Sakura Band Perap Lagu 2 Tahun






Nama Sakura Band tidak perlu diperkenalkan lagi. Kemunculan mereka dalam industri hiburan sejak lapan tahun lalu memberikan warna baru pada muzik tempatan.

Hampir dua tahun berehat dari persada muzik tempatan disebabkan vokalis, Mell mengandung dan bersalin, kini Sakura Band kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul, Menang yang dilancarkan secara rasmi pada 4 Mac lalu.

Umum mengetahui Sakura Band yang dianggotai Mell (vokalis), Haniff (gitar kedua), Ali (gitar pertama) dan Akai (basis) ditubuhkan sejak 2012 dan berjaya mencipta pengaruh tersendiri apabila single Setelah Hujan yang juga tema drama Diandra di TV3 mencipta fenomena.

Sejak itu, nama Sakura Band terus menjadi siulan dan setiap lagu mereka berjaya diterima ramai dan mendapat maklum balas positif peminat muzik tempatan.

Antaranya, Pelarian, Melepaskanmu dan Polaroid. Kali terakhir Sakura Band muncul dengan single pada 2018 menerusi lagu Magik.

Menariknya mengenai Menang, ia adalah hasil karya ciptaan Natasya, Mell dan Haniff dari Sakura Band sendiri. Sementara lirik tulisan Mell dan Haniff.

Menurut Haniff yang juga pemain gitar kedua, lagu Menang sudah disiapkan dua tahun lalu dan baru kali ini sedia dilancarkan.

“Lagu ini sudah ditulis dua tahun lalu. Ia sepatutnya dilancarkan tahun lepas, tapi disebabkan Mell hamil dan bersalin, jadi kami berehat.

“Kiranya, sepanjang tahun lalu saya dan anggota lain memberi fokus kepada kerja belakang tabir dan buat lagu sendiri.

“Awal tahun ini baru kami berbincang semula dan tetapkan masa untuk Menang dilancarkan,” katanya.

Haniff berkata, walaupun sudah diperam selama dua tahun, muzik Menang masih dianggap relevan pada masa sekarang.

“Lagu ini adalah kesinambungan Magik. Ia juga berentak elektronik moden. Jadi, muzik Menang masih relevan sebab masih moden dan boleh layan.

“Apatah lagi, lirik lagu ini menceritakan bagaimana kita perlu berjuang dalam kehidupan. Apa jangkaan kita untuk mencapai kemenangan. Pendek kata, ia memberi motivasi buat semua,” katanya.

Lancar tiga lagi single

Haniff berkongsi, lagu Menang sepatutnya menjadi projek album bersama syarikat rakaman Universal Music yang turut bertindak selaku penerbit dan pengedar bagi single ini.

Disebabkan itu, kontrak bersama Universal Music dilanjutkan sepanjang tahun ini.

“Dalam kontrak bersama Universal Music cuma dua tahun dan kami perlu ada satu album. Konsep yang diketengahkan adalah lagu berentak elektronik moden. Jadi, Menang antara lagu yang patut ada dalam album ini.

“Macam dikatakan tadi, disebabkan Mell hamil dan bersalin, ia tidak dapat dibuat. Kami sempat lancarkan satu lagu saja iaitu Magik. Selepas berbincang semula dengan pihak syarikat rakaman, kami akan melancarkan satu persatu single.

“Kiranya, selepas Menang ada tiga lagu lagi. Kami juga dalam perancangan untuk merakamkan lagu baru yang mana muzik kembali seperti lagu Palaroid,” katanya.

Haniff berharap lagu Menang akan mengembalikan zaman kegemilangan Sakura Band dan terus mewarnai industri muzik tempatan.

“Semoga lagu ini dapat diterima baik sama seperti single terdahulu. Walaupun muzik tukar sikit, tapi dari segi lirik dan komposisi muzik ia masih Sakura Band.

“Apa yang pasti, Menang sebuah lagu yang boleh layan. Dan ia cukup istimewa buat seluruh peminat kami,” katanya.







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/04/sakura-band-perap-lagu-2-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lirik Lagu Menang Sakura Band 2020

Lirik Lagu Menang Sakura Band 2020

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 498 hits
Setelah lama menyepi kini Sakura Band telah kembali dengan lagu baru mereka yang bertajuk Menang Untuk pengetahuan korang muziknya telah dicipta dan diiringi oleh Natasyah Haniff Sakura dan juga Manakala Lirik Lagu Menang telah direka oleh ...
Lirik Lagu Jaga Jaga Azarra Band Ft Beby Acha

Lirik Lagu Jaga Jaga Azarra Band Ft Beby Acha

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 1271 hits
Kumpulan Azzara Band muncul dengan lagu baru berjudul Jaga jaga berduet bersama Beby Acha Jaga Jaga Azarra Band ft Beby Acha Lagu Ejai Aziz Lirik Ejai Aziz Kidz Lirik lagu Jaga Jaga Azarra Band Ft Beby Acha L Jaga jaga jangan main mataNanti...
Motosikal Rempuh Kereta Lelaki 59 Tahun Maut Takziah

Motosikal Rempuh Kereta Lelaki 59 Tahun Maut Takziah

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 352 hits
TIMBALAN Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Darat Pak Chan maut dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Kuala Terengganu Kuantan Marang hari ini Motosikal Rempuh Kereta Lelaki 59 Tahun Maut Takziah
Syekh Puji Dilaporkan Nikahi Anak Umur 7 Tahun Jauh Di Bawah Usia Ideal Apa Bahayanya

Syekh Puji Dilaporkan Nikahi Anak Umur 7 Tahun Jauh Di Bawah Usia Ideal Apa Bahayanya

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 412 hits
Ingat nggak dulu Syekh Puji menikahi perempuan berusia 12 tahun Kali ini dia dilaporkan nikah lagi dengan anak usia 7 tahun
Ekor Dinosaur 72 Juta Tahun Dijumpai Di Utara Mexico

Ekor Dinosaur 72 Juta Tahun Dijumpai Di Utara Mexico

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 431 hits
Ekor sepanjang 5 meter itu merupakan yang pertama sepertinya di Mexico Fosil ekor dinosaur dipercayai daripada keluarga Hadrosaur Ditemui sekumpulan ahli paleontologi di sebuah gurun di utara Mexico seperti yang dilaporkan oleh National Ins...
Wanita Jerit Idiot Pada Polis Didakwa Sabit Kesalahan Penjara Hingga Dua Tahun Denda Rm10 000

Wanita Jerit Idiot Pada Polis Didakwa Sabit Kesalahan Penjara Hingga Dua Tahun Denda Rm10 000

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 833 hits
PENGURUS jualan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya kerana mengeluarkan kata kesat terhadap anggota polis dan menghalang penjawat awam pada 31 Mac lalu Tertuduh Tong Poh Kim 44 bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas dua pertudu...
Polisi Bakal Periksa Syekh Puji Terkait Dugaan Nikahi Anak Usia 7 Tahun

Polisi Bakal Periksa Syekh Puji Terkait Dugaan Nikahi Anak Usia 7 Tahun

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 315 hits
Tak hanya memeriksa enam orang saksi Polda Jawa Tengah juga telah memeriksa satu orang ahli dalam kasus tersebut
Senarai Cuti Umum Cuti Sekolah Tahun 2020

Senarai Cuti Umum Cuti Sekolah Tahun 2020

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 500 hits
Tak lama lg dah nak masuk thn 2020 thn di mana diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad Berikut dikongsikan Kalendar 2020 beserta senarai cuti sekolah dan cuti umum Diharapkan perkongsian kalendar memudahkan anda merancang aktiviti percutian...
Groups Call Pro Palestine Protester S Assault Charge Unjust

Police Quiz Malaysiakini Editor Over Sabah Scandal Laptop Seized

Hiburan Kita Fikir Orang Belakang Kalau Kereta Tu Mampuh Mu Lah Menyusahkan Orang Pemandu Treler

Balik Kampung Cuti Sekolah

Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Ppim Gesa Hapus Sistem Tawar Menawar Tetapkan Tambang Lantai E Hailing Sinar Harian 31 12 2025

Kenapa Ramai Bercerai Sebab Tiktok

Hari Bonus 2025 30 12 25


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Agar Agar Kristal Mudah Dan Simple

Tahun Baru Memaknai Kesederhanaan Dalam Kehidupan

Analisis Ekonomi Musang King Potensi Dan Cabaran Dalam Pasaran Durian

Rebutan Formulir Bazar Ramadan Ricuh Pedagang Serbu Kantor Majelis Daerah Besut

Zohran Mamdani Angkat Sumpah Sebagai Datuk Bandar New York

Sanusi Sebagai Pengerusi Pn Ketua Ulama Pas Setuju