Salam Maulidur Rasul 2021


Salam Maulidur Rasul 1443H tahun 2021. Sambutan Maulidur Rasul 2021 jatuh pada hari Selasa 19 Oktober 2021. Cuti Maulidur Rasul 2021 merupakan cuti umum di seluruh Negara.

Ramai yang ambil peluang untuk bercuti panjang sampai cuti Maulidur Rasul alang-alang dah boleh rentas negeri.
Tema Maulidur Rasul 2021 : Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti


Bersempena sambutan Maulidur Rasul, ambillah peluang menghayati perjuangan dan mencontohi baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga mencapai kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. 
Hidupkan sunnah Rasullullah yang mana mampu untuk kita lakukan. InshaAllah... Semoga ikutan sunnah semakin bertambah cinta dan sayang kepada Rasulullah SAW. Jom berselawat

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَصَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ 
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ 
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ 
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ 
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ 
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ 
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ 
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
SEJARAH HIDUP RASULULLAH SAWNama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

USIA 5 TAHUNPeristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. 
USIA 6 TAHUNIbunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). 
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. 
USIA 8 TAHUN Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. 
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. 
USIA 20 TAHUN Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. 
Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah

USIA 25 TAHUNBermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. 
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. 
USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. 
USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman
 USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. 
USIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi
 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2021/10/salam-maulidur-rasul-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salam Maulidur Rasul 19 Oktober 2021 Bersamaan 12 Rabi Ulawal 1443 Hijrah

Salam Maulidur Rasul 19 Oktober 2021 Bersamaan 12 Rabi Ulawal 1443 Hijrah

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 863 hits
Salam Maulidur Rasul 1443 H Bersamaan 19 Oktober 2021 hari Selasa Bila sebut maulid rasul terus ingat junjungan besar Nabi Muhammad SAW Siapa lah yang tak rindu dan teringin jumpa dengan beliau Semua orang ada kerinduan masing masing sampai...
5992 Aktiviti Program Infaq Rezeki Minyak Petrol Percuma Sempena Sambutan Maulidur Rasul Ppim 19 10 2021

5992 Aktiviti Program Infaq Rezeki Minyak Petrol Percuma Sempena Sambutan Maulidur Rasul Ppim 19 10 2021

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 326 hits
Program Infaq Rezeki minyak petrol percuma sempena sambutan Maulidur Rasul bersama PPIM dan Yayasan Afdlin Shauki semalam Turut serta Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi dan Pengasas Yayasan Afdlin Shauki Dato Afdlin Shauki
Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 659 hits
Quoting Michael H Hart s The 100 A ranking of the most influential person in history from Quora app below My choice of Muhammad to lead the list of the world s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by othe...
Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1443 Hijrah

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 648 hits
Selamat menyambut maulidur rasul kepada seluruh pembaca Jom renungi Sejarah Kelahiran Dan Biodata Rasulullah S A W Rabi ulawal menjelang lagi Datangnya dengan membawa kenangan Saban tahun setiap tahun kita menyambutnya dengan rasa rindu di ...
Hebatnya Kerajaan Melayu Isle Timah Oh Timah Muncul Sempena Maulidur Rasul

Hebatnya Kerajaan Melayu Isle Timah Oh Timah Muncul Sempena Maulidur Rasul

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 296 hits
Tanpa Dap dalam kerajaan cabutan judi berjaya ditingkatkan dari 8 kali kepada 22 kali Apa kata lebai Tidak mengapa walaupun judi ditambah 22 kali tapi yang aktif cuma 8 cabutan saja kata lebai penjual agama Maksud lebai walaupun babi ada 22...
Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi

Telefilem Maulidur Rasul Datang Lagi

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 786 hits
Telefilem Maulidur Rasul datang lagi telefilem istimewa sempena Maulidur Rasul disiarkan pada hari Isnin 18 Oktober 2021 jam 10 00 malam di TV3 Menampilkan lakonan Ropie Nafiz Muaz Eyka Farhana Razak Ahmad Aleza Shadan Erul Samah Johan As a...
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Melancarkan Sambutan Maulidur Rasul Serta Wajah Baharu Studio Tv Alhijrah

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Melancarkan Sambutan Maulidur Rasul Serta Wajah Baharu Studio Tv Alhijrah

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 390 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Haji Idris Ahmad melancarkan sambutan Maulidur Rasul serta wajah baharu Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah di dalam rancangan Assalamualaikum hari ini Tema Manhaj Rabbani Negara Harmoni dipilih d...
Nabi Masih Kenal Batu Dan Pokok Yang Memberi Salam Sebelum Menjadi Rasul

Nabi Masih Kenal Batu Dan Pokok Yang Memberi Salam Sebelum Menjadi Rasul

papar berkaitan - pada 25/10/2021 - jumlah : 530 hits
Rahmat Nabi sebelum menjadi rasul sewaktu Nabi dalam perjalanan untuk naik ke gua Hira bukit Nur kata Rasulullah aku mendengar pokok batu memberi salam kepada aku Sampai Nabi hidup dengan sahabat sehingga saat itu iaitu sewaktu Nabi hidup N...
Lirik Alaika Ya Rasul 2021 Unic

Lirik Alaika Ya Rasul 2021 Unic

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 342 hits
ya rasuli ya imamiya syafi eya sayyidisolawatullahi wassalamiya habibi ya khaliliya ainiya amali solawatullahi wassalamiallah dan malaikat turut berselawat buktikan cinta kita padanyamaula ya solli wasallim da iman abadan ala habibi kakhair...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp