Jambatan Pulau Pinang Masih Lagi Selamat


 

Jambatan Pulau Pinang disahkan masih selamat digunakan oleh pengguna jalan raya susulan insiden kebakaran pada kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kilometer 3.2 di jambatan itu pada Isnin.
Pengendali Jambatan Pulau Pinang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan itu bahawa keseluruhan struktur jambatan tersebut masih kukuh untuk digunakan selepas kejadian tersebut.


"Lorong kanan di kedua-dua arah di lokasi kebakaran kini ditutup selama beberapa hari untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak TNB, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta polis.
"Sepanjang tempoh ini, PLUS menggalakkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah untuk mengelakkan kesesakan disebabkan oleh penutupan lorong tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Menurut kenyataan itu, PLUS akan terus menyalurkan maklumat trafik terkini menerusi paparan papan tanda elektronik di lokasi strategik di lebuhraya termasuklah menerusi Twitter PLUSTrafik dan saluran media sosial dari semasa ke semasa.




 
Orang ramai turut digalakkan untuk memuat turun Aplikasi PLUS secara percuma dan berinteraksi dengan Chatbot pertama lebuh raya iaitu PUTRI untuk mendapatkan maklumat trafik di Jambatan Pulau Pinang.


Sementara itu, kerosakan kabel di Jambatan Pulau Pinang dijangka mengambil masa sehingga tiga bulan untuk dibaiki semula, namun ia bergantung kepada tahap kerosakan serta rundingan bersama PLUS.


Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, menurut penerangan dari TNB, kebakaran tersebut telah menjejaskan ketiga-tiga litar di bawah jambatan yang mengakibatkan gangguan bekalan elektrik selama 35 saat di beberapa kawasan.




 
Menurutnya, bagaimanapun bekalan elektrik pulih dan stabil kembali berikutan masih ada punca bekalan lain.


"Kejadian berlaku di bawah Kilometer 3.2 Jambatan Pulau Pinang, kira-kira jam 4.23 petang semalam (Isnin). Punca kebakaran masih dalam siasatan oleh TNB dan tempoh pembaikan hanya akan diketahui secara muktamad selepas penilaian dibuat secara terperinci hari ini (Selasa).


"Bagaimanapun, tempoh pembaikan bergantung kepada tahap kerosakan serta rundingan bersama PLUS berkenaan keperluan penutupan jalan bagi membenarkan kerja pembaikan. TNB yakin ia tidak akan melebihi tiga bulan," katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.


Secara umumnya, permintaan bekalan elektrik di bahagian pulau berjumlah maksimum 700MW yang mana, ketika ini terdapat empat litar lain melalui kabel submarin dengan kapasiti bekalan 1,180MW.


Bagi Stesen Janakuasa Gelugor pula, ia mampu membekalkan kapasiti 310MW, bermakna masih terdapat kapasiti bekalan kira-kira 1,490MW di bahagian pulau iaitu jauh mencukupi untuk memenuhi permintaan.


Dalam kejadian pada petang Isnin, api berjaya dipadamkan kira-kira jam 7:30 malam dan tiada kecederaan melibatkan pengguna jambatan dilaporkan.


SINAR HARIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2021/02/jambatan-pulau-pinang-masih-lagi-selamat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Hari Lahir Arwen Yang Ke 12 Big Tas Tea Setia Triangle Pulau Pinang

Selamat Hari Lahir Arwen Yang Ke 12 Big Tas Tea Setia Triangle Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 900 hits
Walaupun dah lepas tapi nak simpan juga dalam my blog Mana tahu dah retire dalam blogging boleh pass down kat anak anak Anak anak tengok blog mama dia sure terkenang kenang masa diorang kecil sampailah dewasa moga mogag dipanjangkan umur da...
Vaksin Covid 19 Selamat Tiba Di Dua Psv Di Pulau Pinang

Vaksin Covid 19 Selamat Tiba Di Dua Psv Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 279 hits
Dewi Nur Harasha AliasPada Ahad sebanyak 16 000 dos vaksin COVID 19 jenis Pfizer BioNtech selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jam 5 35 petang Foto Astro AWANI GEORGE TOWN Semua vaksin COVID 19 sudah di hantar ke ...
Kebakaran Di Jambatan Pulau Pinang Libatkan Kabel 132kv

Kebakaran Di Jambatan Pulau Pinang Libatkan Kabel 132kv

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 214 hits
PETALING JAYA Tenaga Nasional Berhad memaklumkan bahawa kebakaran di Kilometer 3 2 Jambatan Pulau Pinang petang ini adalah melibatkan kabel 132 kilovolt dari Pencawang Masuk Utama Bukit Tengah ke Bayan Mutiara Ketua Pegawai Grid TNB Datuk I...
Tnb Perlu Tiga Bulan Untuk Baiki Kabel Elektrik Jambatan Pulau Pinang

Tnb Perlu Tiga Bulan Untuk Baiki Kabel Elektrik Jambatan Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 256 hits
Tenaga Nasional Berhad dijangka memerlukan masa hingga tiga bulan untuk membaiki kerosakan kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di km3 2 yang terbakar semalam Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan Pulau Pinang Zairi...
Bkkm Pulau Pinang Serbu Kilang Fucuk Di Sebelah Kandang Khinzir

Bkkm Pulau Pinang Serbu Kilang Fucuk Di Sebelah Kandang Khinzir

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 429 hits
Makanan dihurung lalat najis tikus dan bangkai kucing ditemui di dalam kawasan kilang NIBONG TEBAL Serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah kilang memproses fucuk yang disyaki beroperasi dalam persekitaran yang kotor membongkar kewujudan tiga ...
Tanah Kubur Di Pulau Pinang Kritikal

Tanah Kubur Di Pulau Pinang Kritikal

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 300 hits
TANAH Perkuburan Islam Jalan Perak Georgetown Pulau Pinang yang semakin padat berikutan pertambahan penduduk Islam di sekitar kawasan itu Sumber Kosmo OnlineOleh KHUZAIRI ISMAILGEORGETOWN Umat Islam semakin bertambah ruang kubur semakin ter...
Ketua Menteri Pulau Pinang Sedia Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Covid19 Di Negeri Ini

Ketua Menteri Pulau Pinang Sedia Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Covid19 Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 334 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menjadi individu pertama di negeri itu yang bakal menerima suntikan vaksin COVID 19 yang dijadualkan bermula minggu depan Menurut Kon Yeow beliau bersedia menerima suntikan sebagaimana dicadangk...
Awani Ringkas Spm Bermula Hari Ini Km Pulau Pinang Pertama Terima Vaksin

Awani Ringkas Spm Bermula Hari Ini Km Pulau Pinang Pertama Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 22/2/2021 - jumlah : 320 hits
SPM bermula hari ini KM Pulau Pinang pertama terima vaksin SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com ...
Akibat Terdesak Golongan B40 Di Pulau Pinang Terpaksa Jual Atau Pajak Geran Motosikal

Akibat Terdesak Golongan B40 Di Pulau Pinang Terpaksa Jual Atau Pajak Geran Motosikal

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 307 hits
Akibat kesempitan hidup golongan B40 terutama pekerja kilang yang diberhentikan kerja dan peniaga yang terjejas ekoran penularan wabak Covid 19 di Pulau Pinang dikatakan sanggup menjual motosikal milik mereka termasuk yang baharu dibeli dua...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik Puas Bantu Sri Pahang Fc Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Tak Lama Selepas Pemergian Ibu Man Kulim Pening Meninggal Dipercayai Akibat Demam Panas

On The Way Jb Hujan Sepanjang Jalan

Book Haul 2024

Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah