Saksi Utama Nafi Beri Keterangan Bercanggah Untuk Selamatkan Bung Moktar Zizie Izette


 
Bung Moktar Radin, 64, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.KUALA LUMPUR: Saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad, berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad, hari ini, menafikan beliau memberi keterangan bercanggah serta mereka-reka cerita semata-mata untuk menyelamatkan pasangan suami isteri itu.
Perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar, 45, memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, bahawa keterangannya adalah benar.
“Saya tidak berbohong di mahkamah,” katanya ketika dipanggil semula untuk disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How selepas dianggap sebagai saksi belot dalam kes pendakwaan.
Bagaimanapun, saksi ke-25 pendakwaan itu bersetuju dengan cadangan Law bahawa terdapat percanggahan berhubung keterangannya di mahkamah dengan rakaman percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai permintaan komisen sebanyak RM3.5 juta daripada Bung Moktar.
Law: Menurut rakaman percakapan SPRM pada 2016, kamu nyatakan wang RM3.5 juta diminta oleh Bung Moktar, tetapi ketika memberi keterangan di mahkamah sebelum ini, kamu maklumkan wang itu tidak pernah diminta olehnya. Adakah kamu setuju kedua-dua keterangan ini adalah bercanggah.
Norhaili: Setuju.
Kepada cadangan Law bahawa dengan memberi keterangan yang bercanggah di mahkamah dan rakaman percakapan, beliau adalah seorang saksi yang tidak boleh dipercayai dan Norhaili menjawab: “Saya tidak pasti.”
Law berkata, saksi itu memberi keterangan yang tidak memihak kepada pendakwaan dan Norhaili menjawab: “Saya tidak pasti… yang penting, saya bercakap benar.”
Kepada soalan lain, saksi itu berkata, semasa dipanggil oleh SPRM untuk siasatan, beliau berada dalam keadaan tertekan dan takut.
“Ini adalah pengalaman kali pertama sepanjang 19 tahun saya berada dalam unit amanah. Saya sedih dan rasa kemurungan seolah-olah saya bersalah sedangkan saya rasa saya sudah buat perkara yang betul,” katanya yang turut memaklumkan SPRM telah mengambil lima rakaman percakapan beliau bermula dari 2016 hingga 2018.
Norhaili juga bersetuju dengan cadangan pendakwaan bahawa RM2.8 juta yang dibayar kepada Zizie Izette adalah wang pengenalan.
Pada 27 Jan lalu, Norhaili memberitahu mahkamah, bahawa pelakon itu layak menerima wang pengenalan kerana telah memperkenal suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Beliau berkata, bayaran wang pengenalan yang diberikan kepada Zizie Izette merupakan strategi pemasaran pihaknya apabila wanita itu turut memperkenal seorang pegawai kanan Felcra untuk membuat pelaburan sama.
Terdahulu, Hakim Rozina Ayob membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyoal balas Norhaili yang dianggap sebagai saksi belot berikutan keterangannya di mahkamah pada 14 Feb lalu, adalah bercanggah dengan rakaman percakapan semasa disoal siasat SPRM.
Prosiding soal balas terhadap Norhaili akan bersambung pada 18 Mac ini.
Peguam K Kumaraendran mewakili Zizie Izette, manakala Bung Moktar diwakili M Athimulan.
Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.
Bung Moktar, 64, yang merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.
Beliau juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab serupa dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/saksi-utama-nafi-beri-keterangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Beri Laporan Bercanggah Polis Thailand Curiga Dengan Kenyataan Saksi Utama Kes Tangmo

Beri Laporan Bercanggah Polis Thailand Curiga Dengan Kenyataan Saksi Utama Kes Tangmo

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 215 hits
Beberapa saksi penting telah membuat laporan yang bercanggah mengenai keadaan yang menimpa kematian pelakon terkenal Pattarathida Tangmo Patcharaveerapong yang lemas selepas terjatuh dari bot laju menuju ke Sungai Chao Phraya di Nonthaburi ...
Saksi Utama Dedahkan Setiausaha Sulit Najib Terbabit Di Dalam Terbitan Bon Ketiga 1mdb

Saksi Utama Dedahkan Setiausaha Sulit Najib Terbabit Di Dalam Terbitan Bon Ketiga 1mdb

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 133 hits
NEW YORK Bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner mendedahkan dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam penerbitan bon ketiga untuk 1Malaysia Development Berhad Leissner saksi utama perbicaraan kes ra...
Anwar Kemuka Usul Bahas Keterangan Leissner

Anwar Kemuka Usul Bahas Keterangan Leissner

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 130 hits
February 28 2022 Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata keterangan Tim Leissner berkait Bank Negara melibatkan kepentingan orang ramai PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan...
Pr1ma Di Cerun Bukit Kerajaan Pahang Perlu Jelaskan Dakwaan Bercanggah Dengan Pusat

Pr1ma Di Cerun Bukit Kerajaan Pahang Perlu Jelaskan Dakwaan Bercanggah Dengan Pusat

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 139 hits
BENTONG Kerajaan Pahang digesa menjelaskan sendiri selepas Putrajaya mengesahkan ia tidak terlibat dalam projek perumahan yang dikatakan dibina di Bukit Raka dalam daerah ini Dalam satu kenyataan hari ini Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut Le...
Pemecatan Najib Lep Arahan Parti Mesti Dipatuhi Kecuali Bercanggah Dengan Islam

Pemecatan Najib Lep Arahan Parti Mesti Dipatuhi Kecuali Bercanggah Dengan Islam

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 102 hits
SHAH ALAM Bekas Ahli Dewan Udangan Negeri Bukit Pasir Najib Lep kini bukan lagi ahli Pas selepas Naib Yang Dipertua kawasan itu bertanding atas tiket bebas bagi mempertahankan kerusi dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri Johor kali ini Beka...
Wonderpet Selamatkan Sa Tepat Pada Masanya

Wonderpet Selamatkan Sa Tepat Pada Masanya

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 118 hits
Aassalamualaikum Hi korang Bertemu lagi di hari Khamis korang sihat ke tu Hari ni SA berbaju kurung asal Khamis je pakai baju kurung kali ni SA pilih baju warna purple suasana kat office hari ni sunyi sepi sebab department sebelah tutup ked...
Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 180 hits
malaysiagazette comBy 20 February 2022Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sanggup dan bersedia melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atasnya Presiden UMNO itu mene...
Kepada Netizen Yang Nak Kecam Ingatlah Yang Kami Hanya Pelakon Aaron Aziz Nafi Sokong Komuniti Songsang

Kepada Netizen Yang Nak Kecam Ingatlah Yang Kami Hanya Pelakon Aaron Aziz Nafi Sokong Komuniti Songsang

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 175 hits
Kepada netizen yang nak kecam ingatlah yang kami hanya pelakon Aaron Aziz nafi sokong komuniti songsangPelakon kelahiran Singapura Aaron Aziz 46 mengakui sanggup melakonkan watak lelaki songsang dalam drama Suamiku Lelaki Pendusta yang dita...
Prn Johor Muda Nafi Ceroboh Aset Glc Johor

Prn Johor Muda Nafi Ceroboh Aset Glc Johor

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 122 hits
PRN Johor MUDA Nafi Ceroboh Aset GLC Johor Parti Ikatan Demokratik Malaysia menafikan dakwaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri Johor berhubung pencerobohan dilakukan parti itu terhadap aset milik syarikat berkenaan Calon MUDA bagi ...
Transit Aliran Automatik Di Putrajaya Percuma Selama Tiga Bulan

Rumah Terbuka Wld Raya 2024

Pramugari Malaysia Airlines Meninggal Dunia Tak Sempat Pulang Ke Tanah Air

Biodata Shalin Zulkifli Ratu Boling Tenpin Negara

Tutorial Cara Daftar Asb Online Dan Cara Semak Asb Guna Ic

Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Beyond Lettuce Wraps Unleash The Power Of Low Carb Bread



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Makanan Kucing Terbaik Kenapa Kucing Perlukannya

Al Ikhsan Sports Spend And Win

Cuci Karpet

Lambstongues The Benefits Of Plastic Downspouts Over Metal Alternatives

Beyond The High Exploring The Therapeutic Uses Of Thca Flower In Houston

Mahkamah Warga Emas Bunuh Jiran Hukuman Diganti Penjara 30 Tahun