Sakitnya Kencing Kotor Nak Buang Air Pun Tak Sanggup


Ketika hamil, salah satu masalah yang sering terjadi kepada ibu hamil adalah kencing kotor. Ibu akan mengalami rasa sakit ketika mahu membuang air kecil. Kencing kotor dikenali sebagai jangkitan kuman dalam saluran kencing. Jangkitan ini biasanya didapati oleh golongan wanita kerana golongan ini mempunyai saluran pembuangan air kecil yang sangat pendek dan sangat mudah dijangkiti kuman.
Artikel Menarik: [Kalau Boleh Hari-Hari Nak Scan Baby. Tak Perlu Selalu, Dia Pun Tak Nak Tunjuk Muka]
Biarpun masalah kencing kotor ini boleh berlaku kepada wanita yang tidak hamil, tetapi ia mudah menjangkiti ibu mengandung. Mengapa ini terjadi? Ikuti penjelasan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Wanita & Kehamilan mengenai isu ini.
“Apesal doktor ni, tak abes-abes menyusahkan jer! datang follow up je nak air kencing, datang follow up je pegi suruh kencing dalam botol ni. kalau tak kencing tak boleh ke?? Ini nak masuk toilet pun beratur panjang” – Rungut seorang ibu muda.
“Alahhhh… awak ikut je lah ape doktor tu nak”.
“Abang faham tak? Saya ni bukannya ada kencing kotor. Kalau tak sakit tak payah la sibuk-sibuk nak check!”.
“Kencing saya pun jernih jer macam air paip, tak tahu la kenapa doktor tu sibuk sangat nak tengok air kencing! “ – Bentak ibu muda itu lagi.

‘Menyusahkan’ – itulah kata-kata kekecewaan yang diluahkan oleh ibu muda tersebut. Ternyata perkataan itu amatlah menyakitkan dan pahit untuk ditelan, namun yang demikian penggunaan nya sangat tidak tepat dalam konteks ini.
Betul ke pemeriksaan air kencing secara berkala ini sebenarnya memang menyusahkan ibu? Adakah kencing kotor ini bermakna air kencing berkeladak dan mempunyai sampah sarap, seperti dakwaan ibu muda tersebut?

Jom ikuti penerangan saya mengenai kencing kotor ketika hamil:
Kenapa wanita hamil lebih senang kena kencing kotor?
Artikel Menarik: [Bukan Saja-Saja Minta Picit Kaki. Waktu Hamil, Tumit Sakit Macam Terpijak Jarum!]
-Ketika hamil, banyak perubahan fisiologi yang berlaku dalam badan ibu, lebih-lebih lagi pada sistem perkumuhan air kencing yang menyebabkan si ibu senang untuk mendapat jangkitan pada salur kencing.
-Isipadu pundi kencing bertambah dan otot-otot pada pundi kencing menjadi kurang tegang. 90% ibu mengalami perkembangan pada salur ureter disebabkan tindakan hormon progesteron yang tinggi ketika hamil dan juga tekanan daripada rahim yang membesar menyebabkan pengaliran air kencing menjadi perlahan sekaligus memudahkan bakteria terkumpul dan bermulalah jangkitan pada salur kencing.
70 % ibu mengandung pula mempunyai gula dan protein dalam air kencing, memudahkan bakteria berkembang dan memulakan jangkitan pada salur kencing.
– Bila melakukan hubungan kelamin ketika hamil, salur kencing urethra terkadang tercedera menyebabkan bakteria dari vagina memasuki salur kencing.
-Vagina boleh menjadi tempat takungan bakteria dari salur pencernaan kerana kedudukannya yang rapat dengan rektum dan usus besar, Maka bakteria dari rektum atau usus besar ini boleh memasuki salur kencing melalui urethra yang telah tercedera.
-Umur ibu yang meningkat, meningkatkan kemungkinan untuk mendapat kencing kotor juga.
-Ketidaknormalan pada sistem perkumuhan air kencing, atau ibu mempunyai penyakit kencing manis – lagi senang untuk dapat kencing kotor ini.

Apa akan berlaku jika kencing kotor tidak dirawat?
– Saiz bayi kecil (low birth weight) berat bayi kurang 2.5kg
– Bayi lahir tak cukup bulan/pramatang (kurang 37 minggu)
– Ibu boleh mengalami masalah darah tinggi ketika hamil atau dikenali sebagai pre-eclampsia
-Anemia (kekurangan sel darah merah yang membawa oksigen untuk ibu)
-Jangkitan pada air mentuban bayi (chorioamniotis)
Artikel Menarik: [Berhenti Rokok, Ganti Vape. Kesannya Sama Saja Pada Isteri & Bayi Dalam Perut]
Semoga dengan penjelasan dari Dr Izzat ini dapat memberi anda sedikit info tentang masalah kencing kotor. Jika dianggap remeh, boleh mendatangkan kemudaratan kepada anda dan kandungan. Sekiranya doktor atau juru rawat menasihati anda untuk membuat ujian air kencing, usahlah merungut. Ikutlah saranan mereka demi kebaikan anda dan bayi dalam kandungan.
The post Sakitnya Kencing Kotor. Nak Buang Air Pun Tak Sanggup! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sakitnya-kencing-kotor-nak-buang-air-pun-tak-sanggup/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Tahan Jika Sakit Perut Nak Buang Air Besar

Jangan Tahan Jika Sakit Perut Nak Buang Air Besar

papar berkaitan - pada 13/11/2019 - jumlah : 826 hits
Jangan tahan jika sakit perut nak buang air besar Tajuk ini mengingatkan Sha kepada kejadian hampir 10 tahun lepas ketika dalam perjalanan balik dari Pahang ke Terengganu menaiki bas selepas selesai mengikuti suatu kursus disana Malangnya k...
Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

Roti Dan Nak Expired Jangan Buang Cuba 3 Resipi Kreatif Ni Untuk Anak Laju Je Habis

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 497 hits
Selain nasi roti antara makanan wajib yang sentiasa ada di rumah kita Pun begitu bukan semua kepingan roti ini dapat dihabiskan sebelum tarikh luputnya Belum sempat di makan roti sudahpun bakal menghampiri waktu tarikh luputnya Jangan buang...
Kuningnya Warna Air Kencing Anak Itu Petanda Dia Tak Cukup Susu

Kuningnya Warna Air Kencing Anak Itu Petanda Dia Tak Cukup Susu

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 469 hits
Semua ibu menyimpan niat untuk menyusukan anak anak sehingga usia mereka mencecah dua tahun Namun terdapat beberapa kekangan yang menghalang para ibu untuk mencapai target itu Ketika menyusukan anak kedudukan yang salah menyebabkan ibu dan ...
Amalkan Diet Air Putih Dengan 11 Cara Ini Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun

Amalkan Diet Air Putih Dengan 11 Cara Ini Kalau Nak Berat Badan Mudah Turun

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 569 hits
Jangan pandang sebelah mata dengan kelebihan diet air putih Sebenarnya diet air putih ini adalah kaedah selamat yang paling mudah dan murah untuk turunkan berat badan dan cairkan lemak Malah minum air putih sebanyak 3 liter sehari juga dapa...
Sejumlah Masalah Yang Biasa Dialami Pria Ketika Buang Air Kecil Usai Bercinta

Sejumlah Masalah Yang Biasa Dialami Pria Ketika Buang Air Kecil Usai Bercinta

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 236 hits
Namun pada kondisi tertentu ada satu hal yang biasa dialami oleh pria ketika usai bercinta Masalah yang dialami oleh pria ketika bercinta adalah rasa perih ketika buang air kecil serta semburannya yang tak beraturan
Anak Keluar Pasir Batu Amp Paku Masa Buang Air Ibu Sedia Maafkan Penyihir

Anak Keluar Pasir Batu Amp Paku Masa Buang Air Ibu Sedia Maafkan Penyihir

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 534 hits
Baru baru ini Nur Izzati Afiqah Hussian berdepan dengan penyakit misteri yang tidak dapat dijawab di Kampung Gaung Tendong di Pasir Mas Kelantan Disebabkan perkara itu rumahnya berterusan menerima kunjungan pengamal perubatan Islam dan trad...
Kena Rajin Minum Air Putih Selepas Bangun Tidur Kalau Nak Kulit Putih Dan Badan Ramping

Kena Rajin Minum Air Putih Selepas Bangun Tidur Kalau Nak Kulit Putih Dan Badan Ramping

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 507 hits
Khasiat air putih bukan sekadar untuk membersihkan tubuh malahan juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh Salah satu waktu yang paling baik untuk minum air putih adalah pada waktu pagi setelah bangun dari tidur Jangan bagi alasan anda ...
Simpan Barang Nak Buang Sayang

Simpan Barang Nak Buang Sayang

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 322 hits
assalamualaikum 11 11 2019 hi hi hi ada apa ye dgn hari ni online shopping good luck to semua saya ni shopping tak ikut tarikh shopping ikut baki dlm akaun jer lama nyer tak blogging apatah lagi blogwalking rinduuuuu tak berkesempatan menai...
Minum Air Masak Sampai Kencing Jernih Boleh Bahayakan Buah Pinggang

Minum Air Masak Sampai Kencing Jernih Boleh Bahayakan Buah Pinggang

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 436 hits
Minum air masak memang digalakkan Ia tidak mengandungi kalori jadi sangat elok untuk diamalkan Tetapi tidaklah diminum terlalu banyak Sebaiknya diminum 2 3 liter sehari sahaja Di dalam perkongsiannya Dr Erna Nadia menjelaskan kesan sekirany...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation