Samakah Mengumpat Ini Dengan Perbuatan Troll Atau Sindiran



Tak Boleh Mengumpat?? Lihat Ini..SESEORANG memberi komen kepada artikel yang disiarkan di blog ini semalam Jun 20, bertajuk 'Perubahan: UMNO Macam Sumpah-sumpah.. Oleh Ustaz Idris Ahmad'. Komen tersebut berbunyi..Rantong said... Berhati-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman. "Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12) June 20, 2009 8:55 AMTerima kasih kepada kepada Rantong, kerana kita memang disuruh saling pesan memesan dan ingat-mengingati. Al-hamdulillah, anda mengingatkan penulis-penulis blog yang bukan blog ini sahaja mengenai larangan mengumpat seperti di ayat Al-Hujurat Ayat 12. Pihak kami ingin melebarkan perbincangan mengenai 'mengumpat' itu.Di dalam Kitab Riyadus Shalihin karangan Imam An-Nawawi, Bab berkaitan Ghibah, ada 6 keadaan yang diharuskan ulama’ untuk mengumpat. Saat itu, ghibah diharuskan untuk tujuan yang shahih lagi syar’ie di mana tidak mungkin tujuan atau matlamat tersebut boleh sampai melainkan terpaksa melakukan ghibah, maka dibenarkan!Terdapat 6 perkara yang dibolehkan mengumpat dalam kitab tersebut. Kandungan asal bab ini dipetik dari Kitab Riyadus Shalihin versi Bahasa Arab... Begitu juga dalam kitab-kitab seperti Imam Ghazali Ihya Ulumuddin dan lain-lain.
6 Perkara tersebut ialah:Pertama: Orang yang dizalimi. Maka harus bagi orang yang dizalimi mengadu kezaliman yang dilakukan ke atasnya kepada pemerintah, qadhi dan sebagainya yang menjadi penguasa atau mempunyai kekuatan untuk menghentikan kezaliman orang itu. Contohnya, dengan menyebut : “aku dizalimi oleh fulan seperti ini... “.Kedua: Minta tolong untuk mengubah kemungkaran atau menunjukkan ahli maksiat kepada kebenaran. Caranya dengan menyampaikan kepada sesiapa yang mempunyai kekuatan atau kemampuan untuk membetulkan kemungkaran tersebut. Contohnya, dengan menyebut : “ fulan itu melakukan begini.. “. Maka boleh disampaikan dengan tujuan untuk mengubah mungkar. Jika bukan dengan tujuan itu adalah haram.Ketiga: Meminta fatwa. Contohnya, kita bertemu mufti dan berkata : “ aku dizalimi ayahku atau saudaraku atau suamiku atau fulan dengan begini. Maka apa pandangan mu (mufti )?”. Pertanyaan itu bertujuan untuk meminta pandangan untuk selesaikan masalah tersebut. Tetapi, baik juga jika nama identiti individu tersebut tidak disebut secara terperinci kecuali dengan menyebut kesalahannya sahaja.Keempat: Memberi peringatan kepada kaum Muslimin daripada kejahatan dan menasihati mereka. Contohnya apabila kita mengetahui adanya orang yang diambil menjadi saksi dalam sesuatu kes, tetapi kita tahu kefasiqannya, maka wajib mendedahkannya demi kemaslahatan umat Islam. Ataupun seorang perawi hadith yang diketahui mempunyai masalah di sudut thiqah atau adilnya, maka boleh didedahkan kerana untuk menjaga kepentingan ramai daripada menerima hadith yang diriwayatkannya.Ataupun dalam bab perkahwinan, dibenarkan kita menyebut keburukan seseorang jika ada orang yang ingin mengahwininya datang bertanya tentang diri individu itu pada kita, atau dalam urusan untuk berpakat berniaga, maka dibenarkan kita menyampaikan keburukan seseorang yang ingin melakukan kerjasama dalam perniagaan agar terselamat dari amalan buruknya, atau dalam urusan menyimpan barang, maka boleh kita maklumkan keburukan seseorang yang kita tahu dia tidak amanah dan sebagainya dan lain-lain.Atau kita memaklumkan kepada orang ramai agar tidak berguru dan berhati-hati dengan seseorang yang kita tahu dia sering berulang-alik belajar dari guru yang bid’ah. Atau ilmunya diambil dari orang yang fasiq kerana kita bimbang akan timbul mudarat darinya nanti. Ataupun kita memaklumkan pada orang ramai tentang keburukan seseorang yang ingin diangkat menjadi pemimpin kepada satu kaum, tetapi dia fasiq, lagha (lalai) dan sebagainya. Maka wajib memaklumkan pada orang ramai.Kelima: Orang yang melakukan maksiat atau bid’ah secara terang-terangan seperti minum arak, mengambil cukai (peras ugut dan sebagainya), ambil harta orang secara zalim, menjadi kepala utama dalam melakukan kejahatan, maka harus didedahkan kejahatan mereka ini. Namun, perbuatannya jahat yang dilakukan secara terang-terangan itu sahaja perlu disebut, bukan selainnya.Keenam: Pengenalan diri . Apabila ada manusia yang dikenal dengan gelaran seperti mata berair, tempang, pekak, buta, juling dan sebagainya, maka harus memanggil mereka dengan gelaran itu dengan tujuan untuk mudah dikenali. Jika bukan dengan tujuan untuk mudah mengenali, sekadar untuk menghinanya, maka hukumnya haram. Adapun, jika gelaran-gelaran itu tidak diredhoi oleh mereka, maka tidak dibenarkan memanggil gelaran itu dan usahakan dengan panggilan lain jika ingin mudah kenal sekalipun.Inilah 6 keadaan diharuskan ghibah (mengumpat) oleh ulama'-ulama’ dengan pelbagai dalil-dalil dari Al-Qur’an dan Hadith masyhur yang telah mereka sepakati. Maka pandai-pandailah kita menilai dan meletakkan mengumpat kita dan anda, sehingga tidak terjerumus jadi 'pengumpat' yang dilarang pula!Sekian, Harap maklum, wassalam... dari editor.Komen Weblog Ibnu Hasyim: Samakah 'Mengumpat' ini seperti yang diterangkan di atas dengan dengan 'Perbuatan ‘troll’ atau sindiran' seperti yang disebutkan Mufti semalam dalam artikel di bawah? Kita buka kapada perbincangan dan penjelasan..
Lihat..Perbuatan ‘troll’ Dilarang Dalam Islam: Mufti Wila...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2018/12/samakah-mengumpat-ini-dengan-perbuatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perbuatan 039 Troll 039 Haram

Perbuatan 039 Troll 039 Haram

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 406 hits
KUALA LUMPUR Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini mengharamkan perbuatan troll atau menghasut dan menyindir di media sosial kerana dikhuatiri boleh mencetuskan perbalahan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al
Perbuatan Troll Dilarang Dalam Islam Mufti Wilayah

Perbuatan Troll Dilarang Dalam Islam Mufti Wilayah

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 361 hits
BANGI 20 Rabiulakhir 1440H Jumaat Perbuatan troll atau sindiran yang membawa ciri ciri menyalahi hukum syarak adalah dilarang dan boleh membawa kepada dosa Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata internet t...
Mana Panggilan Paling Sesuai Cina Atau Tionghoa

Mana Panggilan Paling Sesuai Cina Atau Tionghoa

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 481 hits
Gambar hiasan Ramai tertarik dengan penggunaan istilah Tionghoa dalam laporan NST ini sebab penggunaan Tionghoa untuk merujuk kepada Cina bukan amalan biasa Malaysia tapi biasa diamalkan di Indonesia Negara China pun diorang panggil Tiongko...
Selepas Setahun Solat Baru Sedar Salah Kiblat Sah Atau Tidak Rileks Media

Selepas Setahun Solat Baru Sedar Salah Kiblat Sah Atau Tidak Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 301 hits
Soalan Salam ust kami duduk dalam sebuah rumah sewa setelah setahun duduk baru kami sedar selama ini kami solat dalam keadaan kiblat tersalah Jadi adakah kami perlu qada kesemua solat tersebut Jawapan Wasalam pertamanya kita perlu faham bah...
Perhatikan 7 Tanda Ini Kalau Hendak Tahu Rezeki Berkat Atau Tidak

Perhatikan 7 Tanda Ini Kalau Hendak Tahu Rezeki Berkat Atau Tidak

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 422 hits
Setiap orang punya keinginan yang sama bila membabitkan soal rezeki Semuanya mahukan rezeki yang banyak Banyaknya tidak terhitung Kalau boleh
4 4 2 Atau 4 3 3 Formasi Terbaik Sabah Fa Musim 2019

4 4 2 Atau 4 3 3 Formasi Terbaik Sabah Fa Musim 2019

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 905 hits
4 4 2 atau 4 3 3 formasi terbaik Sabah FA musim 2019Ketua jurulatih Sabah Jelius Ating menggunakan kebanyakan perlawanan dengan formasi 4 4 2 Meletakkan dua penyerang iaitu Hector Ramos dan Rodoljub Formasi ini ada masanya menjadi apabila b...
Prestasi Mahathir Dikatakan Menurun Setakat Mana Mereka Kecewa Atau Sebenarnya Pakat Tepuk Tangan

Prestasi Mahathir Dikatakan Menurun Setakat Mana Mereka Kecewa Atau Sebenarnya Pakat Tepuk Tangan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 503 hits
Pertama kena tahu kena lihat kena dengar pihak mana yang memberi kenyataan tersebut Kemungkinan ia berlawanan dengan apa yang dimaksudkan PRESTASI menaik dan tinggi APA yang mereka mahu SEBENARNYA dari Tun Suka diingat kepada golongan ini j...
Menahan Kentut Ketika Solat Makruh Atau Batal Rileks Media

Menahan Kentut Ketika Solat Makruh Atau Batal Rileks Media

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 351 hits
Soalan Apa hukum menahan kentut ketika solat Jawapan UAI Semasa solat ada beberapa perkara yang mungkin kita hendak buat Contohnya hendak kencing berak tidur makan minum dan ji m4k bagi sesiapa yang ketika itu hendak menunaikan solat tetapi...
Guna Huawei P20 Atau P20 Pro Muat Turun Kemaskini Emui 9 0 Hari Ini

Guna Huawei P20 Atau P20 Pro Muat Turun Kemaskini Emui 9 0 Hari Ini

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 327 hits
Huawei telah pun sedia menjanjikan penawaran kemaskini EMUI 9 0 berasaskan kepada Android 9 0 Pie untuk sejumlah pengguna peranti mereka Kini selari dengannya kemaskini berkenaan telah mula diperkenalkan untuk pengguna Huawei P20 dan juga H...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil