Sambal Bilis Gesek
Ini lauk pembuka selera paling nyaman! Especially kalau tekak meragam sebab demam dan semua sewaktu
Hari ini Kjee awal-awal bagitau UnclePali, malas nak masak. Tetapi masa releks depan tv, kesian pulak fikir suami asyik kena keluar beli makanan dia
Sejak Kjee tak sihat, Kjee dah tak selera makan. Tiap kali selepas makan mesti sesak nafas. So diet Kjee lebih kepada Buah-buahan. Malam selalu UP buatkan satu mug Nestum
Jenuh hari ini fikir apa yang boleh buka selera Kjee. Nak ratah aje. Dan tetiba terfikir Sambal Bilis Gesek ni. Bahan-bahan hanya ikan bilis goreng garing-garing, bawang besar dan cili padi. Dua bahan itu digoreng bersama dalam minyak lepas goreng ikan bilis. Sudah separuh masak, keluarkan
Kjee guna Cobek atau lesung leper. Lihat foto 👆. Kalau tak ada Cobek, boleh gesek aje dalam lesung biasa. Tapi jangan terlalu halus. Manja-manja gitu.
Hah kasar-kasar cam 👆. Selepas itu, perah sebiji dua limau. Tak kesahlah limau kasturi ke limau nipis. Letak jugak secubit gula. Orang Jawa memang cam orang Kelantan. Masakan nya mesti letak gula. Sikit aje tau. Bukan nak bagi manis tapi nak bagi seimbang masam, manis dan pedas. Itu aje. Kjee buat tak ler banyak tadi. Segenggam ikan bilis, empat biji cili padi merah dan sebiji bawang besar yang sederhana. Actually lagi pedas lagi sedap. UP bukan suka. Dulu Kjee buat dia tak sentuh pun. Tetapi hari ini, laju aje makan dengan nasi. Kita pulak terpaksa beralah sebab tak sampai hati. "Sedaplah. Kenapa selama ni you tak pernah buat!" Yo lah tu. 🤔
Sambal ini boleh dibuat banyak-banyak dan simpan dalam bekas tertutup dalam peti ais.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dapurkakjee.com/2022/02/sambal-bilis-gesek.html