Sakit Kepala Jangan Ambil Mudah


Amirah Ahmad, 25, mudah pening jika terdedah kepada cuaca panas.
Kesakitan dialami ada kalanya mengganggu rutin hariannya termasuk tidak dapat meneruskan tugas sebagai kakitangan awam.
Ini menyebabkan dia terpaksa mengambil paracetamol untuk meredakan kesakitan setiap kali diserang penyakit berkenaan.
Masalah pening yang dialami Amirah disebabkan faktor persekitaran iaitu perubahan cuaca.
Pakar Perunding Neurosurgeri MSU Medical Centre, Prof Dr Badrisyah Idris berkata, pening ialah tindak balas di kepala sama ada disebabkan faktor luaran, dalaman, persekitaran atau makanan.
Menurutnya, ia gejala biasa yang boleh dialami sesiapa saja selain daripada sakit perut, batuk dan bersin.
“Ada yang mengalami pening setiap bulan, minggu dan setiap hari.
“Sejak 20 tahun lalu, pening menjadi penyebab kedua individu hilang keupayaan dalam kehidupan, manakala kemurungan di tempat ketiga,” katanya.
Beliau berkata, selain itu, sakit belakang juga boleh menyebabkan individu
hilang keupayaan dan produktiviti diri.

“Pesakit tidak boleh memandang mudah pening yang dialami mereka dan perlu mengetahui corak pening berkenaan.
“Ini kerana mereka perlu mendapatkan nasihat pakar perubatan untuk rawatan selanjutnya, jika pening dialaminya menjadi lebih teruk,” katanya.
Dr Badrisyah berkata, pening dikategorikan kepada empat tahap iaitu sangat teruk, teruk, sederhana dan ringan.
“Penilaian tahap kesakitan ini penting untuk mengetahui pening dialami pesakit itu semakin teruk atau berkurangan.
“Pening biasa boleh bertukar menjadi luar biasa apabila kesakitan mencapai tahap sangat teruk,” katanya.
Dr Badrisyah berkata, pening luar biasa ini lazimnya mempunyai kaitan dengan penyakit serius seperti barah otak.
“Kesannya, ia boleh menjejaskan fungsi otak seperti pertuturan, penglihatan, pendengaran, deria rasa pada tubuh dan perubahan tingkah laku serta sawan.
“Oleh itu, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan segera bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk pada masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata, pening terbahagi kepada dua jenis iaitu primer dan skunder.
“Pening primer ialah gangguan yang tidak membabitkan sebarang penyakit dalam badan yang menyebabkan masalah atau kerosakan pada otak.
“Kebiasaannya, ia disebabkan gangguan pada struktur yang sensitif (otak) yang membabitkan otot leher, kepala, tindak balas kimia otak, pembuluh darah atau saraf,” katanya.
Menurut Dr Badrisyah, pening primer yang biasa terjadi ialah migrain.
Migrain menyerang sebelah kepala dan corak kesakitan ialah berdenyut.
“Lazimnya, kesakitan ini disertai rasa mual dan muntah yang menyebabkan pesakit tidak dapat melakukan aktiviti harian.
“Gejala ini sangat penting untuk membezakan sakit kepala disebabkan migrain, tekanan atau ketegangan.
“Ada kalanya, penghidap migrain menjadi terlalu sensitif kepada cahaya terang dan bunyi kuat,” katanya.
Menurutnya, individu yang sudah merasai gejala awal migrain dinasihati segera mengambil ubat penahan sakit bagi mengelak kesakitan bertambah teruk.
“Jika mengambil ubat penahan sakit semasa migrain teruk, ia tidak berkesan mengurangkan kesakitan berkenaan.
“Ada kalanya, pesakit terpaksa berjumpa doktor untuk mendapatkan suntikan menahan sakit,” katanya.

Dr Badrisyah berkata, jenis pening primer kedua ialah sakit kepala tegang atau menekan disebabkan tekanan.
“Kesakitan ini kerap berlaku berbanding migrain dan pesakit berasakan seperti ada objek yang melilit di sekeliling kepala.
“Tahap kesakitan pula lebih rendah berbanding kesakitan migrain. Selalunya, kesakitan akan hilang sebaik pesakit mengambil ubat penahan sakit dan berehat selama dua jam,” katanya.
Pening kepala primer ketiga pula ialah sakit kepala kelompok (kluster).
Ia jarang berlaku, tetapi yang paling teruk menyebabkan penghidapnya tidak mampu menahan kesakitan itu.
“Selalunya kesakitan ini menyerang sebelah kepala dan bahagian sekitar mata yang berlaku dalam tempoh di antara 15 minit hingga empat jam,” katanya.

Menurut Dr Badrisyah, jenis pening seterusnya ialah skunder yang selalunya mempunyai kaitan dengan penyakit lain yang serius seperti pendarahan dalam kepala, meningitis atau radang selaput otak dan ketumbuhan otak.
“Pendarahan dalam kepala terjadi apabila saluran darah otak tersumbat atau pecah disebabkan oleh angin ahmar.
“Pembuluh darah yang pecah akan menyebabkan pesakit berasakan kesakitan kepala yang kuat dan paling teruk dalam hidupnya,” katanya.
Dr Badrisyah berkata, seterusnya ialah meningitis atau radang selaput otak disebabkan oleh kuman seperti bakteria, virus dan tuberculous.
“Pesakit bukan saja akan mengalami demam dan tidak bermaya, tetapi timbul ruam merah yang merebak cepat ke seluruh badan,” katanya.
Menurut Dr Badrisyah, terakhir ialah ketumbuhan otak yang akan menjejaskan fungsi organ ini.
“Pesakit bukan setakat pening, tetapi juga mengalami gangguan pertuturan, penglihatan, kebas kaki dan tangan serta ketidakseimbangan berjalan,” katanya.
Anda rasa rakyat ada masa untuk pening kepala -Najib

The post Sakit kepala, jangan ambil mudah appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/05/sakit-kepala-jangan-ambil-mudah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Suka Makan Ubat Doktor Kongsi Petua Mudah Hilangkan Sakit Kepala Memang Menjadi

Tak Suka Makan Ubat Doktor Kongsi Petua Mudah Hilangkan Sakit Kepala Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 480 hits
Sakitnya kepala asyik sakit kepala je Kadang kadang tak tahu dah nak buat macam mana Rasa pening kadang kadang kita alami dalam hidup kita Ia tidak berbahaya Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti kepala ringan rasa tidak seimbang tu...
Pengajaran Buat Perikatan Nasional Jangan Ambil Mudah Bn

Pengajaran Buat Perikatan Nasional Jangan Ambil Mudah Bn

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 267 hits
PETALING JAYA Berikutan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah dalam pilihan raya negeri semalam seorang penganalisis politik memberi amaran kepada Perikatan Nasional bahawa ia tidak mampu bertelagah dengan Barisan Nasional sekiranya mahu memenan...
Inilah 9 Tanda Hati Anda Sudah Rosak Atau Sakit Jangan Abaikan

Inilah 9 Tanda Hati Anda Sudah Rosak Atau Sakit Jangan Abaikan

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 492 hits
Tanda tanda megalami penyakit hati boleh di kenali dengan anda memberi perhatian kepada perolehan yang berjalan pada tubuh Liver atau hati iaitu organ terbesar pada tubuh yang mempunyai banyak manfaat Satu di antara manfaat daripada organ h...
Ustaz Ini Ajar Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Gunakan Ais Batu Je

Ustaz Ini Ajar Cara Hilangkan Sakit Kepala Dengan Gunakan Ais Batu Je

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 602 hits
Aduh tiba tiba sakit kepala apa nak buat Sabar Mungkin cara yang dikongsikan oleh Norazri Medzlan ini dapat membantu anda Menurutnya letak ais batu di tengah tengah tengkuk selama 10 minit dan biarkan ais itu mencair Pening kepala akan hila...
Jangan Ambil Mudah Peraturan Stesen Minyak

Jangan Ambil Mudah Peraturan Stesen Minyak

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 300 hits
SELEPAS peristiwa pemandu melecur di tangan dan muka akibat disambar api ketika mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Serdang Selangor pada Ogos lalu muncul pula berita seorang wanita dilarikan kereta dipandunya ketika sedang mengisi mi...
Gubernur Diy Disiplin Tidak Mudah Aparat Jangan Segan Tertibkan Protokol Kesehatan

Gubernur Diy Disiplin Tidak Mudah Aparat Jangan Segan Tertibkan Protokol Kesehatan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 297 hits
Menurutnya sikap disiplin harus didasarkan pada kesadaran untuk mengendalikan diri sendiri Jika sikap tersebut tidak dimiliki dapat dipastikan seseorang akan sulit menerapkan sikap disiplin di bidang apapun
Anak Tak Mudah Sakit Pemakanan Ini Mesti Ibu Titikberatkan

Anak Tak Mudah Sakit Pemakanan Ini Mesti Ibu Titikberatkan

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 483 hits
Anak anak membesar dengan sihat menjadi impian semua ibu bapa Bagaimanapun untuk mempersiapkan mereka menghadapi kehidupan yang lebih baik sistem imun anak perlu dipertingkatkan agar terus berdaya tahan Ini kerana sistem imun adalah barisan...
Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil Ini Keadaan Perit Yang Dialami Bakal Ibu

Jangan Ambil Mudah Masalah Urat Simpul Semasa Hamil Ini Keadaan Perit Yang Dialami Bakal Ibu

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 353 hits
Bengkak kaki adalah antara perkara normal dilalui ibu hamil Begitu juga dengan masalah urat simpul Keadaan ini pastinya mendatangkan rasa perit bagi wanita berbadan dua Masalah urat simpul Urat kaki yang sihat mempunyai injap sehala untuk m...
Tragedi Lahad Datu Jangan Hina Anggota Keselamatan Yang Terkorban

Tragedi Lahad Datu Jangan Hina Anggota Keselamatan Yang Terkorban

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 527 hits
M Update 21 9 2020 Dakwaan seorang pemimpin Parti Warisan Sabah yang menyifatkan pengorbanan anggota keselamatan ketika pencerobohan di Tanduo Lahad Datu sebagai sandiwara adalah pengkhianatan terhadap negara Presiden Parti Cinta Sabah Datu...
Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Anak Buah Terpaling Kecil

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rules And Strategies Of Different Casino Online

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights