Sakit Pinggang Lepas Angkat Barang Berat Gejala Dan Rawatan Sakit Pinggang


Sakit Pinggang Lepas Angkat Barang Berat | GEJALA DAN RAWATAN SAKIT PINGGANG. Assamualaikum. Selamat pagi. Apa khabar semuanya. Santai-santai di pagi Ahad ya. Ramai yag masih dalam mood cuti. Happy holiday uols! 
Petang semalam, macam biasalah. Cik Rose lakukan rutin harian sejak ada Kitty ni. Cik Rose akan tukar bekas pasirnya. Nak buang sisa dia, dan tambahkan pasir baru. 
Selalu ok jer. Tiba-tiba masa angkat beg pasir tu, Cik Rose rasa something. Sakit! Alamak. Aku dah salah teknik. huhu. 

sumber gambar : SHOPEE

Mungkin kalut nak buat benda lain juga, tu yang terlupa postur badan masa angkat beg pasir. Bayangkan, pasir tu kan berat. Sakitnya. Masa tu boleh tahan lagi. 
Lepas beberapa  minit, Cik Rose duduk di ruang tamu. Barulah rasa kesakitannya. Sakit di bahagian pinggang, membawa ke peha. Tak dapat bengkokkan bahagian peha. Siksa rasa! Nak cas handphone pun kemain susah. 
Pengajarannya, jangan buat main. Pastikan postur badan berada dalam keadaan yang betul sebelum nak mengangkat benda-benda yag berat. 
Cik Rose sapu minyak panas di keseluruhan pinggan dan kaki. Kesian Kitty tak dapat duduk dekat sebab dia tak tahan bau minyak panas. hikhik. 

Kat bawah ni Cik Rose share teknik yang betul untuk angkat barang ya. 




Ini adalah cara yang betul untuk angkat. Duduk mencangkung, pastikan jarak korang dengan barang dekat, kekalkan postur dan angkat barang perlahan-lahan. INGAT. Jangan angkat barang sambil membongkok! 

Sambil-sambil Cik Rose google tu, Cik Rose jumpa info yang bermanfaat. Cik Rose rasa perlu share dengan korang jugak. Tentang gejala da rawatan sakit pinggang. Jangan sesekali abaikan sakit yang kita rasa. 


Gejala Sakit Pinggang?


Gejala lain selain daripada sakit belakang yang boleh menunjuk kepada sakit pinggang adalah:


1. Masalah tidur Sakit pinggang yang memancar ke bahagian kaki, paha, punggung dan juga ke perut


2. Tidak dapat membengkokkan badan


3. Tidak dapat merenggangkan badan


4. Sakit apabila berdiri dengan tegak


5. Kemerahan kulit di bahagian belakang


6. Bengkak di bahagian belakang


7. Kehangatan kulit di bahagian belakang yang lebam


8. Kelengkungan tulang belakang






Korang boleh bercakap dengan doktor untuk mengetahui gejala mana yang menunjukkan masalah kesihatan korang.


Mengikut gejala-gejala ini korang boleh memastikan punca sakit belakang dan selepas memastikannya akan boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan.




Apakah Rawatan Sakit Pinggang?


Rawatan untuk sakit pinggang adalah berdasarkan puncanya. Rawatan yang disyorkan untuk semua punca sakit belakang adalah untuk berehat. Badan anda perlu masa untuk merawatnya sendiri. Dengan mendapatkan tidur yang secukupnya anda boleh mengurangkan sakit pinggang dengan drastik.


Selain daripada berehat, jikalau sakit adalah terlampau ataupun menghalang anda daripada bekerja dengan baik, anda boleh bercakap dengan doktor untuk mendapatkan ubat tahan sakit yang sesuai dengan keadaan anda. Ada beberapa ubat seperti Ibuprofen, Naproxen, Mephenamic acid dan juga Paracetamol yang berkesan untuk sakit pinggang.


Mampatan panas ataupun mampatan ais boleh digunakan untuk mengurangkan sakit pinggang. Mampatan ais akan mengurangkan penghantaran impuls sakit dan mampatan panas boleh mengurangkan kesengitan otot-otot belakang. Mampatan ini perlu diberi selama 20 min sekurang-kurangnya.


Sesetengah sakit pinggang oleh sebab masalah otot boleh diperbaiki dengan menukar tilam anda. Dengan menggunakan tilam yang tebal yang rata boleh mengurangkan sakit pinggang dan juga sakit punggung. Ada jenis tilam yang dijual semata-mata untuk mengelak sakit belakang.


Kasut anda juga memainkan peranan dalam mengurangkan sakit belakang. Dengan memakai kasut yang ada lapisan yang tebal untuk tumit boleh mengurangkan stres atas tulang belakang dan mengurangkan sakit.


Senaman boleh mengurangkan sakit belakang kerana ia akan menguatkan otot-otot belakang dan juga memperbaiki kesengitan otot belakang. Senaman juga menguatkan tulang pinggul.


Sesetengah sakit pinggang boleh diselesaikan dengan urut tradisional ataupun kiropraktor. Dengan urut dan kiropraktor, tulang- tulang boleh diluruskan dan sebarang keseliuhan boleh diperbaiki.Akupunktur juga dikatakan menolong dalam sebahagian kes sakit pinggang dan punggung.


Sesetengah sakit pinggang yang berpunca daripada masalah tulang seperti patah tulang perlu dibaiki dengan rawatan surgeri dan juga dengan memakai acuan plaster.


Semua rawatan ini berdasarkan individu - individu tersendiri, tahap sakit mereka dan juga puncanya, oleh itu anda perlu berbincang dengan doktor untuk mengetahui rawatan yang sesuai untuk anda.




Apakah Cara Untuk Menghindari Sakit Pinggang?


Anda boleh menghindari sakit pinggang dengan membuat senaman dan regangan yang betul.


Anda juga perlu mengamalkan tabiat berdiri dan duduk dengan tegak supaya tulang belakang tidak akan mengalami stres.


Jikalau anda perlu mengangkat barang yang berat, gunakan cara yang betul dengan membengkokkan kaki dan pinggul bukan tulang belakang.


Makanan yang berkhasiat dan kaya dengan kalsium boleh mengelak daripada mendapat sakit pinggang.


Posisi semasa tidur adalah penting kerana ia boleh mengelak kesengitan otot semasa bangun dari tidur.


Mengurangkan berat badan juga boleh mengurangkan stres atas tulang belakang.


Merokok akan mengurangkan saluran darah ke tulang belakang dan meningkatkan sakit belakang, oleh sebab itu mengelak daripada merokok boleh mengurangkan sakit tersebut.


Mengelak daripada menggunakan kasut yang bertumit tinggi kerana ia meningkatkan stres atas tulang belakang.


Gunakan beg alas dan beg bimbit yang sesuai untuk mengurangkan sakit belakang dan jikalau beg anda berat, cuba selang dari satu tangan ke tangan yang lain untuk mengurangkan stres atas satu tempat.


Sumber: https://www.doctoroncall.com.my/


Terima kasih sudi luangkan masa membaca entry ini. Apapun kesakitan yang kita alami, berjumpalah doktor untuk rawatan lanjut ya. 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/08/sakit-pinggang-lepas-angkat-barang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Lepas Isteri Bersalin Jangan Lupa Ucap Terima Kasih Hilang Sakit Bila Suami Ambil Berat

Suami Lepas Isteri Bersalin Jangan Lupa Ucap Terima Kasih Hilang Sakit Bila Suami Ambil Berat

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 421 hits
Terima kasih abang tolong jagakan baby masa saya tidur tadi Ya Allah rasa puas sangat tidur tadi walaupun kejap Sama sama Sayangkan isteri abang Kalau bukan abang tolong siapa lagi Sayang dah susah payah lahirkan anak kita ni Ala setakat ja...
Kenapa Tumit Kaki Sakit Lepas Bangun Tidur

Kenapa Tumit Kaki Sakit Lepas Bangun Tidur

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 429 hits
Salam akufisio video kali ini saya menerangkan 1 Bagaimana tumit kaki anda boleh sakit lepas bangun tidur 2 Tanda tanda anda mengidap sakit tumit 3 Cara paling mudah nak rawat dirumah Tips rawatan yang ke2 sangat senang anda nak buat Tonton...
Suami Tolong Faham Kalau Isteri Letih Sakit Kepala Berat Susah Turun Tandanya Stres

Suami Tolong Faham Kalau Isteri Letih Sakit Kepala Berat Susah Turun Tandanya Stres

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 498 hits
Isteri yang ada masalah berat badan susah naik atau turun berkemungkinan besar ada masalah stres yang kronik Sebab stres yang kronik boleh ganggu sistem hormon dalam badan Badan akan mengalami masalah hormon tak seimbang Kalau nak tahu horm...
Barangan Musnah Lori Kurier Terbakar Didakwa Berpunca Daripada Barang Kiriman

Barangan Musnah Lori Kurier Terbakar Didakwa Berpunca Daripada Barang Kiriman

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 352 hits
Beberapa keping gambar sebuah lori milik syarikat penghantaran tempatan yang terbakar menjadi tular di media sosial Menurut laman kejadian dikatakan berlaku di hadapan pejabat cawangan syarikat berkenaan di Kajang Taman Industri Selesa Jaya...
Barang Unik Dan Pelik Yang Pernah Tertinggal Dalam Kapal Terbang

Barang Unik Dan Pelik Yang Pernah Tertinggal Dalam Kapal Terbang

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 327 hits
Baik di hotel mahupun pesawat kapal terbang selalunya ada barang milik tetamu atau penumpang yang tertinggal Biasanya barang yang tertinggal hanya berupa benda benda remeh seperti majalah kacamata atau botol susu bayi Namun ada pula penumpa...
Baru Mula Online Bisnes Nak Tahu Macam Mana Nak Pos Banyak Barang Sekaligus Dengan Mudah Begini Caranya

Baru Mula Online Bisnes Nak Tahu Macam Mana Nak Pos Banyak Barang Sekaligus Dengan Mudah Begini Caranya

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 349 hits
Semasa dalam tempoh PKP ni pasti ramai antara kita yang putus mata pencarian kan Mungkin ada yang dibuang kerja diberi cuti tanpa gaji dan ada syarikat yang terpaksa ditutup Ramai yang nak buat bisnes online tapi bukannya senang Banyak bend...
Tni Ad Dan Kpk Tanda Tangani Bast Barang Rampasan Negara

Tni Ad Dan Kpk Tanda Tangani Bast Barang Rampasan Negara

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 244 hits
Andika Perkasa menyampaikan terima kasih dan apresiasi yang tinggi atas kepercayaan yang diberikan negara kepada TNI Angkatan Darat untuk memanfaatkan Barang Rampasan Negara berupa tanah dan bangunan seluas 534 154 m senilai Rp 20 023 666 0...
Pembobol Sd Negeri Ditangkap Usai Jual Barang Curian Lewat Whatsapp

Pembobol Sd Negeri Ditangkap Usai Jual Barang Curian Lewat Whatsapp

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 179 hits
Dua pencuri yang beraksi di SD Negeri 091253 Bukit Maraja Kecamatan Gunung Malela Simalungun Sumatera Utara tertangkap Mereka diciduk polisi setelah ketahuan menawarkan barang curiannya lewat aplikasi WhatsApp Kedua tersangka yang ditangkap...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah

Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya