Sambal Petai Kikis Dengan Ikan Bilis




Saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah Zoom Tokku Pasir Gudang dengan topik berkenaan Taubat. Tajuk penting dalam hidup kita dan perlu menjadi keutamaan untuk kita memahaminya. Taubat maknanya pulang pada fitrah. Iaitu kembali atau meninggalkan dari melakukan dosa. Manusia dalam hidup akan terikut hawa nafsu. Dan ikut peraturan yang mengelilingi mereka. 
Suatu hari akan terasa bebanan atau tekanan yang mendatangkan rasa penyesalan atau berdosa. Allah sebut dalam Al Quran siapa berpaling dari perintah Allah, akan dijadikan kehidupannya sempit. Menyebabkan manusia mencari jalan keluar. Cara manusia berfikir tentang kesempitan ini, akan menambahkan lagi tekanan dalam hidup. 
Allah tunjukkan satu jalan untuk hidup tenang dan gembira iaitu dengan bertaubat. Hendaklah kami kembali pada Allah dengan bertaubat dan tunduk padanya. Apa penyakit manusia? Al Quran memberitahu bahawa penyakitnya adalah dosa dan kesalahan. Setelah bertaubat, akan selesai penyakit yang ada pada kita. Apa ubat pada penyakit manusia? Ubatnya ialah mohon ampun. Nabi Adam buat salah dan Allah ajar kalimah taubat. 
Perbanyakkanlah bertaubat hatta kita tak rasa kita ada berdosa. Kita tak rasa, ada buat salah. Perasaan rasa tidak berdosa ini membahayakan kita. Kita kena sentiasa bertaubat dan istighfar kerana manusia terdedah pada buat salah dan dosa tanpa sengaja. Ketika makan, di pasar, hatta di jalan pun perbanyakkan bertaubat kerana kamu tak tahu bila keampunan Allah akan turun pada kamu.
Bebanan hidup kita sebenarnya bukan kos sara hidup yang tinggi tapi dosa kita yang menjadi beban yang besar untuk dipikul. Allah jadikan ujian untuk menghapuskan dosa kita. Dihantar para Rasul dan nabi untuk ajar cara minta ampun. Lihat bagaimana Rasulullah juga sentiasa istighfar dan mohon ampun pada Allah sekurangnya 70 kali sehari walaupun baginda seorang yang maksum. Ini kerana bebanan dosa kita besar untuk dipikul. Bebanan di dunia boleh dipikul. Tapi dosa di akhirata adalah bebanan yang tak mampu kita pikul. 
Allah tawar keampunan pada semua termasuk orang munafik. Orang Munafik berada di tempat paling bawah dalam neraka melainkan orang yang bertaubat. Allah tawarkan taubat pada orang Nasara, orang Kristian. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Penyayang.
Kisah ashabul ukhdud iaitu orang-orang yang membakar orang beriman dalam parit. Orang-orang yang beriman ini tetap teguh pada keimanan mereka pada Allah, hingga raja di masa itu marah dan membakar mereka hidup-hidup bertujuan untuk menyiksa umat Islam. Hampir 20 ribu org beriman dibakar di Yaman. Surah Al Buruj ayat 10 Sesungguh, orang-orang yang mendatangkan cobaan (bencana, membunuh, menyiksa) kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, lalu mereka tidak bertaubat, maka mereka akan mendapat azab Jahanam dan mereka akan mendapat azab (neraka) yang membakar. 
Tengok ajaibnya ayat ini. Orang kafir yang membunuh wali Allah tapi pada masa sama Allah ajak orang membunuh oranbg beriman ini untuk bertaubat. Itu kemuliaan kita manusia bila kita bertaubat pada Allah. 
Bila Allah suruh taubat banyak kelebihannya. Kelebihannya ialah:Allah janji kejayaan dunia akhirat seperti dalam surah An Nur 24:31 “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman semoga kamu berjaya.” Walaupun alami kegagalan demi kegagalan, jangan putus asa. Mana motivasi untuk teruskan kehidupan. Motivasinya ialah taubat. Dalam apa jua urusan, bertaubat lah kerana Allah janji kejayaan bagi orang yang bertaubat.
Bila taubat disebut dalam Surah Al Furqan ayat 70, kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. Allah ganti kejahatan mereka buat dengan kebaikan. Seorang yang berzina kemudian bertaubat, setiap kali dia ingat kejahatan dia akan menangis dan menyesal. Teruknya aku dulu. Kenapa tak ada orang ingatkan aku. Masa diberi catatan amal, kejahatan akan ditukar menjadi pahala. Maka Allah akan hapus dosa dan kejahatan itu. Allah padamkan dan ganti dengan catatan yang baik. Bukan sekadar berjaya dunia akhirat tapi kejahatan ditukar jadi kebaikan untuk orang yang bertaubat. 
Bila seorang benar bertaubat, Allah sayang dia. Allah suka orang membersih diri maka kamu jadi orang yang Allah sayang. Allah akan pelihara dan cukupkan keperluan kita. Kenapa kita taubat kerana Allah gembira dengan orang bertaubat. Benda yang paling Allah gembira ialah orang bertaubat.  
Allah lebih gembira dalam terima taubat dari seorang hamba yang dalam kebinasaan. Contoh kisah seorang musafir di tengah padang pasir yang luas membawa unta yang ada makanan. Tiba tiba masa sedang rehat, unta terlepasdan hilang. Dengan lapar dahaga, seorang akan berputus asa. Jadi dia sambung tidur. Masa dia celik nampak unta ada depan mata. Bayangkan betapa gembiranya dia. Tapi Allah lebih gembira dari itu.
Kenapa Allah suruh kita bertaubat. Ada rahsia di sebalik taubat. Manusia rasa terbeban dan tekanan dalam hidup seolah tak ada jalan keluar. Walaupun ada pangkat dan jawatan. Jalan keluarnya ialah mesti taubat dan mengaku kecuaian dia pada Allah. Maka Allah bagi rahsia taubat yang dapat dirasai oleh orang yang bertaubat.
Pertama, dia akan lihat betapa jahil nya dia. Baru tahu bahawa dia insan lemah dan jahil selama ini. Manusia dicipta dalam keadaan lemah. Bila bertaubat baru tahu diri adalah hanya seorang hamba yang tak ada apa apa. Seorang yang lemah. Kesan taubat iaitu mengenal diri sendiri.
Kedua mengenal Allah, betapa baiknya Allah. Betapa banyak dosa yang kita lakukan yang Allah tak balas, yang Allah tutup. Banyak benda jahat kita buat orang tak nampak dan Allah tak hukum kita. Nampak betapa pemurahnya Allah yang tutup keaiban kita walaupun kita banyak dosa sehingga Allah kurniakan kita taubat.
Ketiga kita akan berinteraksi dengan manusia dengan cara baik sebab kita juga pernah buat silap. Kita tak akan hina orang jahil kerana kita juga pernah jahil. Bila Allah kurniakan taubat kita akan pandang orang jahat dengan lembut kerana kita pernah berada dalam situasi itu. Jangan tembak orang yang buat dosa. Setiap orang ada kelemahan. Bila orang tak tutup aurat. Jangan pandang rendah. Barang kali dia belum jumpa jalan sebagaimana kita jumpa jalan.
Keempat, semua orang bila buat salah mesti ada sebab. Belajar menerima alasan orang lain. Orang buat dosa ada alasan. Kita faham kondisi dia. Mungkin latar belakang keluarga jahil agama. Kena selesai masalah itu dahulu. Bukan hentam. Contoh seorang pelacur, alasan dia melacur. Masalah tekanan hidup. Berikan dia umpan dan dakwah sebagaimana tangkap ikan. Orang tak solat. Apa masalah dia hingga tak solat. Apa masalah. Selesai yang tu dulu. Kemudian ajak dia solat. Orang pegang kuasa buat silap. Itu lah fitnah kuasa. Jangan hentam sahaja. Orang kaya lebih terdorong buat maksiat. Tengok alasan untuk kita mendekati dia sehingga dia jadi pendakwah yang hebat. Bukan kerja kita nak hentam orang buat dosa. Allah kurnia kemanisan rasa tesebut pada orang yang bertaubat. 
Taubat memberi keamanan di dunia dan akhirat. Ada 2 keamanan. Pertama, Allah kurniakan Nabi Muhammad. Kedua apabila Rasulullah dah wafat. Allah bagi istighfar. Kalau ini kita tak buat kita akan binasa. Kalau kita lihat kenapa kena taubat. Kerana penyakit kita ialah dosa. Kelemahan kita ialah dosa. Yang keruhkan kehidupan kita adalah dosa. Rawatan adalah dengan bertaubat. Allah tawar pada setiap hambanya. Hatta yang buat dosa paling banyak. Jangan putus asa dari rahmat ku. Aku ampunkan semua dosa. Tak boleh kata Allah tak terima taubat kita. Siapa pun dia, siapa pun orang bersalah. Pintu taubat terus terbuka melainkan 2 keadaan iaitu bila nyawa telah berada di halkum dan matahari naik sebelah barat. Pintu taubat tertutup. 
Allah perintahkan kita bertaubat. Jadi setiap kita wajib bertaubat. Allah memuji orang yang bertaubat. Allah menyatakan bertuabau itu ialah Sifat orang bertaqwa. Allah janjikan dengan taubat, akan menarik kebaikan yang banyak. Dijauhi dari azab. Kami tidak akan turun azab dalam keadaan mereka minta ampun.
Taubat adalah sunnah para nabi. Semua nabi bertaubat walaupun tak ada dosa. Kita siapa untuk kita tidak bertaubat. Hari ini apa pun masalah hidup kita. Masalah dengan suami isteri, dengan diri kita sendiri, semuanya kerana hilang kepentingan taubat dalam hidup kita. Yang kita nampak penting adalah mengejar duit, mengejar populariti, mengejar jawatan. Kita lupa yang penting adalah taubat. Allah tutup pintu taubat dan tak terima lagi bila manusia dah mati.
Macam mana nak tahu kalau Allah terima taubat kita. Pertama, setiap kali ingat dosa kita akan menangis. Ini panggil taubat nasiha. Bukan airmata buat buat. Airmata anugerah Allah adalah penyebab diharam masuk neraka. Rasulullah bersabda bermaksud: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya: mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang bermalam dalam rangka berjaga di jalan Allah.” (Hadis Riwayat Tirmizi). 
Kedua, ialah suka berbuat baik. Setiap kali ada peluang kita akan paling cepat berlumba buat baik. Kita sentiasa rasa kekurangan kebaikan yang ada pada diri kita.
Ketiga, mencintai orang orang yang baik baik dan orang soleh. Dulu zaman teruk, dia tak suka orang baik. Bila mula taubat, datang rasa cinta pada orang baik di kalangan para nabi, para ulamak dan orang soleh. 
Akhir sekali bertukar sahabat kepada sahabat yang boleh membawa kita ke arah kebaikan. Kawan dia ialah kawan baru yang memberi motivasi untuk dia buat baik. Syarat taubat ialah meninggal kawan kawan lama. Bagaimana kawan lah punca ramai masuk neraka. Kawan di dunia jadi musuh ketat hari kiamat melainkan orang bertaqwa. Antara yang dipayungi Allah ialah 2 orang bersahabat kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Tidak sempurna taubat jika masih berkawan dengan kawan lama yang akan mengingatkan pada maksiat yang dia buat dulu. Menarik melakukan maksiat yang sama. 
Nak kekalkan semua itu, nak ada kelangsungan ialah dengan menuntut ilmu. Lepas taubat kena pergi pada majlis ilmu supaya kita istiqamah dalam taubat. Masa lepas taubat akan rasa bersemangat kalau boleh tiap minggu nak pergi umrah. Kena jaga taubat bukan sekadar keluar dari tekanan hidup. Kena jaga dengan menuntut ilmu. Baru kekal taubatnya. Kalau tak suka ke majlis ilmu, akan hanyut balik. Tak ada guru, akan hanyut balik. Kerugian paling besar. Tak ada pemberi semangat. 
Majlis ilmu adalah majlis para nabi. Siapa nak tengok majlis para nabi ialah tengok majlis para ulamak. Ulamak adalah pewaris nabi. Mereka tak tinggalkan emas dirham tapi tinggalkan ilmu. Ambil ilmu dan petunjuk Nabi. Kemudian menyampaikan. Kelangsungan taubat mesti ada dalam majlis ilmu supaya tak tergelincir kembali. Setakat ini dahulu semoga kita mendapat manafaatnya. Aamiin.

Saya beli petai dari shopee kerana di sini tak jumpa petai yang segar dan harga pun mahal. Petai dah jadi barang kayangan juga. Petua supaya petai kekal segar dan tahan lama ialah rendam dalam air dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti ais. 
Sebahagian lagi, saya kupas kulit dan rendam dalam air dan simpan dalam bekas. Kemudian simpan dalam peti. Isi petai akan menjadi besar besar dan kuranglah sikit baunya.
Apa apa pun sambak oetai kikits ini sangat sedap. Petai jangan digoreng terlalu garing, cukup sekadar kekuningan kulitnya, dah boleh angkat. Jadi ianya akan jadi lembut sahaja. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Sambal Petai Kikis Dengan Ikan BilisOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 papan petai - 100 - 150 gram1 mangkuk ikan bilis - 40 gram3 sudu besar cili merah kisarGaramGulaMinyak utk menggoreng
Bahan tumbuk:6 biji bawang merah4 ulas bawang putih
Cara cara:Kikis kulit hijau petai dan rendam seketika untuk kurangkan rasa pahit. Hiris nipis dan goreng sehingga kekuningan kulitnya. Angkat dan tos.



Kemudian goreng ikan bilis sehingga rangup. Angkat dan toskan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan masukkan cili kisar. Tumis atas api kecil sehingga masak dan terbit minyak. Masukkan sedikit garam dan gula. 

Setelah sambal benar benar masak, tutup api dan biarkan seketika. Akhir sekali, masukkan petai dan ikan bilis goreng. Kacau rata. 


Ketepikan semua bahan untuk ditapis minyak yang berlebihan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/06/sambal-petai-kikis-dengan-ikan-bilis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak

Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 212 hits
Alhamdulillah hari ini saya diberikan ruang dan peluang untuk berkongsi resipi di blog Azie Kitchen Haa jangan lupa untuk follow blog saya dan juga klik iklan yang keluar di atas blog ini Terima kasih Sebelum itu saya ingin kongsikan petika...
Sedapnya Sambal Tumis Ikan Talang Masin

Sedapnya Sambal Tumis Ikan Talang Masin

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 211 hits
Ramai tanya Resepi Sambal Tumis Ikan Talang ni Macam sambal tumis biasa ja Tapi untuk kali ni saya buat lain sikit sebab nak bagi dia tahan lama Tips Sambal Tumis Ikan Talang Lebih Sedap1 Bawang besar dan bawang putih halia sikit serta siki...
Selalu Orang Masak Kangkung Goreng Ikan Bilis Sekali Lain Pula Jadi Bila Dapat Kangkung Goreng Masak Ular

Selalu Orang Masak Kangkung Goreng Ikan Bilis Sekali Lain Pula Jadi Bila Dapat Kangkung Goreng Masak Ular

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 160 hits
Selalu orang masak kangkung goreng ikan bilis sekali lain pula jadi bila dapat kangkung goreng masak ular Tidak dinafikan makan di restoran ataupun di luar adalah lebih mudah berbanding makan di rumah Tidak perlu susah payah membeli baranga...
Stok Ikan Masin Belanak Dari Batu Kurau Dan Manong Perak

Stok Ikan Masin Belanak Dari Batu Kurau Dan Manong Perak

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 273 hits
Ikan masin belanak Siapa suka Kita geng K fiezz memang suka giler ikan masin belanak ni Ada yg ni lauk lain tak berapa nak pandang dah hehe Susah nak jumpa ikan masin belanak kat KL ni Kalau ada pun adeh kurusnya Sian tengok haha Kadang kal...
Ribuan Warga India Ramai Ramai Terapi Menelan Ikan Untuk Obati Asma

Ribuan Warga India Ramai Ramai Terapi Menelan Ikan Untuk Obati Asma

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 138 hits
Ribuan Warga India Ramai Ramai Terapi Menelan Ikan untuk Obati Asma Terapi menelan ikan hidup hidup oleh keluarga Goud ini sudah berlangsung bertahun tahun Ribuan orang yang datang rela mengantre panjang untuk mendapatkan terapi tersebut Me...
Lokasi Kedai Ikan Celup Tepung Terbaik Sedap

Lokasi Kedai Ikan Celup Tepung Terbaik Sedap

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 367 hits
LOKASI KEDAI IKAN CELUP TEPUNG TERBAIK SEDAP Kepada anda yang ingin makan ikan udang sotong celup tepung semestinya anda akan mencari kedai yang terbaik dan sedap Disini kami akan kongsikan kepada anda lokasi kedai ikan celup tepung di area...
Bapa Rakam Anak Dibaham Ikan Jerung

Bapa Rakam Anak Dibaham Ikan Jerung

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 243 hits
KOSMO Seorang lelaki menjerit papa ketika dibahan seekor ikan paus di Hurghada Mesir semalam ScreengrabKAHERAH Mesir Seorang lelaki Russia menjerit papa ketika dia diserang seekor ikan jerung yang kemudian membahamnya di pusat peranginan Hu...
Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Paling Sedap

Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri Paling Sedap

papar berkaitan - pada 16/6/2023 - jumlah : 226 hits
RESEPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI PALING SEDAP Kalau sebut Asam Pedas dah tahu dalam pemikiran semua pasti akan terbayang antara Muar dan Melaka Kerana Asam Pedas Tenggiri ni lah suami kita semakin hari semakin sayang Kata orang para isteri w...
Ikan Keli Terbesar Di Dunia Ditangkap Panjang 2 8 Meter

Ikan Keli Terbesar Di Dunia Ditangkap Panjang 2 8 Meter

papar berkaitan - pada 7/6/2023 - jumlah : 160 hits
Fino Yurio Kristo detikInetIkan keli terbesar Ikan keli terbesar ditangkap Foto Daily MailItali Ikan keli ini memang besar saiznya Cuba bayangkan panjangnya mencecah 2 85 meter Seorang pemancing di Itali bernama Alessandro Biancardi menangk...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization