Salam Aidilfitri Birthday Dak Nuha
20 April 2023 - KhamisMalam: Sesi pembakaran terbuka dibuat oleh en. Hubby Ahli terlibat: dak Adik + dak NuhaPemerhati: MakBudak + dak Kakak

Lemang - en. Hubby
Hanya untuk mereka yang telah membuat tempahan awal
21 April 2023 - Jumaat (hari terakhir Ramadan)En. Hubby masak lamb shank.Dak Kakak masak hidangan untuk berbuka
Aku: Gosok baju + mengemas segala keperluan untuk di bawa pulang ke kampung. Inilah cara mengelat dari bersilat di dapur. Bagi peluang pada anak dara menunjukkan skill memasak, gian katanya dah lama tak dapat pegang sudip kuali
22 April 2023 - Sabtu (1 Syawal 1444H)SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA DARI TEAM #MakBudak
Pagi Syawal: di rumah myMIL
Tak cukup meriah kerana tidak cukup ahli mesyuarat tingkap.

Bersama myFIL dan myMIL

Panas ting ting.. berpeluh tiak

Dak Adik malas nak berjemur katanya

Tukang ambil gambar pun turut sama bergaya.

Ziarah jiran sebelah rumah myMIL
Petang: Menuju ke selatan.Lebuh raya sesak itu biasa tapi tidaklah luar biasa seperti tahun lepas - raya mengejut

Dah nampak sempadannya

Ini lagi satu sempadannyaLebuh raya tak sesak
Bukanlah di sepanjang laluan, hanya di kawasan tertentu je

Team Hitam

Ayah aku je takde dalam gambar ni
Malam: Tiba di rumah maklong di selatan.Musim perayaan macam ni, kau jangan kata nak diet bagai. Makanan dah ada depan mata takkan nak tengok je kan

Rendang Maman - saya suka.. saya suka.
Hidangan utama selain tapai. Rasa nak bawa balik, tak nak kongsi dengan sesiapa
23 April 2023 - Ahad (2 Syawal 1444H)Meneruskan perjalanan beraya kami
Sup tulang tak pernah mengecewakan setiap kali beraya ke sini. Layanan yang diberikan seperti kami ini anak mereka sendiri seperti kisah di SINI.. Terbaik

Malas dah nak panggil en. Hubby ajak bergambar bersama
Kita susun je selipar sebagai bukti
Team Hijau
Ragam anak-anak mencari sudut menarik untuk bergambar

Di bawah terik mentari.. pedih mata dibuatnya

Sekali lagi tiada gambar en. Hubby di sini

Bukan senang nak tengok dak Adik bergambar macam ni
Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju ke Negeri Johor Darul Takzim. Singgah menziarahi mak saudara, kelihatannya tak sihat - minor strok. Sedikit terkejut kerana tiada khabar yang beliau sedang sakit. Memang sengaja tidak diberitahu pada semua rupanya.

Moga maklong cepat baik dan moga rutin harian dipermudahkanNYA
Lokasi terakhir di Negeri Melaka.Tak pernah tak berjaya ku bawa pulang kuih raya dari kampung. Sebalang dua mesti dalam tangan. Malu..? Tak sempat nak rasa malu, tuan rumah sendiri suruh bawak balik.. 🤣

Kudap-kudap sambil melayani kesesakan jalan raya
Biasalah hari raya kan, semua nak berjalan raya
Hari ini..23 April 2023 - Ahad (2 Syawal 1444H)Birthday dak Nuha
Ketika orang sedang bergembira, aku hampir terlupa.. Gila kau #MakBudak.. Birthday anak sendiri boleh lupa. Tapi takdelah terasa ralat sangat sebab empunya diri pun tak ingat.. Dok sibuk kira duit raya berapa dia dapat.. 🤣
Selamat Hari Lahir buat dak Nuha, anak bongsu yang tak nak adik lagi dah.. 🤣#AnakNagaManja
24 April 2023 - Isnin (3 Syawal 1444H)Hari terakhir beraya di kampung halaman. En. Hubby teringin nak makan asam pedas daging tetel. Gigih mencari di pasar dan minta Mak Busu masakkan. Rasa rugi pula tak tapau sikit bawa balik, aku cuma tapau rendang ayam je

'Mira' ada di mana-mana.. 🤣

Wangi - bunga durian

Penuh bergayutan buah-buah durian ni

Inilah tuan tanah - PakBusu.

Buah rambutan baru nak berputik nun kat belakang tu
Meriah sungguh buah durian PakBusu tahun ni
Merata aku jumpa telurnya
3 Syawal 1444H - Salah Team ni
Perjalanan balik ke rumah:Memandangkan jalan menuju masuk ke lebuh raya sesak tak bergerak, kami mengambil kesempatan menukar muka depan telefon anak-anak terlebih dulu. MakBudak dengan Babah deme pun turut terlajak. Kebetulan ada pula cabutan bertuah yang akan diumumkan dalam masa seminggu lagi

Moga aku antara yang bertuah memenangi hadiah yang ditawarkan. Aamiin..

Telok KemangAntara laluan yang kami lalui untuk pulang ke rumah
Jalan seperti ini lagi bahaya sebenarnya.. rambang mata tengok kiri dan kanan apa yang ada

3 Syawal 1444HMenyambut Syawal di tepian pantai
Bukan kami tapi mereka

Tumpang lalu je di sini - Lubok China

Sempadan Negeri Sembilan/MelakaAku tak boleh tengok signboard sebegini - laju je jemari nak ambil gambar
Selepas mengharungi hampir lima jam perjalanan, akhirnya selamat mendarat di halaman rumah sendiri. Lima jam? Itu termasuk cuci mata di sepanjang perjalanan. Tak lama mana sebenarnya pun.
25 April 2023 - SelasaSeharian berehat di rumah, masih dalam mood bercuti rehat.
26 April 2023 - RabuKesihatan diri:Pemeriksaan ulangan selepas ujian darah diambil pada 17 April 2023 yang lepas. Alhamdulillah, semua berada di paras normal kecuali kadar kolesterol sedikit tinggi. Perlu kekal sihat dengan amalan pemakanan sihat - Ini doctor yang pesan.
Seharian berehat di rumah, masih dalam mood bercuti rehat
27 April 2023 - KhamisKembali memulakan langkah bertugas di tempat kerja
#RemajaPurba: Open House..?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2023/04/salam-aidilfitri-birthday-dak-nuha.html