Serbuan Ke Rumah Najib Malam Ramadan 2018 Keterlaluan


MALAYSIAKINI


Mengenang detik-detik penggeledahan rumah bekas perdana menteri pada malam pertama Ramadan 2018, bekas pengawal peribadi kepada Najib Razak, berkata sebagai anggota polis tindakan itu dilihatnya keterlaluan.
Sub Inspektor (B) Alias Yahya dipetik laporan The Malaysian Gazette berkata serbuan yang bermula pada malam 16 Mei itu melayan bekas perdana menteri seolah-olah Najib ialah suspek kes yang melibatkan mati mandatori.
“Bekas perdana menteri pun, baru berapa hari baru kalah saja. Tapi dia serang dia serbu rumah macam kes yang melibatkan mati mandatori tu.
“Sebagai polis akhirnya saya pun macam tak puas hati juga, walaupun dia orang (polis) tugas, tapi dalam hati kecil saya memang saya tak puas hatilah, sebab kalau penjenayah yang memang dikehendaki oleh polis tak apalah kamu buat macam itu.
“Ini perdana menteri tu, bekas perdana menteri. Buat dia sampai macam tu, saya tak puas hatilah. Tapi tak boleh buat apa sebab mereka pun terima arahan,” kata Alias (gambar bawah, di sebelah kanan Najib).

Pada lewat malam 1 Ramadan 2018, yang menyaksikan lebih 10 kereta polis dan sebuah Black Maria berada di luar banglo Najib di Langgak Duta bagi tujuan penggeledahan yang berlanjutan sehingga 18 jam.
Tindakan terhadap Najib itu, malah turut mengundang maklum balas pentadbiran PH.
Daim Zainuddin yang ketika itu menjadi pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan berkata Najib harus diberi layanan secara bermaruah dan kesamarataan sebagaimana warga negara Malaysia yang lain sungguhpun di tengah-tengah operasi penggeledahan oleh pihak berkuasa di kediaman peribadi beliau.
“Semua orang harus dihormati dan diperlakukan seperti manusia terutama bekas perdana menteri. . Mereka (para pegawai) harus membiarkan orang tidur,” katanya.
Malah ada antara pemimpin PH ketika itu membantah cara polis menggeledah kediaman Najib berdasarkan pengalaman mereka sendiri sebelum ini.
Nurul Izzah Anwar yang ketika itu naib presiden PKR misalnya berkata siasatan pihak berkuasa sepatutnya berlangsung mengikut konsep keadilan serta tidak mengetepikan aspek hikmah.
"Sebagai bekas mangsa serbuan pada awal pagi, saya mesti tegaskan bantahan saya terhadap penggeledahan pada mana-mana rumah pada waktu yang tidak sewajarnya, katanya.
Pemimpin Amanah Khalid Samad pula berkata tiada sebab untuk menyiasat Najib sehingga jam 4 pagi.
Balas dendam
Sebelum serbuan itu berlaku, Najib baru selesai menunaikan solat tarawih di Majid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur.
Najib pada laporan The Malaysian Gazette hari ini berkata beliau tidak terfikir serbuan akan dilakukan pada malam Ramadan pertama, dan menyifatkannya sebagai perbuatan “balas dendam” terhadapnya.
“Saya tak terfikir hari pertama malam pertama Ramadan dia nak lakukan perkara ini, seolah-olah tak ada masa lain.
“Tapi itulah kerajaan PH memang mereka nak, ada sifat balas dendam yang amat sangat. Jadi mereka lakukan apa sahajalah.
“Itu permulaannya, mereka menggeledah rumah ni dengan alasan ini ada kaitan dengan 1MDB,” katanya lagi.
Susulan serbuan ke rumahnya itu, kediaman yang berkaitan dengan Najib juga turut digeledah polis.
Najib dan beberapa ahli keluarganya kemudian dikenakan berbagai pertuduhan berkaitan skandal 1MDB, termasuklah pengubahan wang haram, salah guna kuasa dan jenayah pecah amanah.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/serbuan-ke-rumah-najib-malam-ramadan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Malam Terakhir Ramadan Riena Diana Kongsi Bahaya Fitnah

10 Malam Terakhir Ramadan Riena Diana Kongsi Bahaya Fitnah

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 499 hits
Berkongsi ilmu di laman Instgramnya nama Riena Diana kini menjadi perhatian netizen apabila beliau kini giat berinteraksi bersama peminatnya mengenai amalan sesama manusia Riena juga dilihat tidak mahu ketinggalan mengutip pahala pada 10 ma...
10 Malam Terakhir Ramadan Misi Mencari Malam Lalailatul Qadar

10 Malam Terakhir Ramadan Misi Mencari Malam Lalailatul Qadar

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 483 hits
10 MALAM TERAKHIR RAMADAN MISI MENCARI MALAM LALAILATUL QADAR Siapa yang tak mahukan malam Lailtul QADAR PKP MCO kali ini alhamdulillah rata rata semua bersyukur kerana tak terbeban dengan kerja hakiki seperti tahun tahun sudah 100 sibuk Ta...
Rasulullah Pesan Amalkan Doa Ini Selalu Di 10 Malam Terakhir Ramadan

Rasulullah Pesan Amalkan Doa Ini Selalu Di 10 Malam Terakhir Ramadan

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 1693 hits
Rasulullah pesan amalkan doa ini selalu di 10 malam terakhir Ramadan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Malam ni malam ke 23 Ramadan 2020 1441H Pejam celik pejam celik dah nak habis dah ramadhan Hmm Jangan sedih sedih ada 7 hari la...
Hiburan Nora Danish Tak Dapat Tahan Tangisan Berjaya Khatam Al Quran 9 Malam Akhir Ramadan

Hiburan Nora Danish Tak Dapat Tahan Tangisan Berjaya Khatam Al Quran 9 Malam Akhir Ramadan

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 349 hits
Tidak kira siapa pun kita apa pun latar belakang kita sudah pasti ramai yang sedang bertungkus lumus mengejar segala fadilat yang boleh dicapai sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini Selebriti popular iaitu Nora Danish juga tidak lupa untuk...
Hotel Maya Kuala Lumpur Membawa Juadah Tradisional Terus Ke Rumah Di Bulan Ramadan Ini

Hotel Maya Kuala Lumpur Membawa Juadah Tradisional Terus Ke Rumah Di Bulan Ramadan Ini

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 477 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat yang belum pernah terjadi sebelumnya di negara kita Hotel Maya Kuala Lumpur bersama denga...
Wardah Hadirkan 6 Makeup Ramadan Festive Inspiration 2020 Bisa Jadi Inspirasi Tetap Tampil Cantik Walau Di Rumah

Wardah Hadirkan 6 Makeup Ramadan Festive Inspiration 2020 Bisa Jadi Inspirasi Tetap Tampil Cantik Walau Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 301 hits
Kamu bisa bereksperimen mengekspresikan gaya makeup warna karakter dan menciptakan mood yang diinginkan bersama Wardah
Tak Dapat Berbuka Di Buffet Ramadan Bgr 2020 Iftar Dengan Bangi Golf Resort Di Rumah Sahaja

Tak Dapat Berbuka Di Buffet Ramadan Bgr 2020 Iftar Dengan Bangi Golf Resort Di Rumah Sahaja

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 491 hits
BERBUKA PUASA IFTAR DENGAN BANGI GOLF RESORT BGR MEAL PRO SET B Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua Alhamdulillah syukur bulan puasa Ramadan kali ini mummy dapat menghabiskan masa di rumah tidak seperti tahun sesebelum ini Bulan Rama...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Wee Barking Up The Wrong Tree

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Insider Tricks Stylists Use To Make Clothes Fit Perfectly

Mobile Friendly Free Money The Community Has You Covered

Pelajar Lelaki 14 Tahun Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa

Umur 7 Tahun Sudah Bergelar Tunangan Orang

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang