Rayuan Anwar Ibrahim Berhubung Kesahan Pengampunannya Di Dengar Pada 28 Julai


 

PUTRAJAYA -- Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Julai untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula yang difailkan seorang peguam mengenai kesahan pengampunan Anwar berhubung sabitan liwatnya.
Peguam Anwar, J. Leela ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata tarikh pendengaran itu telah dijadualkan semula pada Julai.
Pengurusan kes rayuan itu yang didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Radzilawatee Abdul Rahman, dijalankan melalui e-Review.
Pendengaran rayuan itu sebelum ini ditetapkan pada 11 Jan tetapi telah ditangguhkan.
Rayuan Anwar itu akan didengar sekali dengan rayuan Lembaga Pengampunan.
Pada 21 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula  difailkan oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mempunyai locus standi dalam memulakan saman itu kerana beliau adalah masyarakat umum dan berkelayakan sebagai peguam.

Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula itu atas alasan Khairul Azam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman tersebut, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
ADVERTISEMENT

Mohd Khairul Azam, yang memfailkan saman itu pada 26 Feb tahun lepas, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Beliau mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.
Dakwanya pada ketika itu Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.
Anwar dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/rayuan-anwar-ibrahim-berhubung-kesahan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Dengar Nasihat Yang Memusnahkan Bersatulah Bersama Anwar

Jangan Dengar Nasihat Yang Memusnahkan Bersatulah Bersama Anwar

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 251 hits
Panas Mahathir nasihat Muhyiddin letak jawatanJanuary 7 2021 Melihat kerapuhan kerajaan Perikatan Nasional bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan Bercakap kepada media hari ...
Kenyataan Media Anwar Ibrahim

Kenyataan Media Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 283 hits
KENYATAAN MEDIA 11 Januari 2021 Saya mendoakan kesembuhan buat Dato Sri Mustapa Mohamed dan Datuk Rina Mohd Harun dan lain lain yang telah dijangkiti COVID 19 Jangkaan yang dilakukan Kementerian Kesihatan yang Malaysia akan berhadapan denga...
Tiba Masanya Keadilan Diberi Kepada Anwar Ibrahim

Tiba Masanya Keadilan Diberi Kepada Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 171 hits
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969 Dengan pengistiharan ini Perlembagaan Persekutuan telah digantung Negara diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang undang tentera Dalam pada itu Majlis Gerakan Negar...
Dato Seri Anwar Ibrahim Pejuang Pro Rakyat Yang Sangat Ditakuti Oleh Ka

Dato Seri Anwar Ibrahim Pejuang Pro Rakyat Yang Sangat Ditakuti Oleh Ka

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 291 hits
DATO SERI ANWAR IBRAHIM PEJUANG Pro Rakyat sejak di usia muda dan sangat ditakuti oleh KAPITALIS serta politikus Korup Kurap Pelbagai FITNAH tak masuk akal ditimpakan ke atas dirinya tapi dia masih tegak berdiri Disenangi Ulama para cendiki...
Kehadiran Us Ebit Lew Mendapat Penghargaan Dari Mp Port Dickson Yb Dato Seri Anwar Ibrahim

Kehadiran Us Ebit Lew Mendapat Penghargaan Dari Mp Port Dickson Yb Dato Seri Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 266 hits
Siapa yang tidak berbangga sekiranya terdapat insan lain yang sudi bersama berganding bahu membantu masyarakat di kawasannya Apatah lagi insan itu seorang tokoh agama dan seorang sukarelawan yang dihormati ramai seperti Al Fadil Us Ebit Lew...
Anwar Ibrahim Masih Ada Lagikah Tenaga Yang Boleh Menyatukan Pembangkang

Anwar Ibrahim Masih Ada Lagikah Tenaga Yang Boleh Menyatukan Pembangkang

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 274 hits
DSAI menegaskan bahawa Reform Institusi ini sangat penting Good governance dan menentang Rasuah juga yg terpenting Ia bukan perkara mudah kerana kita akan berhadapan dgn sistem yg enggan berubah Bagi melakukan Institutional Reform kita perl...
Kerajaan Muhyiddin Hari Ini Meletakkan Negara Di Lembah Kegilaan Anwar Ibrahim

Kerajaan Muhyiddin Hari Ini Meletakkan Negara Di Lembah Kegilaan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 297 hits
Anwar IbrahimRakyat sedang menderita Perkara yang paling menyayat hati ialah untuk mendengar kenyataan kerajaan bahawa mereka tidak mampu berbuat apa apa mengenainya Inilah yang cuba disampaikan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin baru baru ...
Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

From Startup To Unicorn Status

Drama Pasca Kau Pergi

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Maggi Pes Perapan Air Fryer

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Israel Serang Iran Tokoh Tokoh Ini Jadi Korban

Manfaat Beramal Dengan Doa Nabi Musa

Kepentingan Perkhidmatan Kereta Api Kargo

Cara Buat Daging Pekasam Dan Resipi Mudah Pembangkit Selera

Tallia Storm S Legs And Feet In Tights 17

Raised Bed Sederhana Pokok Bendi