Sakit Bersalin Bukan Main Main Doktor Terangkan Fungsi Epidural Buat Ibu Bersalin Kalau Perlu Jangan Takut Nak Guna


Sakit nak bersalin memang luar biasa. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Maka itu ada beberapa kaedah yang digunakan untuk mengurangkan sakit dan menjadi pelega buat ibu yang bakal bersalin.
Namun ada sesetengah keadaan yang membuatkan kita rasa takut dan bimbang untuk gunakan kaedah ini kerana kesan jangka masa panjang. Namun perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat ini mungkin boleh mengubah persepsi ibu-ibu tentang penggunaan epidural ketika bersalin.

Ikuti perkongsiaannya!
“Pakai epidural saya sakit belakang bertahun-tahun lamanya lepas beranak! sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian takde guna !”
“Kakak kepada kakak angkat , sepupu belah ayah saya pakai epidural tu, dia lumpuh separuh badan pastu. Takot lak saya nak epidural”
“Takpa doktor, saya nak rasa sakit bersalin tu. Boleh hapuskan dosa” ( setengah jam lepas tu menangis mintak epidural )
“Suami saya tak bagi amek epidural tu, boleh sebabkan lumpuh katanya” – suami tak rasa pun sakit bersalin cmne, dia lak buat keputusan untuk bini yang bertarung dgn kesakitan tu.”
“Nenek saya dulu beranak tkda pun epidural segala bagai ni, elok jer dia !”
Ni antara sebab-sebab orang takmau epidural. Sakit bersalin bukan main main oi. Setakat contraction sikit sikit boleh senyum lagi. Cuba kalau sakit betul-betul datang tengok cmne.
Kalau terpotong hujung jari masa membawang pun dah kalut, belom lagi rasa sakit bersalin cmne
Epidural tu ape ?
Salah satu teknik pelega kesakitan yg diberikan untuk pesakit dalam konteks ini untuk orang nak bersalin lah. Ada je sebab-sebab lain boleh pakai epidural ni, memandangkan saya ni doktor bersalin, so saya cite apa yang saya tahu saja ye. Takda ler ianya hilangkan 100% kesakitan tu, tapi rasa sakit tu akan jadi kurang dan ibu rasa selesa dan tenang nak ‘bertarung’ untuk berjam-jam lamanya.
Ada satu plastik halus dimasukkan ke dalam ruang epidural L3-L4 atau L4-L5 Memakan masa 20 minit untuk nak buat dan 20 minit untuk bertindak balas. Dipasang oleh doktor bius, bukan doktor bersalin tau.

Perlu berjaga-jaga jika seseorang tu pernah buat pembedahan pada tulang belakang atau ada masalah pembekuan darah
Kalau da pasang epidural ni kena ada pemantauan graf jantung anak (CTG) secara terus menerus dan pemantauan tekanan darah ibu
Apa bagusnya epidural ?
Antara banyak-banyak cara untuk mengurangkan rasa bersalin ni, epidural adalah jenis yg terbaik.
Tak mengantuk. Baby dalam rahim pun tak mengantuk
Kalau perlu caesaerean, tak perlu ubat lain atau cucuk lain tempat untuk bius. Doktor akan ‘top up’ epidural sebelum caesarean dilakukan
Kesan buruk yang boleh timbul
Epidural tak berkesan mengurangkan sakit ( 1 dalam 10 ) Mengigil dan gatal-gatal Tekanan darah menjadi terlampau rendah ( 1 dalam 50 ) Sakit kepala yang amat sangat ( 1 dalam 100 ) Gangguan sistem saraf sementara ( 1 dalam 1000) Gangguan sistem saraf kekal ( 1 dalam 13000) Jangkitan meningitis ( kurang 1 dalam 50000)
Dilaporkan bahawa hampir 25% ibu mengandung akan menghidapi sakit belakang sehingga 6 minggu selepas bersalin .Terdapat banyak kajian membandingkan ibu mengandung yang mendapat epidural dengan yang tak diberi epidural (hanya suntikan Pethidine sebagai penahan sakit) menunjukkan peratusan insiden sakit belakang yang SAMA dalam kedua-dua kumpulan. Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan dalam insiden sakit belakang selepas bersalin diantara kumpulan ibu yang tak mendapat epidural dan ibu yang mendapat epidural pada hari pertama dan hari ketujuh selepas kelahiran. Namun 3 bulan selepas bersalin, ibu yang tak mendapat epidural pula lebih ramai yang masih sakit belakang berbanding yang mendapat epidural. Acaner tu? Tak dapat epidural pun sakit belakang ?
Sewaktu mengandung, perubahan hormon menyebabkan ligamen tulang termasuk ligamen di pelvis menjadi longgar dan memudahkan kecederaan terjadi kepada ibu.. Bayi dan rahim yang membesar boleh menekan saraf-saraf dalam rongga pelvis menyebabkan sakit belakang. Kandungan yang besar dan perubahan hormon juga menyebabkan perubahan kepada struktur tulang belakang (lebih melentik; lumbar lordosis) bagi menstabilkan pusat graviti ibu; malah proses tulang belakang untuk kembali ke kedudukan asal selepas bersalin itulah yang menyebabkan sakit belakang.
Sakit belakang antaranya disebabkan postur badan yang tak betul (jalan dan duduk membongkok), kurangnya senaman (tulang belakang jadi keras dan tak fleksibel), otot perut dan belakang (core muscles) yang lemah, cara kerja yang tertumpu kepada satu posisi (duduk lama di pejabat) dan cara mengangkat barang berat yang tak betul. Pendek kata, postur yang salah menyebabkan sakit belakang.

Penggunaan epidural semata-mata bukan punca utama sakit belakang. Betulkan fakta. Jangan dengar cakap cakap orang
Yang menanggung sakit bersalin tu awak. Bukan suami atau makcik bawang yang mengecam penggunaan epidural.
Satu lagi, bukan semua hospital ada servis epidural ini. Kalau ada pun, untuk pesakit tertentu bergantung kepada kakitangan bius yang ada untuk pemantauan. Tanya dulu ok?
Seperkara lagi, sakit memang ler penghapus dosa, tapi sakit nak bersalin ni bukan main-main untuk dicuba-cuba.
Banyak lagi mende lain yg boleh dicuba
Sumber: Muhammad Izzat
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
 
The post Sakit Bersalin Bukan Main-main, Doktor Terangkan Fungsi Epidural Buat Ibu Bersalin. Kalau Perlu Jangan Takut Nak Guna! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sakit-bersalin-bukan-main-main-doktor-terangkan-fungsi-epidural-buat-ibu-bersalin-kalau-perlu-jangan-takut-nak-guna/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bekerja Nak Susu Banyak Kuncinya Jangan Stres Ikut Cara Ni Sangat Membantu

Ibu Bekerja Nak Susu Banyak Kuncinya Jangan Stres Ikut Cara Ni Sangat Membantu

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 522 hits
Bagi ibu yang bekerja dan mengimpikan untuk menyusu bayi dengan susu badan sepenuhnya sudah tentu terdetik rasa risau adakah mampu atau tak memberi susu ibu hingga anak berumur dua tahun Disebabkan fikir hal ini emosi ibu sedikit terganggu ...
Apa Pun Ydp Agong Ada Kuasa Jangan Nak Main Main

Apa Pun Ydp Agong Ada Kuasa Jangan Nak Main Main

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 273 hits
MUHD MUKLIS NOHD SYARIFKuasa untuk isytihar darurat terletak pada YDPA dan ini yang cuba di pinda oleh Najib dengan kenalkan Akta MKN yang mana Perdana Menteri boleh isytihar darurat tanpa kebenaran YDPA PH telah betulkan balik kerosakan ya...
Kalau Anak Takut Nak Ke Tadika Taska Jangan Biarkan Cari Puncanya

Kalau Anak Takut Nak Ke Tadika Taska Jangan Biarkan Cari Puncanya

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 408 hits
Ramai yang bertanya mengenai isu anak anak tidak mahu ke tadika kerana cikgu tersangat garang marah marah dan kuat menghukum fizikal dan kata kata kasar Ini jawapan Ibu Rose Anak anak kecil tidak pandai menyorok perasaan mereka Terutama jik...
4 Tahap Koyakan Bersalin Ibu Bukan Kena Jahit Hidup Hiduplah Doktor Akan Bius Dulu

4 Tahap Koyakan Bersalin Ibu Bukan Kena Jahit Hidup Hiduplah Doktor Akan Bius Dulu

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 521 hits
Antara perkara ngeri yang sering ditakuti ibu mengandung adalah jahitan bersalin Ramai ibu ibu terutama yang baru pertama kali mengandung ditakutkan atau dimomokkan dengan kesakitan jahitan bersalin atau ngerinya pengalaman itu Tidak salah ...
Tak Perlu Guna Tapai Nasi Pun Resipi Apam Beras Eno Mekar Senangnya Nak Buat

Tak Perlu Guna Tapai Nasi Pun Resipi Apam Beras Eno Mekar Senangnya Nak Buat

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 377 hits
Jika menyediakan apam nasi perlu diperap seketika dan mengambil masa agak lama namun apam beras yang satu ini cukup pantas penyediaannya Malah lebih mudah dihasilkan Dapatlah anak anak makan tanpa menunggu lebih lama Apam Beras Eno Mekar ya...
Cik Misi Terkilan Ada Orang Takut Bila Beruniform Putih Konon Bawa Kuman Sampai Tak Nak Naik Lif Sama Sama

Cik Misi Terkilan Ada Orang Takut Bila Beruniform Putih Konon Bawa Kuman Sampai Tak Nak Naik Lif Sama Sama

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 257 hits
Tular baru baru ini tentang luahan perasaan seorang wanita terhadap orang ramai yang cuba untuk memulau mereka hanya kerana memakai baju seragam putih jururawat Jururawat atau misi ini merupakan salah wira untuk negara terutamanya pada wakt...
Lagi Enam Minggu Nak Bersalin Dr Halina Alami

Lagi Enam Minggu Nak Bersalin Dr Halina Alami

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 278 hits
Isteri kepada Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr Halina berharap segala urusan bersalin anak kembarnya tidak lama lagi dipermudahkan Tuhan Menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya Dr Halina berkongsi b...
Ibu Yang Sedang Menanti Hari Selalulah Minta Maaf Dengan Suami Untuk Mudahkan Bersalin

Ibu Yang Sedang Menanti Hari Selalulah Minta Maaf Dengan Suami Untuk Mudahkan Bersalin

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 443 hits
Setiap ibu mengandung mahukan pengalaman bersalin normal yang senang dan mudah namun ada juga di antara kita yang terpaksa dibedah diinduce di epidural atau divacum Tidak semua ibu ibu bernasib baik memperolehi pengalaman yang indah di bili...
Ibu Dipaksa Bersalin Normal Sehingga Kepala Anak Putus Dua

Ibu Dipaksa Bersalin Normal Sehingga Kepala Anak Putus Dua

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 316 hits
BELEM BRAZIL Kepala seorang bayi baru lahir terputus daripada badannya dalam prosedur kelahiran gagal yang berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia Belem baru baru ini Insiden itu dipercayai berlaku apabila beberapa doktor memaksa ibu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu