Saksi Sahkan Beri Rm2j Pada Ku Nan


Pengarah Urusan Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd, Chai Kin Kong, hari ini mengesahkan pembayaran cek RM2 juta kepada Tengku Adnan Tengku Mansor yang telah meminta sumbangan daripada beliau adalah untuk dana politik.
Chai, 60, memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu menyatakan bahawa Umno memerlukan dana politik kira-kira RM5 juta hingga RM6 juta untuk pilihan raya kecil.
“Beliau (Tengku Adnan) hanya bertanya kepada saya berapa yang saya boleh bagi.

Loading… “Saya pula tidak menjanjikan berapa jumlah yang akan diberikan tetapi akan menyerahkan cek sumbangan itu kepada beliau apabila saya sudah mempunyai wang,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim.Iklan
Penyataan saksi pendakwaan ke-19 itu diterjemah jurubahasa mahkamah daripada bahasa Kantonis pada hari ketujuh perbicaraan kes rasuah RM2 juta yang dihadapi Tengku Adnan, yang juga bekas Setiausaha Agung Umno.
Menurut Chai, Tengku Adnan memberikan nama syarikat yang akan digunakan untuk memberi sumbangan itu, Syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd.
“Pada ketika itu, saya tidak tahu siapa pemilik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd dan saya juga tidak tanya beliau kenapa wang sumbangan itu perlu dibuat kepada Tadmansori Holdings dan bukan akaun Umno.
“Saya atau syarikat-syarikat saya tidak pernah berurusan dalam perniagaan dengan Tadmansori Holdings,” tambahnya.
Saksi itu, yang terlibat dalam bidang perniagaan antaranya pembalakan, pembinaan dan perhotelan berkata, beliau kemudian memutuskan untuk memberi sumbangan RM2 juta kerana hanya mampu memberi wang sebanyak itu sahaja.
Sehubungan itu, Chai mengarahkan akauntannya menyediakan cek Hong Leong Bank milik Aset Kayamas berjumlah RM2 juta untuk dibayar kepada Tadmansori Holdings.
“Selepas cek disediakan oleh akauntan, saya turunkan tandatangan saya dan serahkan cek itu kepada Tengku Adnan.
“Seingat saya, saya serahkan cek ini kepada Tengku Adnan sendiri semasa berjumpa beliau di pejabatnya di DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
“Saya sering ke pejabat Tengku Adnan di DBKL sejak mula membuat projek Rumawip (Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan) bagi membincangkan hal dan masalah berkaitan projek itu,” katanya.
Terdahulu, Chai berkata beliau mula mengenali Tengku Adnan semasa menjalankan perniagaan pembalakan di Jerantut, Pahang sekitar 1980-an berikutan komuniti pembalak pada ketika itu kecil sahaja.
Sejak itu, katanya, beliau berkawan dengan Tengku Adnan dan masih mengekalkan hubungan dengannya sehingga kini.
“Pada sekitar September 2013, ketika Tengku Adnan memegang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan telah bertanya sama ada saya boleh membuat perumahan mampu milik untuk Wilayah Persekutuan.
“Tengku Adnan merancang untuk membuat rumah mampu milik berharga bawah RM300,000 dan meminta saya untuk mencari tanah yang sesuai untuk dibangunkan sebagai rumah mampu milik. Saya telah bersetuju dengan cadangan Tengku Adnan,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Chai Kin Kong, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik syarikat Aset Kayamas yang didepositkan ke akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.
Tengku Adnan dituduh melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Bhd, Cawangan Pusat Bandar Damansara pada 14 Jun 2016.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/07/saksi-sahkan-beri-rm2j-pada-ku-nan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chai Arah Saya Bayar Rm2j Kepada Syarikat Berkait Ku Nan

Chai Arah Saya Bayar Rm2j Kepada Syarikat Berkait Ku Nan

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 173 hits
Pengurus kewangan sebuah syarikat memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa Pengarah Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd Chai Kin Kong mengarahkannya membuat bayaran RM2 juta kepada Tadmansori Holdings Sdn Bhd syarikat yang Tengku Adnan Tengku ...
Kes Rasuah Ku Nan Arahan Menteri Jadi Keutamaan Ketika Buat Sebarang Keputusan Saksi

Kes Rasuah Ku Nan Arahan Menteri Jadi Keutamaan Ketika Buat Sebarang Keputusan Saksi

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Bekas pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Penyelarasan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Ab Salim Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa pihaknya menjadikan arahan daripada Menteri Wilayah Persek...
Ku Nan Dahulukan Wang Sendiri Hingga Rm300k Sebulan Untuk Kegunaan Umno Kata Saksi

Ku Nan Dahulukan Wang Sendiri Hingga Rm300k Sebulan Untuk Kegunaan Umno Kata Saksi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sering mendahulukan wang miliknya hampir RM300 000 sebulan untu...
Pengarah Syarikat Tandatangani Surat Rayuan Kepada Ku Nan Saksi

Pengarah Syarikat Tandatangani Surat Rayuan Kepada Ku Nan Saksi

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 153 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Pengarah Syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd Tan Sri Chai Kin Kong telah menandatangani surat rayuan kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi mempe...
Terry Crews Sahkan White Chicks 2 Akan Dihasilkan

Terry Crews Sahkan White Chicks 2 Akan Dihasilkan

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 230 hits
Selepas 15 tahun ditayangkan akhirnya sekuel filem White Chicks 2 sah akan dihasilkan Pekara tersebut didedahkan salah seorang pelakonnya Terry Crews semasa berada dirancangan Watch What Happens Live yang dihoskan oleh Andy Cohen Dalam ranc...
Ketua Menteri Pulau Pinang Sahkan Jas Lulus Projek Tambak Laut 3 Pulau

Ketua Menteri Pulau Pinang Sahkan Jas Lulus Projek Tambak Laut 3 Pulau

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 297 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini mengesahkan projek tambak laut 3 pulau sudah diluluskan pihak berkuasa persekutuan menurut laporan portal berita Free Malaysia Today Bercakap di luar Pameran Expo Taiwan di sini beliau berka...
Jokowi Sahkan Aturan Tunjangan Kinerja Pegawai Lpsk Sentuh Rp 24 Juta

Jokowi Sahkan Aturan Tunjangan Kinerja Pegawai Lpsk Sentuh Rp 24 Juta

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 121 hits
Dalam Perpres ini disebutkan pegawai di lingkungan Setjen LPSK selain diberikan penghasilan sesuai dengan ketentuan peraturan perundang undangan juga diberikan tunjangan kinerja setiap bulan
Perbicaraan Ku Nan Syarikat Kepunyaan Anak Pinak Ku Nan

Perbicaraan Ku Nan Syarikat Kepunyaan Anak Pinak Ku Nan

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 593 hits
Apa lagi yang menarik mengenai perbicaraan Bendahari Umno Teuku Adnan hari ini Ini dia Syarikat Ku Nan Tadmansori Holdings menerima RM2 JUTA menerusi satu cek dari seorang towkay CINA Syarikat Tadmansori ini mempunyai modal RM100 JUTA Sebah...
Ku Nan Asked For Money From Tycoon In 2016 Court Told

Ku Nan Asked For Money From Tycoon In 2016 Court Told

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 242 hits
KUALA LUMPUR Tengku Adnan Tengku Mansor had allegedly asked for about RM5mil to RM6mil from a property tycoon for a by election in 2016 a High Court heard Tan Sri Chai Kin Kong who is chairman of Aset Kayamas Sdn Bhd then gave the former Fe...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Bukan Ulama Lantikan Politik Sendiri Tu Ular Dalam Semak

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

April 18 2024 Pesan Orang Alim

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Bila Kau Rajin Nak Tolong Kerja Orang

Perjanjian Allah Swt Dengan Kaum Bani Israil

Mushroom Jellyfish House By Ttdesign Vn In Tan Hiep Vietnam

Vanishing Landscape

Dapat Hadiah Hari Jadi

Keyakinan