Mana Panggilan Paling Sesuai Cina Atau Tionghoa


Gambar hiasan.
Ramai tertarik dengan penggunaan istilah "Tionghoa" dalam laporan NST ini sebab penggunaan Tionghoa untuk merujuk kepada Cina bukan amalan biasa Malaysia, tapi biasa diamalkan di Indonesia. Negara China pun diorang panggil "Tiongkok".

Mungkin niat baik editor (atau cadangan dari Samantha sendiri, tak tau la), takut istilah "Chinese" menimbulkan kekeliruan maksud "orang lahir China", lagi-lagi di zaman Malaysia Baharu yang menitikberatkan "political correctness".

Tapi, adakah kita rasa keliru dengan "American of German descent", "Obama, a U.S. President of Kenyan descent" atau "Malaysian Malay of Javanese descent"? Tak kan.

Mungkin ada yang pernah mendengar bahawa istilah "Cina" mempunyai konotasi negatif di Indonesia disebabkan ia ditetapkan oleh rejim Suharto yang mengamalkan dasar mendiskriminasi kaum Cina.

Tapi dalam konteks Malaysia, istilah Cina tak ada unsur negatif pun.

Istilah Cina sebenarnya berasal dari istilah Sanskrit "Cina" yang digunakan oleh orang India, yang kemudiannya diguna oleh orang Arab (Sin), orang Jepun (Shina), orang Perancis (Chine) dan orang Inggeris (China). Dalam Salalatus Salatin pun guna istilah Cina.

"Cina" merujuk kepada Dinasti Cin (atau "Qin" dalam Mandarin moden) yang telah membina empayar orang Cina yang pertama pada tahun 221 Sebelum Masihi (sebelum itu di tanah China terdapat beberapa "kingdom" yang kecil, Cin yang menyatupadukan semua dan mewujudkan satu common identity).

Setiap kali bertukar dinasti, nama "orang Cin" pun bertukar: Dinasti Han panggil "orang Han", Dinasti Tang panggil "orang Tang", Dinasti Song panggil "orang Song".

Tapi disebabkan Dinasti Han (202 SM hingga 196 Masihi) adalah dinasti paling kuat dan merupakan zaman keemasan orang Cina yang pertama, maka secara "default" orang Cina menamakan diri sebagai "orang Han" (汉人).

Di China sekarang pun masih guna pakai klasifikasi "orang Han", "orang Hui", "orang Mongol", "orang Uyghur" dan sebagainya.

Tapi bagi orang Cina yang duduk di sebelah wilayah-wilayah selatan China iaitu Fujian (Hokkien, Teochew, Foochow), Guangdong dan Guangxi (Kantonis), Hainan dan juga orang Hakka, mereka guna istilah "orang Tang" atau "Tangren" (唐人).

Sebab ketika Dinasti Tang (tahun 618-907), orang-orang Cina Selatan ni mula berdagang dan berlayar ke luar China, jadi bila ditanyakan mana asal mereka, mereka pun membahasakan diri sebagai "orang dari Tang".

Nama Kampung Cina di Kota Bharu ialah "Tangren-po" (唐人坡), Petaling Street pula namanya ialah "Tangren-jie" (唐人街).

Sebutan "Tangren" ni berbeza ikut dialek. Kalau orang Hokkien sebut "Tng Lang", orang Hakka sebut "Tong Ngin", orang Kantonis sebut "Tong Yan".

Yang orang sebut "Tongsan" (唐山) tu istilah orang Kantonis bagi tanah besar China, merujuk kepada Dinasti Tang.

Manakala istilah “Tionghoa” (atau “Zhonghua”/”Chunghua” dalam Bahasa Mandarin) sebenarnya merupakan istilah yang agak moden, dicipta oleh pemikir nasionalis bernama Liang Chi Chao (1873-1929).

Idea Liang adalah untuk menyatupadukan semua kaum-kaum Han, Manchu, Hui, Mongol dan Tibet jadi satu bangsa baru bernama "Chunghua" (中华).

Jadi, selepas keruntuhan Dinasti Qing pada tahun 1911, Republik China atau "Chunghua Minkuo" didirikan.

Selepas komunis menguasai China pada 1949, mereka menamakan negara baharu sebagai Republik Rakyat China atau "Zhonghua Renmin Gongheguo".

Perkataan Chunghua ini mula dipakai oleh Cina di Tanah Melayu yang berhaluan nasionalis China.

Sebab sebelum 1946, majoriti orang Cina di Tanah Melayu masih menganggap diri mereka adalah rakyat China yang mencari rezeki di Tanah Melayu.

Jadi, mereka menganggap diri masih lagi sebahagian daripada negara-bangsa Chunghua tersebut.

Sekolah-sekolah Cina (kubu gerakan nasionalis China) mula menggunakan nama Chunghua misalnya sekolah pendahulu kepada "SMK Chong Hwa" dan "SMK Tiong Hua".

"Tionghoa" ini adalah sebutan "Chunghua" dalam dialek Hokkien.

Jadi, jangan rasa was-was nak guna sebutan Cina atau Tionghoa, mana-mana pun sebenarnya boleh.

Kalau ikutkan, lagi suka "Cina" sebab ia lebih neutral.

Perkataan "tiong" dalam "Tionghoa" bermaksud "tengah" jadi ia mempunyai konotasi "Sino-centrism" yang melihat orang Cina sebagai "center of the world" ("Tiongkok" atau "Zhongguo" sebenarnya bermaksud "middle state" atau "middle kingdom").

Disebabkan "Tionghoa" adalah sebutan Hokkien, ia agak janggal dalam masyarakat Cina Malaysia sebab Hokkien bukan majoriti seperti di Indonesia atau Singapura.

Bagi yang berdarah Kantonis-Hakka memang tak setuju kalau nak pakai "Tionghoa" tapi kalau pakai "Zhonghua" atau "Chonghwa" lagilah pelik, elok kekalkan isitilah "Cina" saja.

Itu sekadar pandangan. Kalau korang tanya Cina lain mungkin diorang tak kisah pun kot. Kan sekarang semua dah mengaku diri Bangsa Malaysia. Kan?

Kredit

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sensasimedia.com/2018/12/mana-panggilan-paling-sesuai-cina-atau-tionghoa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tionghoa Atau Cina Mana Panggilan Paling Sesuai

Tionghoa Atau Cina Mana Panggilan Paling Sesuai

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 271 hits
Ramai tertarik dengan penggunaan istilah Tionghoa dalam laporan NST ini sebab penggunaan Tionghoa untuk merujuk kepada Cina bukan amalan biasa Malaysia tapi biasa diamalkan di Indonesia Negara China pun diorang panggil Tiongkok Gambar hiasa...
Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

Tun Mahathir Tak Perlu Jadi Pm Sampai Dua Tahun Jun 2019 Paling Sesuai Mengundurkan Diri

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 521 hits
Ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu malam tadi Tun Mahathir Mohamad berkata ucapannya tahun ini mungkin adalah yang terakhir Bermakna Tun Mahathir sendiri belum pasti sama ada beliau akan merasmikan PAT Bersatu pada ...
Prestasi Mahathir Dikatakan Menurun Setakat Mana Mereka Kecewa Atau Sebenarnya Pakat Tepuk Tangan

Prestasi Mahathir Dikatakan Menurun Setakat Mana Mereka Kecewa Atau Sebenarnya Pakat Tepuk Tangan

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 490 hits
Pertama kena tahu kena lihat kena dengar pihak mana yang memberi kenyataan tersebut Kemungkinan ia berlawanan dengan apa yang dimaksudkan PRESTASI menaik dan tinggi APA yang mereka mahu SEBENARNYA dari Tun Suka diingat kepada golongan ini j...
Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

Anak Menangis Nak Menyusu Ibu Pula Nak Bersolat Mana Satu Lebih Utama Solat Atau Menyusukan Anak

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 550 hits
Situasi anak menangis nak menyusu ibu pula kalut nak bersolat adalah perkara biasa di kalangan ibu menyusu beranak kecil Dilema sungguh para ibu sebabnya kalau teruskan bersolat jadi tak khusyuk pula sebab anak akan meraung menangis selagi ...
Ini Cara Memilih Tingkat Kematangan Steak Yang Paling Sesuai Untuk Anda

Ini Cara Memilih Tingkat Kematangan Steak Yang Paling Sesuai Untuk Anda

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 400 hits
Ini cara memilih tingkat kematangan steak yang paling sesuai untuk Anda Mulai dari rare medium rare medium medium well hingga well done Semakin mentah semakin empuk Jika tak suka daging berdarah pilih well done
Bila Fokus Tidak Terganggu Atau Diatasi Pemikiran Negatif 8931

Bila Fokus Tidak Terganggu Atau Diatasi Pemikiran Negatif 8931

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 271 hits
Baca juga Sunday December 30 2018Tediaaa Buntu fikir hadiah pelajar praktikal bos Cina beri telekung tanda perpisahanPeng Koon memberikan Naqia sepasang telekung sebagai tanda perpisahan SETIAP majikan pasti ada cara tersendiri untuk mengha...
Sayangi Malaysiaku Atau Sayangi Pemajumu

Sayangi Malaysiaku Atau Sayangi Pemajumu

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 229 hits
Hari ini Menteri Kewangan mengumumkan pengecualian duti setem untuk pembelian rumah pertama di bawah harga RM300 000 seperti yang pernah dilakukan oleh kerajaan BN dahulu Yang pelik ialah pengecualian juga diberi kepada pembelian rumah berh...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal