Saksi Dedah Helah Najib Lindungi Diri


Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB hari ini mendedahkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa Najib Razak sengaja mengeluarkan minit mesyuarat oleh pemegang saham bagi melindungi dirinya daripada tuduhan penyelewengan 1MDB.
Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, yang juga bekas CEO Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) ketika membacakan penyataan saksinya berkata beliau percaya minit mesyuarat berkenaan telah ditandatangani oleh bekas perdana menteri itu atas nasihat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low.

Loading… “Sekarang ini, setelah siasatan ke atas penyelewengan yang berlaku di dalam 1MDB telah didedahkan, baru saya faham bahawa minit oleh pemegang saham itu sengaja dikeluarkan oleh Najib pada 16 Sept 2009 untuk melindunginya daripada apa-apa tuduhan menyeleweng dan seterusnya meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pihak Ahli Lembaga Pengarah (BOD).
“Ini kerana, dua hari selepas itu telah berlangsung satu mesyuarat BOD untuk membincangkan mengenai penggunaan dana daripada bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) untuk memasuki satu projek usahasama dengan PetroSaudi iaitu sebuah syarikat yang dimiliki oleh Prince Turki dan Tarek Obaid,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram pada perbicaraan hari ke-13 kes Najib membabitkan dana 1MDB.
Saksi pendakwaan kesembilan itu turut mengesahkan ‘Minutes By Representative Of Holding Company Relating To Proceedings Of Subsidiary Company Pursuant To Section 147(6) Of The Companies Act 1965’ yang ditandatangani oleh Najib selaku pemegang saham melalui MOF Inc.
“Dokumen ini dikeluarkan bagi meluluskan penurunan kuasa kepada BOD TIA untuk membuat transaksi dalam amaun yang besar sebagaimana yang diperlukan oleh Seksyen 132C Akta Syarikat 1965 selaras dengan penukaran hak milik syarikat TIA kepada Kerajaan Persekutuan.
“Walaubagaimanapun, penurunan kuasa ini tidak merangkumi hal-hal lain sepertimana yang termaktub dalam Artikel 117 M&A 1MDB, contohnya…’affect the guarantee given by the Federal Government of Malaysia, national interest, national security or any policy of the Federal Government of Malaysia’.
“Oleh itu, walaupun dokumen ini ada dikeluarkan, ia tidak mengurangkan kuasa muktamad Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia ke atas 1MDB,” jelasnya.
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan berbincang bersama peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (kanan). – Foto oleh Bernama Terdahulu, Shahrol Azral, yang juga saksi penting pihak pendakwaan turut mengesahkan surat pelantikannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah 1MDB yang dikeluarkan oleh Najib pada 17 Sept 2009.
Najib merupakan pengerusi Lembaga Penasihat (BOA) 1MDB.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala lumpur antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.
Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/saksi-dedah-helah-najib-lindungi-diri/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saksi Jho Low Sudah Biasa Di Rumah Najib Minta Milo Ais

Saksi Jho Low Sudah Biasa Di Rumah Najib Minta Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 257 hits
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 23 September 2019 Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 23 Sept Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa hubungan ahli perniagaan dala...
1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

1mdb Saksi Buat Pusingan U Kata Tia Bukan Baby Najib

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 285 hits
Perbicaraan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development yang masuk hari ke 8 menyaksikan saksi Datuk Amhari Efendi Nazaruddin memberi keterangan balas melibatkan pertuduhan penyelewengan dana RM2 3 bilion oleh Datuk Seri Najib Tun Razak Pegu...
Rentasan Berita 565 Gempar Bekas Ceo Tia Dedah Hubungan Jho Low Dan Najib

Rentasan Berita 565 Gempar Bekas Ceo Tia Dedah Hubungan Jho Low Dan Najib

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 274 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 565 1 SUKAR DIPERCAYAI JHO LOW TIADA KAITAN DENGAN 1MDB 2 BARISAN NASIONAL GAGAL BASMI KEMISKINAN KATA ANWAR 3 TAWARAN PAS KAMEK SIK MAOK KATA GPS 4 TUNAI MANIFESTO ILTIZAM KEPIMIMPINAN DIPERLUKAN Layari Facebook kami...
Dilepaskan Suami Setelah Lama Berdiam Diri Zura Bekas Madu King Coco Akhirnya Buka Mulut Dedah Apa Yang Terjadi

Dilepaskan Suami Setelah Lama Berdiam Diri Zura Bekas Madu King Coco Akhirnya Buka Mulut Dedah Apa Yang Terjadi

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 624 hits
Sudah menjadi fitrah dalam kehidupan manusia hidup berpasangan pasangan Memeterai ikatan dengan hubungan yang sah berlafazkan akad adalah ketentuan Nya Dilepaskan suami setelah lama berdiam diri Zura bekas madu King Coco akhirnya buka mulut...
Bon Tia Agong Titah Gantung Najib Kata Teruskan Kata Saksi

Bon Tia Agong Titah Gantung Najib Kata Teruskan Kata Saksi

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 335 hits
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Najib Razak mengarahkan untuk meneruskan pinjaman bon Nota Jangka Sederhana Islam yang dimohon oleh Terengganu Investment Authority Berhad berjumlah RM5 billion walaupun Sultan Mizan Z...
Info Berguna Untuk Kesehatan Diri Anda

Info Berguna Untuk Kesehatan Diri Anda

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 288 hits
Kekadang kalau kita scroll scroll kebawah group whatapp Munkin akan terjumpa benda yang ada manfaatnya jika dikongsi Walaupun etika blogger katakan tidak pada copy paste Namun jika benda itu baik dikongsi apa salahnya Awal awal kita terus c...
Rajinkan Diri Urut Anak Selepas Mandi Urutan Boleh Rangsang Perkembangan Anak

Rajinkan Diri Urut Anak Selepas Mandi Urutan Boleh Rangsang Perkembangan Anak

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 553 hits
Sensori sentuhan adalah antara deria yang paling awal berkembang pada manusia Sentuhan dapat menyampaikan seribu satu maklumat Kanak kanak akan berkembangan dengan baik bila mendapat sentuhan dan belaian yang mencukupi Baca Selanjutnya URUT...
Tips Karir 6 Kualitas Diri Tanda Anda Siap Duduk Sebagai Pimpinan

Tips Karir 6 Kualitas Diri Tanda Anda Siap Duduk Sebagai Pimpinan

papar berkaitan - pada 29/9/2019 - jumlah : 212 hits
Setiap orang pasti ingin pencapaian karirnya terus menanjak Baik dalam berorganisasi atau pun pekerjaan Bisa mulai sebagai pimpinan proyek sampai direktur utama perusahaan Jika Anda memiliki cita cita untuk menjadi seorang pemimpin tentu ad...
Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Resepi Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Lazat

Filipino Casino Game Favorites Explained From Roulette Spins To Poker Wins

Rm140 000 Lesap Ditipu Bomoh Halau Hantu

Kajian Menunjukkan Kesan Teruk Rsv Ke Atas Orang Dewasa Di As Dorong Lebih Banyak Ujian Dan Vaksinasi

Menteri Kewangan Ii Rm12 8 Billion Wang Tak Dituntut Untuk Orang Awam

Stacy Buat Konsert Solo Netizen Seloroh Jemput Bella Astillah Sebagai Artis Pembukaan