Panduan Teks Khutbah Aidilfitri 2023 Jakim
Teks Khutbah Aidilfitri 2023 – JAKIM
Khutbah Aidilfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.
Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Berikut dikongsikan rukun dan pelaksanaan khutbah aidilfitri yang dirujuk daripada JAKIM.
Pengenalan Khutbah Hari Raya Aidilfitri
Setelah Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri selesai dilakukan, sekiranya ia dilaksanakan secara berjemaah, disunatkan bagi imam untuk membaca khutbah hari raya sebanyak dua khutbah.
Ia adalah pelaksanaan yang sama seperti khutbah Jumaat dari sudut rukun dan perkara sunat dalam khutbah.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar R.Anhuma beliau berkata :
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ يُصَلُّونَ فِي الْعِيدَيْنِ قَبْلَ الْخُطْبَةِ ثُمَّ يَخْطُبُونَ
Maksudnya : Adalah Rasulullah S.A.W, Abu Bakr, dan Umar menunaikan solat dua hari raya sebelum berkhutbah. Kemudian baru mereka berkhutbah.
Riwayat Al-Tirmizi (531)
Rukun Khutbah
5 RUKUN KHUTBAH
Memuji Allah SWT
Selawat Ke Atas Nabi SAW
Wasiat Taqwa
Membaca Satu Ayat Al-Quran
Doa Kepada Orang Beriman Dalam Khutbah Kedua
Khatib hendaklah menyampaikan semua rukun-rukun khutbah dalam bahasa Arab walaupun ia tidak difahami oleh para jemaah.
Syarat Sah Khutbah
SYARAT KHUTBAH JUMAAT
1. KHATIB
khatib berdiri jika mampu & duduk di antara 2 khutbah
khutbah disampaikan sebelum solat Jumaat.
rukun khutbah disampaikan dalam bahasa arab
khatib suci daripada hadas dan najis serta menutup aurat.
2. KHUTBAH
berturut-turut antara rukun khutbah , khutbah pertama dgn khutbah kedua serta khutbah kedua dengan solat.
rukun khutbah didengar oleh 40 jemaah mastautin yang wajib solat Jumaat.
Perkara Sunat Khutbah
1. KHATIB:
berkhutbah di atas mimbar
duduk diatas mimbar sebelum menyampaikan khutbah
menghadapkan wajahnya ke hadapan tanpa menoleh ke kanan atau ke kiri.
memberi salam setelah naik ke atas mimbar
menguatkan suara agar khutbah didengar oleh lebih daripada 40 orang Jemaah.
memendekkan kedua-dua khutbah. Khutbah kedua lebih pendek daripada khutbah pertama.
memegang tongkat dengan tangan kiri.
2. MAKMUM:
Mendengar khutbah yang di sampaikan oleh khatib.
melaksanakan solat sunat secara ringkas khatib sedang berkhutbah.
Adab Mendengar Khutbah
memberi fokus pada isi kandungan khutbah
diam dan tidak bercakap-cakap (hukum bercakap ketika khutbah sedang diasampaikan adalah MAKRUH dan boleh menghilangkan pahala.
Tidak tidur. Sekiranya kita rasa mengantuk, hendaklah berpindah tempat yang lain dengan syarat tidak melangkah orang lain.
tidak melakukan perbuatan sia-sia contohnya menggunakan sebarang gajet seperti talifon bimbit.
Panduan Khutbah Aidilfitri 2023
Disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan.
Manakala sekiranya seseorang melaksanakan solat hari raya secara bersendirian, maka tiada dituntut untuk dia membaca khutbah raya oleh kerana tidak terdapatnya manfaat yang terhasil dari hal tersebut.
Sekiranya orang perempuan mendirikan solat hari raya secara berjemaah sesama mereka, maka tidak perlu untuk imam mereka berkhutbah (merujuk kepada rukun dan sunat khutbah) dan memadai sekadar tazkirah dan peringatan ringkas sahaja.
TEKS_KHUTBAH_AIDILFITRI_1444H_-_AIDILFITRI_LEBIH_BERERTIDownload
Muat Turun Teks Khutbah Aidilfitri 2023
Teks Khutbah Aidil Fitri 2023 boleh didapatkan melalui teks yang disediakan oleh JAKIM / Jabatan Agama Islam Negeri menerusi laman web mereka.
Klik di sini untuk memuat turun Khutbah Aidilfitri 2023 oleh JAKIM : Teks Khutbah Aidilfitri Tajuk : Aidilfitri Lebih Bererti
Semoga bermanfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/khutbah-aidilfitri/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=khutbah-aidilfitri