Saman Rm10juta Zuraida


PKR masih belum dapat menyerahkan writ saman RM10 juta kepada bekas naib presidennya Zuraida Kamaruddin yang didakwa melanggar syarat bon yang mengikatnya kepada parti

Menurut peguam utama PKR William Leong, mahkamah dimaklumkan plaintif tidak dapat menyampaikan writ saman itu di kedua-dua alamat kediaman dan pejabat Zuraida

“Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 16 November ini,” kata Leong menerusi aplikasi WhatsApp selepas prosiding pengurusan kes itu di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi Nor Afidah Idris yang dijalankan menerusi e-review (dalam talian) hari ini

Leong berkata, plaintif sudah menghantar pemakluman menerusi pos berdaftar kepada Zuraida memintanya melantik peguam untuk menerima writ saman tersebut bagi pihaknya

“Kami dalam proses membuat janji temu untuk beliau menerima saman berkenaan. Pengurusan kes akan datang adalah untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada mahkamah berhubung kes ini serta mendapatkan arahan selanjutnya,” kata Leong

Saman itu difailkan oleh Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bagi pihak parti pada 2 Oktober lalu, mendakwa Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menandatangani suatu bon pada 25 April 2018 yang mengikat beliau untuk membayar RM10 juta kepada parti seperti dinyatakan dalam syarat dan terma bon itu

PKR mendakwa Zuraida bersetuju untuk membayar sejumlah RM10 juta dalam tempoh selewat-lewatnya 7 hari sekiranya berlaku beberapa perkara, termasuk beliau keluar parti atau menyertai parti politik lain atau menjadi wakil rakyat bebas selepas menang pilihan raya atas tiket PKR

Parti itu juga mendakwa pada 24 Februari, Zuraida dalam kenyataan bersama 10 lagi ahli Parlimen PKR, mengumumkan keluar parti tanpa melepaskan kedudukan sebagai ahli Parlimen Ampang, dan seterusnya membentuk blok baharu dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN) dengan parti pembangkang lain termasuk Barisan Nasional, PAS dan Gabungan Parti Sarawak

PKR berkata kerajaan persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) kemudian ditumbangkan oleh PN dan defendan dilantik sebagai menteri

Pada tarikh sama, PKR mendakwa majlis pimpinan pusat parti meluluskan resolusi untuk memecat Zuraida daripada parti berkuat kuasa serta-merta dan mengeluarkan sijil bertarikh 24 Julai yang mengesahkan penamatan keahlian beliau

Pada 7 Ogos, PKR mendakwa ia, menerusi peguam parti, mengeluarkan surat tuntutan meminta Zuraida membayar RM10 juta selaras dengan terma bon, namun parti mendakwa defendan gagal/enggan membayar jumlah itu, secara keseluruhan mahupun sebahagian

Plaintif juga mendakwa ia berhak menuntut RM10 juta daripada defendan kerana beliau meletak jawatan sebagai ahli parti namun tidak sebagai ahli Parlimen Ampang, iaitu kerusi yang dimenanginya atas tiket parti, menggunakan logo, lambang, bendera, perkhidmatan dan sokongan parti, yang mana menyebabkan parti kehilangan manfaat dan kelebihan mempunyai ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan menjadi sebahagian daripada kuasa eksekutif

Plaintif berkata ia bersandar pada Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 yang memberikannya hak untuk mendapatkan semula ganjaran dan faedah berjumlah RM2,049,459.20 yang dinikmati oleh defendan selepas dipilih sebagai calon parti pada Pilihan Raya Umum ke-14 dan menjadi ahli Parlimen Ampang

Sehubungan itu, plaintif memohon sejumlah RM12,049,459.20 menurut Seksyen 71 Akta Kontrak, merangkumi RM10 juta bawah bon dan RM2,049,459.20 bagi ganjaran dan faedah yang diterima defendan selaku ahli Parlimen serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bawah kerajaan PH dengan kadar faedah 5% setahun serta kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/12/saman-rm10juta-zuraida.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Arah Zuraida Fail Pernyataan Bela Diri Isu Saman Pkr

Mahkamah Arah Zuraida Fail Pernyataan Bela Diri Isu Saman Pkr

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 136 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin untuk mengemukakan pernyataan pembelaan terhadap saman PKR berhubung tindakan Zuraida meninggalkan parti itu Timbalan Pendaftar Mahkamah Tin...
Presiden Amanah Saman Harakahdaily Pimpinan Pas Selangor

Presiden Amanah Saman Harakahdaily Pimpinan Pas Selangor

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 370 hits
FAZLI RADZI Presiden AMANAH Mohamad Sabu memfailkan saman terhadap lidah rasmi Pas Harakahdaily dan seorang pemimpin Pas Selangor berhubung artikel yang dimuat naik Peguam Mohamad Tetuan Amin Amirul Partners mengemukakan writ saman di Pejab...
Pengundi Gombak Saman Azmin Atas Penipuan Langgar Kewajipan Fidusiari

Pengundi Gombak Saman Azmin Atas Penipuan Langgar Kewajipan Fidusiari

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 323 hits
KUALA LUMPUR Sekumpulan pengundi Gombak memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen mereka Azmin Ali atas dakwaan penipuan dan melanggar kewajipan fidusiari sembilan bulan selepas Langkah Sheraton yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan...
Pengundi Gombak Saman Azmin Mahathir Sedia Jadi Saksi Kes

Pengundi Gombak Saman Azmin Mahathir Sedia Jadi Saksi Kes

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 181 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia menawarkan diri sebagai saksi bagi kes undang undang yang dimulakan pengundi Parlimen Gombak terhadap wakil rakyatnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Tindakan tersebut difailkan 10 orang p...
Bawa Pokok Pisang Punya Pasal Rupanya Pemandu Ada 18 Saman 4 Waran Tangkap 10 Saman Non Compaundable

Bawa Pokok Pisang Punya Pasal Rupanya Pemandu Ada 18 Saman 4 Waran Tangkap 10 Saman Non Compaundable

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 180 hits
Perbuatan seorang lelaki membawa sebatang pokok pisang menggunakan kereta sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain semalam membongkar 18 saman trafik empat waran tangkap serta 10 saman non compoundable terhadapnya yang masih belum seles...
Di Dakwa Terbit Artikel Berunsur Fitnah Mat Sabu Saman Akhbar Rasmi Milik Pas Harakah

Di Dakwa Terbit Artikel Berunsur Fitnah Mat Sabu Saman Akhbar Rasmi Milik Pas Harakah

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 174 hits
KUALA LUMPUR Bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu memfailkan saman terhadap seorang kolumnis dan Ketua Pengarang Harakah serta satu pihak lagi berhubung dakwaan menerbitkan artikel berunsur fitnah di laman sesawang Harakahdaily September l...
Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Jamal Batal Saman Fitnah Teresa Kok

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Jamal Batal Saman Fitnah Teresa Kok

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 209 hits
365 total views 365 views today PUTRAJAYA 27 Nov Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk membatalkan saman fitnah yang difailkan bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok terhadapnya...
Govt Plans To Build Memorial At Highland Towers Site Zuraida

Govt Plans To Build Memorial At Highland Towers Site Zuraida

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 162 hits
The Housing and Local Government Ministry plans to build a memorial at the site of the collapsed Highland Towers condominium which has been left neglected for the last 27 years Its minister Zuraida Kamaruddin said the memorial in remembranc...
Tidak Bina Tugu Peringatan Hanya Pengindahan Kawasan Highland Towers Zuraida

Tidak Bina Tugu Peringatan Hanya Pengindahan Kawasan Highland Towers Zuraida

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 205 hits
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menjelaskan bahawa kementeriannya tidak berhasrat membina tugu peringatan di lokasi runtuhan kondominium Highland Towers Sebaliknya katanya kementerian itu bercadang mengindahkan se...
Amalan Menyambut Kelahiran Bayi

20 Sekolah Terbaik Keputusan Spm 2023 Mengikut Gred Purata Sekolah

Primary School Teacher Crowned Kaamatan Queen

Setan Menyukai Musik

Six Mps Who Back Pm Anwar No Longer Bersatu Members Says Party Deputy President

Kucaimars Aku Fobia Chord

Vaksin Si Bulus Seawal Usia Dua Bulan

Biodata Alif Syukri Usahawan Berjaya Dan Terkenal Di Malaysia



5 Tanggapan Buruk Tentang Penjawat Awam Yang Susah Nak Dilupakan

5 Faktor Paling Menakutkan Golongan Ibu Bapa Dalam Abad ke 21

Bandar Kantubek Lokasi Terbesar Tapak Pelupusan Bakteria Berbahaya Dunia

5 Pengajaran Bodoh Yang Kita Boleh Belajar Dari Filem Adiwira Barat

Resepi Sotong Masak Hitam Lauk Legend Orang Johor Nostalgia Habis


Singgah Mandi Manda Di Burmese Pool Taiping

Make Your Austin Home Stand Out With Contemporary Casement Windows

Oku Dipukul Polis Siasat Dakwaan 3 Laporan Disediakan Anggota Sendiri Peguam

Pru16 Orang Melayu Tak Mahu Islam Mereka Nak Duit

Selamat Datang Bulan Jun

Trump Akan Fail Rayuan Gelar Hakim Seperti Syaitan