10 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat Seperti Panadol Rawatan Semulajadi Rileks Media


CARA HILANGKAN SAKIT KEPALA
Ramai di antara kita yang mengalami sakit kepala atau migrain samada untuk beberapa jam atau yang berhari-hari lamanya. Ada yang sakit teruk sehingga tidak boleh menumpukan perhatian terhadap pekerjaan atau pelajaran dan ada yang boleh pulih dengan cepat.
Mengikut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyebab sakit kepala ialah:
Tekanan (tension headache).
Kemurungan
Migrain (pengecutan salur darah)
Penyakit serta ketegangan dalam mata.
Sakit gigi dan tulang rahang.
Penyakit berkaitan anggota Telinga, Hidung dan Tekak.
Kejang otot.
Kecederaan kepala dan tengkuk/leher.
Angin Ahmar
Jangkitan dalam otak, ketumbuhan dalam otak (Brain Tumor).
Tekanan Darah Tinggi
Pengambilan dadah dan racun
Adalah tanda-tanda diatas sama dengan apa yang pernah anda rasa? Ingin tahu cara hilangkan sakit kepala? Berikut disenaraikan beberapa cara hilangkan sakit kepala tanpa makan ubat seperti Paracetamol (Panadol) atau ubat tahan sakit.
Cara Hilangkan Sakit Kepala
Foto Kredit: mirror.co.uk
1. GUNA LIMAU KASTURI
Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.
2. URUT DENGAN MINYAK PANAS
Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga.
Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.
Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini kerana, ada orang yang langsung tidak tahan denga minyak Cap Kapak!
3. GUNA PEK AIS
Cara hilangkan sakit kepala
Foto Kredit: wisegeek.org
Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.
4. JAUHI MSG
Pernah dengar atau tidak dialog ini, “Aku rasa, aku sakit kepala ni sebab kedai makan tadi tu letak banyak sangat Ajinomoto”.
Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron.
Kami tidak kata Ajinomoto itu tidak bagus. Cuma, kurang-kurangkan pengambilan jika masah di rumah. Lebih baik jika hindari sepenuhnya!
5. REHATKAN DIRI
Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu.
Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising. Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut. Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat.
6. GUNA EPAL DAN CUKA EPAL CIDER (APPLE CIDER VINEGAR)
Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.
Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak.
Alternatif lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.
7. MINUM AIR ELEKTROLIT
Tidak kurang juga ada orang melaporkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala. Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.
8. LETAK KAIN BASAH DI DAHI
Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring. Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.
9. RENDAM KAKI DALAM BEKAS AIR PANAS
Lagi satu cara hilangkan sakit kepala adalah dengan merendamkan kaki anda di dalam bekas air panas. Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda.
Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja. Jika di pejabat, tentu sekali sukar!
10. RAWATAN AKUPUNTUR
Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk hilangkan sakit kepala. Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi di dalam badan.
Ia juga dapat mencegah sakit kepala daripada berlaku serta merupakan rawatan yang mempunyai kesan sampingan yang sedikit. Kami percaya, cara hilangkan sakit kepala guna teknik akupuntur sangat berkesan. Belum cuba, belum tahu!
TAMBAHAN LAGI
Pastikan anda minum air yang mencukupi, sekurang-kurangnya dua liter setiap hari. Lagi banyak, lagi bagus. Kandungan air dalam badan sangat penting. Dengan memastikan pengambilan air yang mencukupi ini, anda dapat menghindari dari dehidrasi yang boleh mengakibatkan sakit kepala tersebut.
Air juga dapat membantu bahagian dalaman anda dapat berfungsi dengan baik dan berupaya menggantikan sel-sel yang rosak dalam badan. Boleh juga cuba cara menghilangkan migrain dengan menggunakan lemon.
SEGERA JUMPA DOKTOR
Jika anda sedang mengalami sakit kepala, anda boleh cuba mana-mana cara untuk hilangkan sakit kepala seperti di atas ini agar sakit kepala tersebut hilang. Cara hilangkan sakit kepala di atas cuma cadangan sahaja. Kami tidak bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku jika anda mengikuti petua ini.
Jika sakit kepala tersebut terlalu berat, anda boleh mengambil ubat tahan sakit sebagai cara untuk hilangkan sakit kepada. Ia boleh didapati di farmasi berhampiran anda dan murah serta berkesan untuk memberikan kelegaan dengan cepat. Cuma elakkan daripada menjadi terlalu bergantung kepadanya yang akan membuatkan ubat tahan sakit menjadi tidak berkesan dalam jangka masa yang panjang.
Cara hilangkan sakit kepala yang terbaik ialah berjumpa doktor dan dapatkan konsultasi yang bertauliah. Jika sakit kepala yang terlalu kerap dan terlampau teruk, lebih baik berjumpa doktor pakar.
Apa kata anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Kongsi Ya. Terima Kasih
Sumber islamikinfo
Source link
The post 10 Cara Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat Seperti Panadol. Rawatan Semulajadi – Rileks Media appeared first on Rilekslah.my.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rilekslah.my/10-cara-hilangkan-sakit-kepala-tanpa-ubat-seperti-panadol-rawatan-semulajadi-rileks-media/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sinki Tersumbat Jadi Masalah Untuk Ibu Memasak Inilah 2 Cara Mudah Untuk Cuba Rileks Media

Sinki Tersumbat Jadi Masalah Untuk Ibu Memasak Inilah 2 Cara Mudah Untuk Cuba Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 339 hits
Sinki tersumbat memang jadi masalah kalau nak masak Apalagi kalau sinki bocor Silap silap terus mood nak masak untuk keluarga hilang Selain tersumbat sinki juga menajdi tempat pembiakan bakteria Malah jika tidak dicuci akan menyebabkan ia n...
Jangan Abaikan Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat Rileks Media

Jangan Abaikan Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 435 hits
Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat Dalam islam seluas luas pintu adalah pintu taubat Allah S W T tidak akan jemu untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S W T adalah satu satunya Tuhan Yang M...
13 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat Dan Buat Otak Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah Rileks Media

13 Cara Untuk Khusyuk Dalam Solat Dan Buat Otak Fokus Dan Tenang Ketika Menghadap Allah Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 423 hits
Khusyuk dalam solat itu rezeki Bila khusyuk hati jadi tenang dan fokus Selain memahami bacaan dalam solat anda juga boleh praktiskan 13 cara yang Dr Rizal Abu Bakar Brain Expert kongsikan ini Sebelum itu ketahui dahulu bagaimana khusyuk ini...
Cara Solat Dhuha Agar Pintu Rezeki Terbuka Dengan Luas Rileks Media

Cara Solat Dhuha Agar Pintu Rezeki Terbuka Dengan Luas Rileks Media

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 710 hits
Apakah benar solat Dhuha itu pembuka pintu rezeki Dari Nu aim bin Hammar Al Ghathafaniy beliau mendengar Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda Allah Ta ala berfirman Wahai anak Adam janganlah engkau tinggalkan empat raka at shala...
Ada Cara Lebih Selamat Selain Ubat Tahan Sakit Bila Ibu Mengandung Sakit Di Bahagian Tumit

Ada Cara Lebih Selamat Selain Ubat Tahan Sakit Bila Ibu Mengandung Sakit Di Bahagian Tumit

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 542 hits
Pernah tak sakit kat tumit masa mengandung Especially bila perut dah semakin besar Ni perkara yang agak biasa Sakit paling teruk pada waktu pagi bila bangun dari tidur First time nak pijak ke lantai tu rasa pedih macam ditoreh toreh kat bah...
Jaga Kesihatan Keluarga Dengan Jus Peria Nak Rasa Sedap Buat Cara Ni Rileks Media

Jaga Kesihatan Keluarga Dengan Jus Peria Nak Rasa Sedap Buat Cara Ni Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 659 hits
Peria umum mengetahui bagus diamalkan untuk penjagaan kesihatan Namun rasanya yang pahit membuatkan ada yang tidak sanggup mengamalkannya Pun begitu melalui dua perkongsian ini dengan menjadikan jus yang dicampur dengan beberapa bahan terte...
Ketahui Punca Dan 8 Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki Jangan Biarkan Kuku Anda Rosak Rileks Media

Ketahui Punca Dan 8 Cara Mudah Merawat Cagu Pada Kuku Kaki Jangan Biarkan Kuku Anda Rosak Rileks Media

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 624 hits
Kuku Cengkam atau Cagu adalah satu penyakit yang berlaku di ibu jari kaki yang menyebabkan kesakitan yang amat sangat serta bernanah dan sangat berbau busuk Penyakit ini adalah disebabkan penjagaan kebersihan kaki yang kurang baik disamping...
Cara Wanita Mencabar N4fsu Lelaki Rileks Media

Cara Wanita Mencabar N4fsu Lelaki Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 541 hits
Zaman sekarang ni macam macam benda yang tak pernah kita terfikir akan berlaku dah pun berlaku Bukan sekali tapi berkali kali Siapa sangka zaman sekarang datuk boleh tergo da dengan cucu sendiri Bapa boleh ter kam anak yang lahir dari rahim...
Sakit Urat Tak Pernah Wujud Dan Hanya Mitos Dr Rusyainie Rileks Media

Sakit Urat Tak Pernah Wujud Dan Hanya Mitos Dr Rusyainie Rileks Media

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 396 hits
Doktor saya ni demam urat semalam kerja kenduri Hish jangan makan laksa nanti sakit urat Ni sakit urat ni doktor kan Dari dulu sampai lah sekarang mungkin saya saja sorang sorang yang tak tahu apa itu urat Sebab tak pernah belajar kat sekol...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel

Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah