Salam Ramadhan 1441 Selamat Berpuasa
Bismillahirragmanirrahim --
Marhaban!... Marhaban Ya Ramadhan 1441. Walaupun, Ramadhan tahun ini, disambut dalam tempoh PKP - Kehadiran Ramadhan adalah amat-amat ditunggu-tunggu.
Marhaban Ya Ramadhan
Kemeriahan secara umumnya tidak lah dirasai seperti tahun-tahun sebelum ini kerana semua tahu ibadah solat tarawih tidak akan dilakukan di masjid atau surau, namun pastinya para ibu-ibu tetap merasai kemeriahannya kerana sudahpun, merancang apakah menu-menu berbuka puasa pada hari pertama berpuasa nanti.
Bagi para bapa-bapa juga pastinya ada yang berdebar-debar menunggu kehadiran Ramadhan kali ini, dan merasakan kemeriahannya dengan melakukan persiapan yang sepatutnya untuk mengimamkan solat tarawih berjemaah bersama ahli keluarga.
Namun terasa sedikit pilu bagi ibu-bapa atau keluarga yang anak-anak terkandas di IPT. Bagaimanalah keadaan berbuka puasa dan solat tarawih mereka. Adalah didoakan agar mereka sentiasa dalam perlindungan Allah jua dan dapat memeriahkan kedatangan Ramadhan kali ini, cara mereka sendiri.
Ibadah Puasa
Ibadah Puasa adalah WAJIB hukumnya, malah suruhan berpuasa di bulan Ramadhan ini adalah sangat-sangat penting sehingga banyak tawaran-tawaran anugerah oleh Allah SWT kepada hambanya yang benar-benar mengambil peluang merebutnya.
Wajib berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib - sehingga BERDOSA sekiranya SENGAJA tidak berpuasa tanpa sebarang sebab mengikut syariah.
Dan suruhan ini, bukan perkara yang boleh di ambil lewa atau dipermain-mainkan...
Kali ini, dalam keadaan PKP, ujian puasa ini, banr-benar di antara kita dengan Allah - kerana tiada rakan-rakan sekerja bersama ketika berpuasa, tiada masyarakat sekeliling bersama ketika berpuasa, hanya kita dan Allah SWT semata-mata di ruang rumah atau dibilik. Begitu juga ibadah solat tarawih - hanya kita sahaja untuk menghidupkan malam Ramadhan.
Diharapkan saya dan keluarga sendiri serta seluruh umat muslimin di Malaysia khususnya (kita-kita semua) - masih melaksanakan suruhan ini dengan penuh keimanan, semoga Allah SWT melemparkan hidayah ke dalam hati kita - mempermudahkan urusan, mencampakkan takut dan gembira di dalam hati... serta berjaya sehingga tamat akademi iman dan ibadah untuk tahun ini dan kembali bersih seperti fitrah kejadian nanti.
SELAMAT MANJALANI IBADAH PUASA DAN SELAMAT MENGHIDUPKAN MALAM-MALAM RAMADHAN
Akhir kata, kepada sahabat bloggers dan pengujung blog ini, mohon ampunkan lah dan maafkanlah saya, penulis blog ini agar kita memasuki bulan Ramadhan dengan tiada halangan dosa yang tidak dimaafkan... Allahualam bissawab... Wabillahittaufiq wal hidayah.. wassalam wbk
--Photo Marhaban Ya Ramadhan : screenshot drpd video dari facebook - tak tahu sumber sebenar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wafacw.blogspot.com/2020/04/salam-ramadhan-1441-selamat-berpuasa.html