Salmon Sos Asam Jawa Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang


Kadang- kadang nak makan makanan western tapi tekak tak boleh nak terima. Takde masalah, olah je resepi ikut sesuai dengan selera masing- masing. Nak makan ikan salmon tapi buat resepi melayu? Mestilah boleh! Mudah pula tu.
Tidak semestinya kena ikut cara masakan western baru sedap. Boleh pelbagaikan resepi mengikut kesesuaian. Contohnya, ikan salmon sos asam jawa. Mari lihat resepi yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh akaun Instagram perbidananmelayu.
RESEPI IKAN SALMON SOS ASAM JAWA
IKAN SALMON SOS ASAM JAWA
Sumber foto: Instagram Perbidananmelayu Bahan- bahan:
– Ikan salmon
– Garam
– Bawang putih 3 biji (ditumbuk)
– 2 sudu asam jawa adabi
– Lada hitam sedikit
– Gula
Cara- cara:
1. Perapkan ikan salmon dengan garam dan dipanggang. Setelah masak angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih yang dah ditumbuk.
3. Letak 2 cawan air, asam jawa, gula dan garam.
4. Biarkan sehingga kuah menjadi pekat dan taburkan sedikit lada hitam.
Hiasan:
– Daun limau dihiris nipis
– Daun ketumbar dihiris
– Lobak dihiris nipis
– Tomato potong dadu
– Bawang merah besar dihiris
Kuah yang sudah disiap dicurah ke atas ikan dan tabur hiasan dan perahkan lemon di atas hiasan tadi. Baru lah letak segala hiasan dan kuah ke atas salmon panggang tadi.
Siap!
Mudahkan resepi ni? Tahu tak ikan salmon ni antara ikan yang tinggi omega 3? Omega-3 adalah lemak yang penting kerana ia tidak dapat dihasilkan dalam badan dan perlu diambil daripada sumber luar. Pelbagai kajian mendapati bahawa omega-3 membantu dalam mengurangkan keradangan dan risiko penyakit serta mengawal tekanan darah tinggi.
Sumber foto:https://www.freepik.com/free-photo/slice-raw-salmon_6452151.htm#query=salmon&position=1&from_view=search&track=sph Salmon mengandungi jumlah potassium yang tinggi. Apa yang lebih menarik lagi, jumlah potassium bagi salmon adalah lebih tinggi daripada pisang. Potassium membantu untuk mengawal tekanan darah serta mengurangkan risiko stroke. Analisis besar dari 31 kajian mendapati bahawa penambahan potassium dalam diet yang tinggi sodium dapat mengurangkan tekanan darah secara signifikan.
Baca Juga:
Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!
Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang, Buang Angin Dan Meringankan Badan
Ikan Haruan Tumbuk, Baik Untuk Ibu Berpantang. Membantu Menyembuhkan Luka!
Oleh kerana kandungan omega 3 yang tinggi, salmon dapat meningkatkan kandungan omega 3 dalam darah. Kebanyakan orang mempunyai kandungan omega 6 lebih banyak berbanding omega 3 dalam darah. Terlalu banyak omega 6 akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Mudahkan resepi yang dikongsikan. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
The post Salmon Sos Asam Jawa, Tinggi Omega Yang Baik Untuk Badan Ibu Berpantang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/salmon-sos-asam-jawa-tinggi-omega-yang-baik-untuk-badan-ibu-berpantang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sup Ikan Menyihatkan Tubuh Badan Terutama Buat Ibu Berpantang

Sup Ikan Menyihatkan Tubuh Badan Terutama Buat Ibu Berpantang

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 433 hits
Sup ikan merupakan salah satu makanan yang sangat berkhasiat untuk ibu berpantang Pemilihan ikan juga sangat penting dalam memberikan khasiat tertentu yang diperlukan oleh ibu berpantang Antara ikan yang boleh dimakan oleh ibu berpantang da...
Ikan Haruan Tumbuk Baik Untuk Ibu Berpantang Membantu Menyembuhkan Luka

Ikan Haruan Tumbuk Baik Untuk Ibu Berpantang Membantu Menyembuhkan Luka

papar berkaitan - pada 13/5/2023 - jumlah : 511 hits
Para ibu pernah dengar tak ikan haruan tumbuk bersama cekur Hidangan ni sedap tau kalau dimakan dengan nasi panas Mudah pun mudah hidangan ni untuk dibuat Para suami pun boleh bantu isteri untuk sediakan hidangan ini Bukan sahaja mudah tapi...
Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang Buang Angin Dan Meringankan Badan

Serunding Halia Untuk Ibu Berpantang Buang Angin Dan Meringankan Badan

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 314 hits
Ibu berpantang haruslah menjaga pemakanan dengan sangat baik supaya tubuh badan dapat pulih seperti sedia kala Banyak makanan berkhasiat yang boleh diamalkan semasa penjagaan dalam pantang Ramai yang tidak tahu mengenai khasiat halia yang m...
Resepi Lempeng Mudah Untuk Ibu Berpantang Senang Je Nak Buat

Resepi Lempeng Mudah Untuk Ibu Berpantang Senang Je Nak Buat

papar berkaitan - pada 17/5/2023 - jumlah : 277 hits
Para ibu berpantang tak tahu nak sarapan apa Rasa jemu nak makan makanan yang sama sama hari hari Boleh cuba buat lempeng ni Bukan sahaja sedap senang sangat nak buat Guna beberapa bahan je dah siap Yang paling penting mengenyangkan Suami d...
Resipi Pegaga Masak Lada Hitam Elok Untuk Ibu Pantang Bantu Lancar Aliran Darah Tambah Susu Badan

Resipi Pegaga Masak Lada Hitam Elok Untuk Ibu Pantang Bantu Lancar Aliran Darah Tambah Susu Badan

papar berkaitan - pada 5/5/2023 - jumlah : 236 hits
Daun pegaga memberi banyak khasiat untuk para ibu berpantang Daun pegaga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan melancarkan dan meningkatan pengeluaran susu badan melancarkan peredaran darah dan banyak lagi khasiatnya...
Pandai Pandai Suap Susu Badan Wanita Berang Kenalan Rapat Acah Nak Jadi Ibu Susuan Breastfeeding Anak Tanpa Kebenaran

Pandai Pandai Suap Susu Badan Wanita Berang Kenalan Rapat Acah Nak Jadi Ibu Susuan Breastfeeding Anak Tanpa Kebenaran

papar berkaitan - pada 12/5/2023 - jumlah : 223 hits
PILU hati seorang ibu apabila mengetahui anaknya disusukan kenalan rapat tanpa kebenaran Kejadian berlaku sewaktu pempengaruh Afieqah Hasanah dan suaminya Faka mengadakan majlis aqiqah sempena kelahiran putera sulung mereka Muhammad Hayder ...
Ikan Kerisi Bakar Membantu Menyembuhkan Luka Dalaman Sesuai Untuk Ibu Berpantang Mudah Disediakan

Ikan Kerisi Bakar Membantu Menyembuhkan Luka Dalaman Sesuai Untuk Ibu Berpantang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 275 hits
Ikan kerisi bakar bagus untuk para ibu berpantang Resipi yang mudah untuk dibuat sedap dan memberi khasiat kepada tubuh badan ibu ketika berpantang Para suami juga boleh tolong sediakan hidangan untuk isteri Makin bertambah sayang isteri ke...
Minta Tolong Mandikan Anak Dulu Asam Garam Rumahtangga Betul Sangat Ibu Ni Kongsi

Minta Tolong Mandikan Anak Dulu Asam Garam Rumahtangga Betul Sangat Ibu Ni Kongsi

papar berkaitan - pada 4/5/2023 - jumlah : 286 hits
Memanjakan pasangan baik suami atau isteri memang perlu namun memanjakanlah dengan cara yang sewajarnya Utamakan tolak ansur dan saling bantu membantu dalam rumahtangga barulah lebih harmoni rumahtangga yang dibina Tugas menguruskan rumahta...
Kenapa Amik Gambar Macam Ni Dulu Dah Elok Tutup Aurat Posting Hari Ibu Ditegur Peminat Emma Maembong Kecewa

Kenapa Amik Gambar Macam Ni Dulu Dah Elok Tutup Aurat Posting Hari Ibu Ditegur Peminat Emma Maembong Kecewa

papar berkaitan - pada 16/5/2023 - jumlah : 294 hits
Sedia maklum pada tanggal 14 Mei satu dunia menyambut hari istimewa dan memperingati pengorbanan wanita wanita yang sudah melahirkan anak mereka Tidak terkecuali pelakon Emma Maembong turut mengambil kesempatan menyambut hari tersebut denga...
Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Daqmie Korbankanlah Chord

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Duit Bulanan Bantu Selesai Hutang Amp Modal Berniaga Diberikan Kepada Keluarga Wanita Itu Sejak Tahun 2018 Maiwp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Kenapa Lidah Jadi Begitu

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Samenta Calls For Higher Sst Threshold To Help Smes

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian