Kepada Netizen Yang Nak Kecam Ingatlah Yang Kami Hanya Pelakon Aaron Aziz Nafi Sokong Komuniti Songsang
'Kepada netizen yang nak kecam, ingatlah yang kami hanya pelakon' - Aaron Aziz nafi sokong komuniti songsang
Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz, 46, mengakui sanggup melakonkan watak lelaki songsang dalam drama Suamiku Lelaki Pendusta yang ditayangkan di slot samarinda TV3, bukanlah bermaksud menyokong komuniti LGBT, tetapi mahu menerokai watak baharu yang dijangka akan memberikan impak besar dalam kerjaya lakonannya sekali gus menjadikan dia lebih 'versatile'.
Bapa kepada tiga cahaya mata itu juga meminta netizen tidak mengecam mereka dengan keterlaluan kerana mereka hanyalah pelakon dan lakonan mereka itu sekadar menjayakan watak dalam drama yang diadaptasi daripada novel tempatan, Imamku Lelaki Pendosa.
Bagi Aaron, masyarakat seharusnya akur bahawa budaya songsang itu berlaku dan bukanlah sesuatu yang baharu. Pembikinan drama itu juga bukan mahu mempersendakan komuniti berkenaan tetapi ada mesej yang ingin disampaikan.
"Kesediaan saya melakonkan watak Dean bukanlah kerana menyokong komuniti songsang. Ia hanya cerita yang diadaptasi daripada novel. Jadi, anda kena tonton dulu drama ini untuk setiap episodnya dan akan faham kisah yang berlaku.
View this post on InstagramA post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)
"Kepada netizen yang mahu mengecam, ingatlah yang kami hanya pelakon. Ia bukan kisah benar, namun kita tetap kena akur budaya songsang bukanlah sesuatu yang baharu dalam masyarakat terutama pada kehidupan di sekeliling ini," katanya.
Dalam pada itu juga, Aaron mengakui cabaran terbesarnya dalam menjayakan drama itu adalah menyakinkan penonton yang dia tiada nafsu terhadap wanita. Walaupun tidak banyak adegan bersentuhan dengan pasangan watak itu, Izfairin, namun dia perlu menunjukkan yang Dean begitu mengambil berat terhadapnya.
Aaron sedar dan bimbang lakonannya dalam drama itu akan dikecam netizen, tetapi baginya pembikinan drama tersebut tidaklah keterlaluan dan masih lagi menjaga sensitiviti semua pihak.
View this post on InstagramA post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)
Terdahulu, beberapa pendakwah menyuarakan pandangan peribadi terhadap tayangan drama tersebut yang dikatakan seperti mempromosi budaya LGBT dalam masyarakat secara halus. Malah, mereka juga meminta orang ramai memboikot drama seperti itu, selain mempertikaikan tindakan FINAS yang membenarkan drama seperti itu ditayangkan di kaca TV. Ini kerana mereka bimbang budaya-budaya yang tidak sihat ini akan mudah mempengaruhi kanak-kanak.
Sumber: Harian Metro
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ceberita.blogspot.com/2022/03/kepada-netizen-yang-nak-kecam-ingatlah.html