Tips Masak Sambal Tumis Udang Yang Mudah Dan Cepat
Alhamdulillah kita bersua lagi. Seperti biasa, jangan lupa untuk klik iklan tau kerana blog berbeza dengan youtube. Kalau orang tak klik iklan yang keluar di blog, memang kita tak ada income masyuuuk. Kalau youtube, lain kaedah nya. Terima kasih atas kerjasama anda semua yang sudi memberi satu atau dua klik iklan pada saya.
Kebelakangan ini, di akhir zaman ini. Ye ke akhir zaman? Memang ya, kerana Nabi Muhammad SAW disebut sebagai nabi akhir zaman di dalam Al Quran. Malah ianya juga disebut di dalam kitab sebelum ini seperti mana kisah seorang pendita Yahudi yang tahu bahawa Nabi Muhammad yang ketika kecil mengikut bapa saudaranya di Syam menpunyai ciri ciri nabi akhir zaman. Pendita tersebut menasihati Abu Talib untuk membawa balik Nabi Muhammad ke Mekah kerana kuatir beliau akan dibunuh oleh orang Yahudi.
Cuma orang Yahudi begitu yakin bahawa nabi akhir zaman akan lahir dari kalangan bangsa mereka. Itu sebab mereka menolak Nabi Muhammad yang berbangsa Arab. Ada dikisahkan Yahudi menunggu nunggu kedatangan Nabi di Madinah tetapi meninggal dalam penantian. Ada juga yang memeluk Islam di mana salah seorangnya adalah Abdullah bin Salam, seorang pendeta Yahudi yang terkemuka. Beliau telah mempelajari kitab Taurat dan mengetahui ciri-ciri Nabi yang akan datang, dan ia yakin bahawa Nabi Muhammad adalah nabi yang dimaksud.
Kelahiran Nabi Muhammad adalah permulaan akhir zaman. Dari zaman Nabi dengan kita telah pun lebih 1400 tahun hijrah. Ertinya kita sekarang mungkin berada di penghujung akhir zaman. Pelbagai tanda kiamat kecil yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW telah pun banyak berlaku di dunia ini.
Jauh pula saya dah tersasar, yang saya nak tulis ialah berkenaan dengan liberalisme dan pluralisme agama yang kini banyak berlaku di sekeliling kita. Mahkamah Persekutuan mengekalkan fatwa fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai fahaman yang sesat dan menyeleweng dari agama Islam.
Namun agak mendukacitakan kerana sebahagian keputusan Mahkamah telah mencampuri urusan pemakaian dan pembuatan fatwa yang berkaitan dengan persoalan Hukum Syarak. Ini adalah kerana Mahkamah memutuskan bahawa fatwa hanya terpakai kepada individu tetapi tidak terpakai kepada SIS Forum (Malaysia), pertubuhan atau institusi.
Perkara ini akan membuka ruang untuk pihak yang tidak bertanggungjawab untuk berselindung di sebalik nama Islam dalam sesebuah syarikat, institusi dan pertubuhan bagi mengamal dan menyebarkan ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam supaya tindakan penguatkuasaan tidak dapat diambil terhadap mereka. Jika dibiar secara berterusan akan mengeliru dan menjejaskan akidah umat Islam.
Ini adalah antara petikan dari kenyataan media yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di mana Pengerusinya, YB Senator Dato Setia Salehuddin Saidin adalah besan saya sendiri. Baru beberapa hari lepas, saya menulis berkenaan pasangan gay yang berkahwin sesama jenis yang nahas dalam pesawat Air India 171.
Walaupun di luar tabiee, tapi ramai manusia dari seluruh dunia yang boleh menerima benda pelik dan aneh ini di dalam kehidupan manusia. Memang geli melihat pasangan yang menyebut "his husband" di terima dalam masyarakat dunia.
Begitu juga perbuatan liwat yang mana masyarakat Islam tidak lagi merasa jijik mendengarnya. Malahan masih boleh menerima mereka yang "mungkin" terpalit dengan kes liwat sebagai pemimpin. Sedangkan seorang pemimpin perlu dilihat sebagai lebih bersih dari bersih, lebih putih dari putih. Tapi ianya tidak lagi berlaku di kalangan masyarakat Islam di negara kita. Sedih dan sangat menyedihkan. Mungkin ini lah dunia akhir zaman, bila orang sebegini dipilih sebagai pemimpin. Dan ahli agama pula diberikan pelbagai sekatan dan kekangan.
Liberalisme dalam agama dipraktiskan dengan bebas sehingga kumpulan yang memang terkenal dengan LGBT pun pernah diberikan kelulusan mengadakan konsert di negara kita. Geli melihat vokalis lelaki kumpulan tersebut bercium mulut dengan gitaris lelaki di atas pentas yang disaksikan oleh ribuan anak muda di Malaysia.
Walaupun tindakan tersebut di luar jangka pihak penganjur tetapi kumpulan itu sendiri adalah kumpulan yang memang dikaitkan dengan aktiviti LGBT. Itulah yang berlaku sekarang ini. Liberalisme dalam perkara lain seperti dalam ekonomi atau perbankan, education boleh tapi tidak yang berkaitan dengan agama. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.
Hari ini saya kongsikan cara menyediakan sambal tumis udang menggunakan kaedah yang mudah dan cepat. Sebenarnya dah lama saya belajar berkenaan cara ini di mana seorang peniaga nasi lemak menyediakan sambal tumis nasi lemak yang banyak setiap hari. Apa apa jenis sambal pun boleh ikut cara ini.
Cepat masak kerana air sambal dah dimasak hingga kering, jadi bila ditumis dengan minyak, sekejap jer dah masak sambalnya. Dapur juga kurang kotor dengan percikan sambal kerana ketika dimasukkan minyak, sambal dah tak ada air. Air di dalam sambal yang menjadikan ianya mercik mercik ke dinding dan table top kita.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Sambal Tumis UdangOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:7-8 ekor udang - saiz besarGaramSerbuk kunyit
Bahan Perasa:½ sudu kecil pes asam jawa1 sudu kecil garam atau secukupnya 1- 1½ sudu besar gula - ikut kepedasan cili juga
Bahan kisar:2 biji bawang besar5 ulas bawang putih 3-4 sudu besar cili kering kisar
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng udang yang telah dilumur garam dan serbuk kunyit. Goreng seketika sahaja. Angkat dan ketepkan.
Dalam kuali lain, tuang bahan kisar dan cili kering kisar dan goreng tanpa minyak sehingga air hampir kering.
Masukkan semua bahan perasa seperti pes asam jawa, gula dan garam. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
Setelah itu, baru masukkan minyak bekas gorengan udang tadi secukupnya dan tumis sehingga sambal terbit minyak.
Masukkan sedikit air untuk sambal terbitkan minyak tumisan.
Akhir sekali, masukkan udang dan kacau rata. Boleh tutup api. Nota: jika suka, boleh juga masukkan bawang Holland hiris.
Nota:Cara ini, dapur tak mercik dengan sambal. Guna minyak pun tak banyak.
Cili kering tak perlu direbus atau direndam. Cuma basuh bersih, bilas dan kisar dengan bawang bawang.
Akhir sekali,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2025/06/tips-masak-sambal-tumis-udang-yang.html