Tak Suka Makan Ubat Doktor Kongsi Petua Mudah Hilangkan Sakit Kepala Memang Menjadi


“Sakitnya kepala” asyik sakit kepala je. Kadang-kadang tak tahu dah nak buat macam mana. 
Rasa pening kadang-kadang kita alami dalam hidup kita. Ia tidak berbahaya. Rasa pening ini kadang kala kita rasa seperti ‘kepala ringan’, rasa tidak seimbang tubuh dan ada kala rasa seperti ‘mahu pengsan’.

Pening itu sendiri bukanlah penyakit. Ia adalah simtom (gejala atau tanda) seseorang itu mungkin mengalami masalah tekanan darah rendah, masalah lemah jantung, masalah saraf, masalah kekurangan darah merah, kekurangan gula dalam darah, jangkitan kuman dalam telinga, stroke, masalah penglihatan, migraine, kemurungan/keresahan melampau, kecederaan kepala, dan banyak lagi. Ia juga boleh berlaku akibat kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi), terlalu banyak melakukan aktiviti fizikal, gegaran semasa dalam kapal terbang atau kenderaan darat (motion sickness), perubahan hormone dalam tubuh dan kesan sampingan dari ubat-ubatan sintetik.
Rasa pening yang biasa, selalunya cepat sembuh apabila kita berehat. Cuma kadang kala kita tidak tahan dengan keadaan seperti ini.
Nasihat saya ialah agar buat pemeriksaan doctor bagi memastikan bahawa pening yang dialami bukanlah suatu yang berbahaya.
Jika sudah mendapat pemeriksaan doctor, selalu pesakit akan diberikan beberapa ubat untuk mengurangkan rasa pening ini. Ia bukan rawatan sebenar hanya ubat yang membantu mengurangkan rasa pening.
Rawatan dan ubat sebenar akan diberikan jika seorang pesakit dikenalpasti mengalami penyakit tertentu. Dengan merawat penyakit tersebut, rasa pening akan hilang.
Bagi mereka yang tidak mahu menggunakan ubatan sintetik bagi mengurangkan rasa pening, saya mencadangkan beberapa cara.
1. Menarik nafas dalam. Ia adalah teknik yang terbaik untuk mengurangkan pening kerana ia akan membekalkan oksigen pada otak secukupnya, membuatkan sistem saraf menjadi relaks, dan dengan perlahan-lahan ia mengurangkan rasa pening.
a) Duduk atau baring dalam keadaan yang selesa.
b) Letakkan satu tangan pada abdomen, dan letakkan ibu jari dari tangan yang satu lagi untuk menutup satu lubang hidung. Tutup mulut.
c) Bernafas perlahan-lahan melalui lubang hidung yang tidak ditutup itu. Cuba bernafas secara maksima hingga terasa tangan yang menyentuh abdomen bergerak ke hadapan.
d) Tahan nafas dengan menutup kedua-dua lubang hidung. Tahan sehingga kita tidak mampu lagi bertahan. Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan melalui mulut (secarmeniup bibir).
e) Ulang langkah-langkah ini sebanyak 10 kali.
2. Minum air secukupnya. Dehidrasi akan menyebabkan rasa pening. Ia berlaku apabila kita jarang minum air, dalam cuaca yang sangat panas atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Boleh minum air minum sedikit-sedikit, untuk mengurangkan rasa loya dan muntah.
3. Makan sedikit. Rasa pening juga boleh disebabkan oleh tahap gula dalam darah yang rendah, terutama pesakit diabetis. Bagi pesakit yang tiada penyakit diabetis, rasa terlalu lapasr juga boleh menyebabkan rasa pening. Jadi bila pening, boleh cuba makanan yang tidak pedas, berminyak dan masam. Makan sedikit bagi mengurangkan rasa pening. Saya mencadangkan pengambilan buah-buahan yang manis (bagi bukan pesakit diabetis) atau kekacang yang dapat memberikan tenaga segera.
4. Halia telah terbukti dapat mengurangkan rasa pening dan loya/muntah. Ia merangsangkan pengaliran darah pada otak, dengan ini mengurangkan rasa pening. Setengah inci halia dipotong dan diperah jusnya. Ia boleh dicampur dalam segelas air suam atau dalam segelas air the panas. Kepingan halia yang direndam dalam madu juga boleh diambil dengan cara menghisapnya perlahan-lahan.
5. Lemon mengandungi vitamin C, yang membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia membantu meningkat metabolism dan tenaga. Perahkan separuh buah lemon dalam gelas air, Campurkan sedikit madu sebanyak satu atau dua sudu. Minum 3 kali sehari.
6. Madu mempunyai kandungan gula bersama mineral dan enzim. Ini membantu meningkatkan tenaga. Campurkan dua sudu teh madu bersama dengan cuka buah-buahan (seperti cuka kurma atau cuka epal). Campurkan dalam segelas air air suam. Minum perlahan-lahan. Boleh campur dengan setengah inci kayu manis (cinnamon) dan diminum setiap hari.
7. Ginkgo Biloba. Ia adalah herba yang banyak dijual secara komersial melalui farmasi dalam bentuk kapsul. Ia adapat mengembangkan saluran darah dan mengurangkan rasa pening dan loya. Ia juga mengurangkan rasa berdesing dalam telinga. Dos yang biasa diambil ialah 40-50 mg, diambil tiga kali sehari.
8. Makan makanan yang sihat. Makan makanan yang sihat dapat membantu merawat rasa pening. Jika rasa pening itu disebabkan oleh kekuarangan sel darah merah (anemia), tekanan darah rendah dan kandungan gula rendah dalam darah, dengan memakan makanan yang sihat yang kaya dengan zat besi, vitamin A, folic acid dan fiber. Makanan yang sihat adalah makanan yang rendah gula dan lemak tepu.

Makanan yang kaya dengan zat besi seperti hati, tauhu, bayam, badam, kurma dan asparagus. Makanan yang kaya dengan vitamin C pula adalah oren, lemon, cili bengala, broccoli, anggur, dan bayam. Makanan yang kaya dengan folic acid seperti sayur-sayuran hijau, hati, pisang dan broccoli.
Jadi pemakanan yang sihat dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dan mengurangkan rasa pening.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tak Suka Makan Ubat? Doktor Kongsi Petua Mudah Hilangkan Sakit Kepala, Memang Menjadi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-suka-makan-ubat-doktor-kongsi-petua-mudah-hilangkan-sakit-kepala-memang-menjadi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Paksa Anak Tak Mahu Makan Ada Tipsnya Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tips Baby Mudah Makan

Jangan Paksa Anak Tak Mahu Makan Ada Tipsnya Isteri Hafizul Kamal Kongsi Tips Baby Mudah Makan

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 439 hits
Berdepan masalah anak yang kurang gemar makan sememangnya membuatkan ibu merasa terus risau Bimbang anak tidak cukup nutrisi untuk membesar begitu juga dengan masalah penambahan berat badan anak Pun begitu memaksa bukan satu tindakan yang p...
Perangai Memang 100 Berbeza Tapi Bab Makan Kami Sama Memey Suhaiza Kongsi Rahsia Bahagia

Perangai Memang 100 Berbeza Tapi Bab Makan Kami Sama Memey Suhaiza Kongsi Rahsia Bahagia

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 438 hits
Bukan mudah hendak mengekalkan rumah tangga yang kekal harmoni dan bahagia Namun pasangan serasi ini Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering menjadi inspirasi bagi semua pasangan Bukan hanya kebahagiaan yang jelas terpancar bahkan keluarga be...
Doktor Kongsi Tip Mudah Nak Power Up Otak Anak Hanya Guna Seikat Pegaga

Doktor Kongsi Tip Mudah Nak Power Up Otak Anak Hanya Guna Seikat Pegaga

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 385 hits
Apabila anak pulang ke sekolah mereka letih Begitu juga otak mereka Lebih lebih apabila tiada nutrisi untuk otak diambil mereka Petang ada kelas PAFA Malam pula ada tuisyen Sampai lembik budak budak ini Soalnya dengan begitu banyak aktiviti...
B I Kau Makan Bagi Habis P K Aku Tak Kira Kau Sakit Perut Ke Ape Bapa Dera Anak Paksa Makan Nasi Lemak Basi

B I Kau Makan Bagi Habis P K Aku Tak Kira Kau Sakit Perut Ke Ape Bapa Dera Anak Paksa Makan Nasi Lemak Basi

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 432 hits
B i Kau makan bagi habis p k Aku tak kira kau sakit perut ke ape Bapa dera anak paksa makan nasi lemak basiAlangkah tergamaknya hati seorang lelaki memperlakukan anak lelakinya seperti binatang dan memaksa dia memakan nasi lemak basi sambil...
Nak Pikat Si Picky Eater Pun Ada Caranya Ini Saranan Mudah Pakar Diet Buat Anak Cerewet Makan

Nak Pikat Si Picky Eater Pun Ada Caranya Ini Saranan Mudah Pakar Diet Buat Anak Cerewet Makan

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 346 hits
Risau bila ada anak yang memilih makanan Walaupun itu mungkin perkara biasa namun kanak kanak memerlukan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran mereka menjadi tanggungjawab ibu dan ayah untuk memastikan si kecil mendapat nutrisi sebaiknya untu...
Resepi Soto Untuk 6 Orang Makan Di Jamin Mudah Dan Sedap

Resepi Soto Untuk 6 Orang Makan Di Jamin Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 440 hits
RESEPI SOTO Untuk 6 Orang Makan Di Jamin Mudah Dan SedapResepi Kuah Soto
Dia Memang Suka Pacak Reda Sikit Kes Dia Mulut Longkang Pun Muncul

Dia Memang Suka Pacak Reda Sikit Kes Dia Mulut Longkang Pun Muncul

papar berkaitan - pada 16/9/2020 - jumlah : 454 hits
Tar snake memang suka kerja pacak memacak ni tak caya cuba tanya Leena hahaha Koman sepana sungguh nak jadi pejuang maamana kalau dah jadi tukang pacak bendera parti orang lain Parti sendiri sebuah kerusi pun tak dpat Bukan kali ini saja be...
Gejala Flu Dan Sakit Kepala Bupati Berau Positif Covid 19

Gejala Flu Dan Sakit Kepala Bupati Berau Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 416 hits
Muharram meminta maaf dan meminta semua yang pernah berinteraksi dengannya agar segera memeriksakan diri Boleh jadi ini kelalaian kami beberapa waktu lalu berinteraksi dengan seseorang ujar Muharram
Sakit Dada Makin Menjadi Jadi Aidt Noh Disahkan Ada Masalah Paru Paru Berair

Sakit Dada Makin Menjadi Jadi Aidt Noh Disahkan Ada Masalah Paru Paru Berair

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 483 hits
Selepas rasa sakit dada tiba tiba muncul saya terus merujuk ke klinik dan hanya diberikan ubat tahan sakit Pada malam hari yang sama rasa sakit makin menjadi menjadi dan saya terus ke PPUKM source
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025