Buat Sendiri Je Confirm Jadi

Resipi Puding Viral Sedap Gila Buat Sendiri Je Confirm Jadi

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 219 hits
Kalau sebut je puding mesti dah rasa sejuk lembut dan manis terbayang kat tekak kan Lagi lagi bila cuaca panas memang syok kalau dapat suap puding sejuk yang creamy atau fruity Nak rasa sedap Tak payah tunggu jamuan atau beli mahal mahal Jo...
Resipi Kek Coklat Kukus Topping Melimpah Ruah Memang Sedap

Resipi Kek Coklat Kukus Topping Melimpah Ruah Memang Sedap

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 140 hits
Sedapnya Coklat Moist Kukus ni Anda nak cuba Opah Mas Cotek ada kongsikan resipi yang sangat mudah dan terbaik Kek ni sangat sangat moist dan sedap terutamanya bila makan panas panas Lihatlah limpahan coklatnya mewah kan Bagi penggemar tega...
Resipi Sambal Paru Sedap Tahan Berbulan Bulan

Resipi Sambal Paru Sedap Tahan Berbulan Bulan

papar berkaitan - pada 16/6/2025 - jumlah : 134 hits
Resipi sambal paru ini boleh disediakan buat peminat hidangan ini tapi pada masa yang sama tak berapa rajin nak masak selalu Sebabnya sambal paru yang dihasilkan ini bukan saja sedap tapi juga boleh tahan berbulan bulan lamanya Masak sekali...
Bebola Coklat Maltesers Yang Sedap

Bebola Coklat Maltesers Yang Sedap

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 147 hits
Hari kedua masih bersenang senang santai di hotel sementara tunggu Encik suami balik kerja Tak makan bubur nasi dah Saya makan onigiri pula Barulah rasa kenyang tu lama sikit Kudap kudapan saya makan bebola coklat Maltesers yang sedap Malam...
Panas Dokumen Didakwa Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Bocor

What A Beautiful Day Tiba Tiba Terbaca Isu Tengah Panas Sekarang Ni Padanmuka Nabila Huda

Drama Abang Imam Minah Skuter

Wanita Dedah Kos Yuran Ijazah Perubatan Boleh Cecah Rm350k Buat Netizen Terkedu Realiti Yang Ibu Bapa Kena Hadap

Pemain Warisan Semakin Mudah Dipantau Yusoff Mahadi

A Month Later Still Here

Acting Ministers Key To Continuity Says Johari

Lirik Lagu Setanggi Syurga Inteam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Keluar Dari Kereta Jika Termasuk Dalam Sungai

Eh Kau Kau Pernah Dengar Tak Al Awfar Bank Islam Ni

Kita Sama Sama Doakan

Sarapan Di Restoran Al Safa Iskandar Puteri

Politik Bebudak Tidak Perlu Dilayan

Hukum Mengangkat Tangan Berdoa Semasa Khutbah Jumaat