Sambal Ikan Bilis Nasi Lemak




Alhamdulillah hari ini saya diberikan ruang dan peluang untuk berkongsi resipi di blog Azie Kitchen. Haa jangan lupa untuk follow blog saya dan juga klik iklan yang keluar di atas blog ini. Terima kasih. Sebelum itu, saya ingin kongsikan petikan dari kuliah zoom tafsir surah Al Baqarah oleh Dato Dr Ustazah Fatma Elzahra.
Surah Al-Baqarah iaitu surah ke2 dan surah yang terpanjang di dalam Al Quran banyak menceritakan tentang sifat-sifat Yahudi. Kita pun kenalah tahu apakah masalah mereka. Kita kena faham yang Allah bukan marah ‘bangsa Yahudi’, tapi ‘sifat Yahudi’.
Yang tidak boleh diikuti adalah perangai mereka. Orang Muslim pun boleh jadi ada perangai macam itu. Mereka tak pernah bersyukur. Orang muslim pun ramai tak bersyukur. Yahudi sembunyi kebenaran tentang Nabi Muhammad sebab ada disebut dalam kitab Taurat. Begitu juga orang muslim yang tahu kebenaran tapi buat juga seperti rasuah.
Ayat 30: ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Jadi dalam surah ini diceritakan bagaimana seorang khalifah sepatutnya berakhlak untuk ke syurga.
Dalam surah ini ada diberikan jenis jenis manusia iaitu mukmin, kafir dan munafik. Ayat 1-5 Surah Al-Baqarah menerangkan beberapa golongan yang diberi nikmat. Mereka orang beriman yang yakin dengan benda yang ghaib macam mana sakaratulmaut, syurga neraka. 
Kita tak pernah tengok semua itu tapi kita yakin ada Allah, ada malaikat kanan kiri. Khusuk dalam solat kerana rasa Allah ada, malaikat ada dikiri kanan. Rezeki Allah yang bagi dan jika lebih akan disedekah dan infak. Beriman dengan Al Quran dan kitab. Akhirnya yakin adanya hari akhirat. Mereka lah orang orang yang berjaya dalam hidup.
Ayat 6 dan 7 adalah tentang golongan yang dimurkai, iaitu golongan kafir Musyrikin dan Yahudi.
Ayat 8 – 20 tentang golongan munafikin. Orang munafik adalah golongan paling bahaya. Hati cakap lain mulut cakap lain. Mereka solat tapi balik solat, mereka jadi fasik. Apa dia fasik? Depan orang lain, belakang lain. Munafik ada 2 jenis iaitu munafik akidah iaitu mereka bukan muslimin tapi berpura pura menjadi seorang muslim. Orang munafik buatan lebih kurang dengan orang fasik yang bila janji akan mungkir, bila cakap akan bohong, suka khianat amanah dll.
Setakat ini dahulu, semoga bermanafaat. Ustazah berkali kali menekankan betapa pentingnya untuk kita memahami kandungan Al Quran supaya kita mendapat ilmu tauhid, ibadah, akhlak, hari kiamat dan sejarah yang terkandung di dalamnya. 

Saya benar benar kekeringan idea hari ini nak masak apa untuk hidangan makan malam. Selain itu, saya rasa kurang sihat dan kurang selera makan. 
Tiba tiba dapat idea untuk menyediakan nasi lemak. Kalau nasi lemak saya memang ringkas jer. Yang wajib ada, sambal ikan bilis, telur rebus atau telur mata dan timun. Itu jer. Yang lain lain tu, kalau ada pun OK. Tak ada pun OK. 
Tapi untuk makan malam, saya goreng ikan bilis dan panaskan sambal tumis udang dan sambal ikan sardin yang masih ada dalam peti ais. Alhamdulillah walaupun masak satu lauk tapi bila makan, banyak juga lauk yang terhidang. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....

Sambal Ikan Bilis Nasi LemakOleh: Azie Kitchen 
Bahan bahan:50 gram ikan bilis1 biji bawang besar - hiris50 gram gula Melaka1 helai daun pandan½ -1 sudu kecil garam1 sudu besar gula - bergantung pada kepedasan cili1 cawan minyak
Bahan kisar:4 sudu besar cili kering kisar10 -12 biji bawang merah5 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng bawang besar dan ikan bilis sekadar bawang layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak sama, tumis bahan kisar sehingga masak dan terbit minyak. Masukkan air sedikit demi sedikit untuk pastikan cili benar benar masak.
Masukkan daun pandan dan gula Melaka. Kacau sehingga terbit minyak.

Masukkan bawang dan ikan bilis goreng tadi.

Masukkan asam keping, garam dan gula. Nota: jika buat dalam kuantiti yang banyak, boleh masukkan sedikit cuka untuk sambal tahan lama.
Setelah sebati, boleh tutup api. Sedia untuk dinikmati.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/06/sambal-ikan-bilis-nasi-lemak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Petai Kikis Dengan Ikan Bilis

Sambal Petai Kikis Dengan Ikan Bilis

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 297 hits
Saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah Zoom Tokku Pasir Gudang dengan topik berkenaan Taubat Tajuk penting dalam hidup kita dan perlu menjadi keutamaan untuk kita memahaminya Taubat maknanya pulang pada fitrah Iaitu kembali atau meninggal...
Kordial Strawberry Sambal Bilis Strawberry Cik Merah

Kordial Strawberry Sambal Bilis Strawberry Cik Merah

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 327 hits
Assalamualaikum WBTSIAPA kat sini suka strawberry Sk antara yang sukakan strawberry dari buahnya makanan dan minuman perisa strawberry sehinggalah segala macam produk yang berbau strawberry seperti barang mandian dan wangian Maka hari tu bi...
Peliknya Lelaki Ini Hasilkan Aiskrim Berperisa Rumput Dan Ikan Bilis Masalahnya Jualannya Laku Keras

Peliknya Lelaki Ini Hasilkan Aiskrim Berperisa Rumput Dan Ikan Bilis Masalahnya Jualannya Laku Keras

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 146 hits
Peliknya Lelaki ini hasilkan aiskrim berperisa rumput dan ikan bilis masalahnya jualannya laku keras Seorang lelaki memiliki beberapa kedai dan sebuah kilang aiskrim di daerah Northampton Be iau mempunyai hobi menghasilkan pelbagai perisa a...
Nasi Lemak Royale Kedah Di Wisma Central Jalan Ampang Kuala Lumpur

Nasi Lemak Royale Kedah Di Wisma Central Jalan Ampang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/6/2023 - jumlah : 271 hits
Restoran Nasi Lemak Royale KedahRestoran Nasi Lemak Royale KedahNi bukan dekat Kedah ye ni Di Jalan Ampang Kuala Lumpur Restoran ni terletak di ground floor Wisma Central di mana Wisma Central ni terletak betul betul bersebelahan dengan KLC...
Selalu Orang Masak Kangkung Goreng Ikan Bilis Sekali Lain Pula Jadi Bila Dapat Kangkung Goreng Masak Ular

Selalu Orang Masak Kangkung Goreng Ikan Bilis Sekali Lain Pula Jadi Bila Dapat Kangkung Goreng Masak Ular

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 164 hits
Selalu orang masak kangkung goreng ikan bilis sekali lain pula jadi bila dapat kangkung goreng masak ular Tidak dinafikan makan di restoran ataupun di luar adalah lebih mudah berbanding makan di rumah Tidak perlu susah payah membeli baranga...
Popular Jual Nasi Lemak Rm1 Bang Sudu Selamat Bernikah

Popular Jual Nasi Lemak Rm1 Bang Sudu Selamat Bernikah

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 288 hits
Seorang peniaga nasi lemak yang popular dengan panggilan Bang Sudu telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya Atirah Izlan dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung semalam Berita gembira itu dikongsikan sendiri...
Makan Malam Lauk Ikan Gelama Goreng Dan Sambal Totok Cili Kering

Makan Malam Lauk Ikan Gelama Goreng Dan Sambal Totok Cili Kering

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 233 hits
Makan Malam Ikan Gelama Goreng Dengan Sambal Totok Cili Kering Dah lama tak makan ikan gelama Samada ikan kering atau ikan goreng dua dua pun dah lama tak makan Bukan apa susah nak jumpa ikan gelama kat kedai berdekatan taman tempat tinggal...
Resepi Sambal Kelapa Nasi Impit

Resepi Sambal Kelapa Nasi Impit

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 237 hits
Sumber google Assalamualaikum Lama jugak kan Cik Tak kongsi resepi simple dah campak campak Cik Nor kat sini Hari ini terasa rajin lah pulak nak taip resepi kat blog ni 2 minggu lepas ada nenek Cik Nor ada bagi beras nasi impit segera Ingat...
Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Membaca Amalan Baik Untuk Mencipta Kejayaan

Mercedes Amg Sl 63 Manufaktur Golden Coast A Limited Edition Masterpiece

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Lirik Lagu Selendang Ibunda Iman Troye

Teknologi Instalasi Listrik Modern Yang Mengurangi Konsumsi Daya

Kdnk Positif Pakar Saran Kerajaan Perkukuh Langkah Strategik Demi Kesejahteraan Rakyat

Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik