Saman Pengampunan Sabitan Liwat Permohonan Anwar Didengar 18 Mac


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan 27 Jan 2021, 8:31 pm

Rayuan Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk membatalkan saman berhubung kesahan pengampunan diraja yang diberikan kepadanya dalam kes liwat akan didengar pada 18 Mac

Perkara itu disahkan peguamnya J Leela dalam satu teks mesej menyatakan tarikh pendengaran kes tersebut yang sebelum ini ditetapkan pada 28 Julai, telah dipercepatkan kepada bulan Mac.

Rayuan itu ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini. Peguam Mohamad Farhan Kamarudin mewakili Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, juga seorang peguam, yang memfailkan saman itu terhadap Anwar.

Rayuan Anwar akan didengar bersama dengan rayuan Lembaga Pengampunan.

Pada 21 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman itu selepas memutuskan bahawa Mohd Khairul Azam mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan perundangan kerana dia adalah orang awam serta individu yang berkelayakan sebagai peguam.

Ahli Parlimen Port Dickson itu memfailkan permohonan bagi membatalkan saman itu atas alasan, antara lain, Mohd Khairul Azam tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman pemula serta ia adalah remeh, mengaibkan dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Mohd Khairul Azam, yang memfailkan saman pemula pada 26 Feb tahun lepas, menamakan Lembaga Pengampunan serta Anwar sebagai responden dan mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar mendapat pengampunan yang membebaskannya dari penjara selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Dia mendakwa pengampunan yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bertentangan dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berdasarkan fakta bahawa pengampunan yang diberikan Agong hendaklah diasaskan kepada nasihat Lembaga Pengampunan.

Mohd Khairul Azam mendakwa lembaga itu belum dibentuk secara rasmi selepas Pilihan Raya Umum pada 9 Mei 2018 dan pembentukan kerajaan baru.

Anwar telah dihukum penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan sabitan serta hukuman itu telah dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/saman-pengampunan-sabitan-liwat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rayuan Sabitan Dan Hukuman Kes Rasuah Rm2 Juta Ku Nan Didengar 22 April

Rayuan Sabitan Dan Hukuman Kes Rasuah Rm2 Juta Ku Nan Didengar 22 April

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 315 hits
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor KUALA LUMPUR Rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta atas kesalahan menerima rasuah ...
Cabar Darurat Di Mahkamah Beri Persepsi Anwar Pentingkan Politik Kata Penganalisis

Cabar Darurat Di Mahkamah Beri Persepsi Anwar Pentingkan Politik Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 409 hits
PETALING JAYA Seorang penganalisis politik berkata tindakan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahu mengambil tindakan undang undang bagi mencabar perisytiharan darurat akan memberi persepsi beliau lebih mementingkan agenda politik berbanding ...
Pemuda Pas Meroyan Anwar Cadang Mp Hantar Surat Kepada Ydpa Atau Takut Tak Ada Jawatan

Pemuda Pas Meroyan Anwar Cadang Mp Hantar Surat Kepada Ydpa Atau Takut Tak Ada Jawatan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 320 hits
Menurutnya perkenan proklamasi darurat oleh Yang di Pertuan Agong itu dilaksanakan atas pertimbangan dan kebijaksanaan Seri Paduka Baginda berdasarkan situasi semasa yang dialami oleh rakyat seperti banjir dan pandemik Covid 19 Pada masa sa...
Rayuan Anwar Ibrahim Berhubung Kesahan Pengampunannya Di Dengar Pada 28 Julai

Rayuan Anwar Ibrahim Berhubung Kesahan Pengampunannya Di Dengar Pada 28 Julai

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 262 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Julai untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula yang difailkan seorang peguam mengenai kesahan penga...
Pengisytiharan Darurat Hanya Rayu Ihsan Dan Kebijaksanaan Agong Anwar

Pengisytiharan Darurat Hanya Rayu Ihsan Dan Kebijaksanaan Agong Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 313 hits
Warkah oleh ahli ahli parlimen kepada Yang di Pertuan Agong untuk menimbang semula pengisytiharan darurat bukanlah satu penderhakaan kata Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim Sebaliknya warkah oleh ahli parlimen yang dakwa Anwar sudah le...
Belajar Dari Sultan Salahuddin King Richardseni Politik Kenapa Mahathir Serang Anwar

Belajar Dari Sultan Salahuddin King Richardseni Politik Kenapa Mahathir Serang Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 284 hits
Kita lawan bila lawan mampu melawan SENI POLITIK KENAPA MAHATHIR SERANG ANWAR NORMAN RADZUAN Bukan saya ingin menunjuk nunjuk atas doa kebaikan kpd Hamzah Zainuddin Ia ikhlas dari hati saya walaupun pengkhianatan dilakukan kpd rakyat itu sg...
Brader Anwar S Pardon A Case Of Act In Haste And Regret At Your Leisure

Brader Anwar S Pardon A Case Of Act In Haste And Regret At Your Leisure

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 322 hits
PUTRAJAYA against High Court s refusal to strike out challenge over pardon Sept 2020 Justice Datuk Akhtar Tahir dismissed Anwar s bid to strike outruled lawyer Khairul Nizam had locus standi to file challengemember of public qualified triab...
Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Terengganu Remaja 15 Tahun Ditahan Tunggang Motosikal

Ft Mufti Draws 7 Guidelines Of Dos And Don Ts For Muslims Who Wish To Join In Christmas Do

Villa H Ark Architecture Tunisia


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Buasir Otak Tv Roblox Ambil Lesen Belajar Memandu Live

Santai Di Kopi Fatt Choi Tenom Sabah

Kerja Pejabat Makin Banyak Tapi Kudrat Makin Kurang

Kinohimitsu Memperkenalkan Glow Grow Duo Ritual Persediaan Kecantikan Untuk Musim Perayaan Yang Bakal Tiba

Percetakan 3d Dan Serat Kenaf Inovasi Hijau Memperkukuh Bahan Pergigian

Beli Kacang Pistachio Dan Kacang Gajus Murah