Sakit Belakang Semasa Hamil Bila Tunduk Duduk Rasa Sakit Lepas Bersalin Pun Jadi Lagi


Ramai ibu-ibu mengalami masalah sakit belakang sama ada semasa hamil, selepas bersalin dan juga ketika dalam tempoh menyusukan si manja. Mungkinkah masalah sakit belakang ini berkait rapat dengan proses bersalin atau posisi penyusuan yang salah?
Ada ibu yang akan sakit belakang semasa menyusu walau pun sudah mengaplikasikan posisi penyusuan yang betul. Apa lagi langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan sakit belakang?
Menurut pakar laktasi, Rita Rahayu Omar,  ibu yang menghadapi masalah sakit belakang adalah biasa. Lebih-lebih lagi di kalangan wanita hamil. Lazimnya, sakit beransur hilang selepas dua minggu melahirkan. Walau bagaimanapun, ia boleh kembali menyerang apabila ibu mula mendukung bayi mereka setiap hari.
Kredit foto: Freepik APABILA BERAT ANAK BERTAMBAH
Apabila bayi semakin meningkat usia, beratnya bertambah dan boleh menyebabkan sakit belakang. Berat berlebihan menyebabkan otot perlu bekerja lebih kuat dan meningkatkan tekanan pada sendi. Jadi, sakit belakang yang anda alami mungkin bukan sepenuhnya disebabkan oleh amalan penyusuan susu ibu.
Menjaga bayi boleh memberikan tekanan kepada belakang tubuh. Asalnya, anda mungkin mengangkat atau mendukung bayi seberat 3 hingga 4kg. Apabila bayi mencecah usia setahun, beratnya dianggarkan 8kg. Kemudian, beratnya meningkat 11 hingga 13kg. Jadi, kesemua berat ini menambah tekanan kepada belakang tubuh ibu!
Kredit foto: Freepik TIDAK AMALKAN POSISI PENYUSUAN YANG BAIK
Kebanyakan ibu baru secara tidak sengaja menjadikan masalah sakit belakangnya lebih teruk seperti tidak mengamalkan posisi penyusuan yang baik semasa menyusu tanpa disedari.
Contohnya, ibu terlalu fokus untuk memastikan bayi melekap dengan betul sehingga salah duduk. Ia memberi tekanan kepada leher dan otot atas bahagian belakang tubuh sewaktu anda menunduk.
Ibu yang mengalami sakit belakang sebelum atau semasa hamil cenderung untuk mengalami semua sakit yang sama selepas bersalin terutamanya jika sakit itu teruk atau bermula pada awal usia kehamilan.
Kredit foto: Freepik TUNGGU 6 MINGGU UNTUK BERSENAM BAGI IBU YANG BERSALIN CAESAREAN
Jika anda melahirkan bayi secara caesarean, tunggu sehingga minggu keenam kelahiran atau sehingga mendapat kebenaran doktor sebelum mula melakukan senaman.
Artikel berkaitan: [Menggigil, Kegatalan, Tekanan Darah Rendah & Sakit Kepala Kesan Sampingan Epidural. Ia Bukan Penyebab Sakit Belakang!]
WANITA BERLEBIHAN BERAT BADAN BERISIKO
Tambahan pula, risiko sakit belakang adalah lebih tinggi di kalangan wanita muda dan bagi mereka yang berat badan berlebihan.
Kredit foto: Freepik LANGKAH ATASI SAKIT BELAKANG
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah sakit belakang:
Kedudukan tubuh ketika mendukung dan memberi bayi makan akan memberi kesan kepada apa yang bahagian belakang rasai. Sematkan dalam minda setiap hari:
*Beri tumpuan kepada postur dan sentiasa berdiri tegak.
*Duduk tegak. Fikirkan tentang postur apabila menyusukan bayi. Jika anda sakit belakang bahagian bawah, gunakan ganjal bagi memastikan kaki anda lebih tinggi daripada lantai.
*Pilih kerusi yang selesa yang mempunyai tempat letak tangan (armrest) dan gunakan banyak bantal sebagai sokongan tambahan kepada belakang dan lengan.
*Pelajari cara untuk posisikan diri ketika menyusu dan sentiasa rapatkan bayi ke payudara dan bukan sebaliknya. Cuba pelbagai posisi penyusuan yang berbeza-beza.
*Jika anda mengalami ketegangan di bahu dan bahagian atas belakang, posisi berbaring mungkin boleh memberi keselesaan.
*Sentiasa bengkokkan lutut sewaktu mengangkat objek dan bayi daripada posisi berlutut bagi mengurangkan tekanan kepada bahagian belakang.
*Biarkan orang lain mengangkat objek berat. Anda tidak sepatutnya mengangkat objek yang lebih berat daripada bayi sekurang-kurangnya untuk tempoh lapan minggu.
Kredit foto: Freepik LAKUKAN 4 TIP RUTIN SENAMAN
1.Lakukan senaman lantai pelvis sebagai rutin harian bagi menguatkan otot belakang dan abdomen.
2. Biasakan diri melakukan senaman regangan tetapi elakkan pergerakan yang ekstrem.
3.Lakukan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan meningkatkan fleksibiliti.
4.Berenang membantu menguatkan otot tanpa memberi tekanan pada sendi.
Kredit foto (top image): Freepik
 
The post Sakit Belakang Semasa Hamil, Bila Tunduk, Duduk Rasa Sakit, Lepas Bersalin Pun Jadi Lagi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sakit-belakang-semasa-hamil-bila-tunduk-duduk-rasa-sakit-lepas-bersalin-pun-jadi-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Luar Nampak Elok Tak Sedar Terkena Jangkitan Baik Baik Jaga Luka Lepas Bersalin

Luar Nampak Elok Tak Sedar Terkena Jangkitan Baik Baik Jaga Luka Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 457 hits
Selepas sahaja melahirkan anak ada mak mak yang tidak kisah dan kurang mengambil berat soal kesihatan diri Bukan hanya kerana tidak sakit luka bersalin lebih lebih lagi jahitan caesarean perlu dijaga dengan baik sehingga benar benar pulih B...
Marah Anak Lepas Itu Rasa Bersalah Pakar Ini Kongsi Tip Buat Ibu Bapa

Marah Anak Lepas Itu Rasa Bersalah Pakar Ini Kongsi Tip Buat Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 14/12/2023 - jumlah : 208 hits
Ibu bapa kadangkala tidak dapat mengelakkan diri daripada memarahi anak terutama apabila anak bersikap nakal Belum ditambah jeritan dan pekikan anak anak bergaduh Naik pening dibuatnya Keletihan badan dan minda membuatkan ibu ibu mudah naik...
Lepas Makan Terus Muntah Ibu Hamil Tak Cukup Zat Ini Suplemen Patut Ambil

Lepas Makan Terus Muntah Ibu Hamil Tak Cukup Zat Ini Suplemen Patut Ambil

papar berkaitan - pada 8/12/2023 - jumlah : 231 hits
Melalui trimester pertama kehamilan memang ternyata cukup menguji kekuatan ibu hamil Ibu yang dulunya aktif berubah menjadi lemah tak bermaya Muntah setiap pagi atau petang membuatkan ibu tiada selera untuk makan Namun ada juga kes di mana ...
Seperti Dalam Dunia Baru Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa

Seperti Dalam Dunia Baru Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 306 hits
Benarlah kata orang kehadiran cahaya mata mengubah hidup jadi lebih bermakna Begitu juga Hero Malaya Remy Ishak yang kini merasai kebahagiaan selepas bergelar bapa Tambah Remy kehadiran Tuah Alam benar benar mengubah kehidupannya kini Malah...
Hiburan Kami Saja Tahu Rasa Sakit Tu Alyah Tidak Setuju Dibandingkan Dengan Siti Nordiana Mohon Hargai Usaha Penyanyi

Hiburan Kami Saja Tahu Rasa Sakit Tu Alyah Tidak Setuju Dibandingkan Dengan Siti Nordiana Mohon Hargai Usaha Penyanyi

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 217 hits
Susulan kritikan juri All Stars Gegar Vaganza yang mengatakan Siti Nordiana membawa lagu Kisah Hati lebih baik dari penyanyi asal Datin Alyah yang turut hadir semasa final itu meminta agar peminat tidak membandingkan kedua penyanyi tersebut...
Baby High Need Aku Yang Rasa Kau Mencemuh

Baby High Need Aku Yang Rasa Kau Mencemuh

papar berkaitan - pada 16/12/2023 - jumlah : 306 hits
BabyBaby High Need aku yang rasa kau mecemuh Rasa sama macam anak2 Sha Sekarang ni Hana pula Letih Sebab tu Sha stop jap fb sampai 30 hari lebih Buka hari2 tapi x de komunikasi Biasanya hp kena caj setiap hari Tapi hari tu 4 hari baru caj P...
Chicken Bone Brooth Penambah Rasa Semula Jadi Makanan Kuatkan Antibodi Anak

Chicken Bone Brooth Penambah Rasa Semula Jadi Makanan Kuatkan Antibodi Anak

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 271 hits
Mungkin ada yang berasa geli dengan kaki ayam Sebenarnya hasil chicken bone brooth banyak khasiatnya untuk menaikkan berat badan kuatkan antibodi dan juga penambah rasa semula jadi dalam makanan si kecil anda Melalui perkongsian dari Puan d...
Cara Mendapat Serondeng Kelantan Rasa Sedap Tahan Lama

Cara Mendapat Serondeng Kelantan Rasa Sedap Tahan Lama

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 334 hits
Kampung Maras atau juga dikenali Kampung Kubur Maras merupakan lokasi terawal industri serondeng di Kelantan Di Kampung Maras terdapat keluarga terawal yang mengusaha pembuatan serondeng yang dimulai kira kira 70 tahun dahulu Serondeng meru...
Walaupun Aku Bukan Menantu Pilihan Aku Juga Manusia Biasa Kadang Kala Aku Rasa Seperti Mahu Berputus Asa

Walaupun Aku Bukan Menantu Pilihan Aku Juga Manusia Biasa Kadang Kala Aku Rasa Seperti Mahu Berputus Asa

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 172 hits
Hi Min Hi Readers Selama ni saya selalu baca je kisah kisah kat page ni tetiba rasa tergerak hati pula nak share kisah sendiri saya ni seorang MENANTU RAHSIA dah 10 tahun lama nya status hubungan suami isteri ini tanpa pengetahuan ibu bapa ...
Much Anticipated Pmx S Trust Deficit Pill Must Not Be Lobsided By Favouring Only Civil Servants

Anak Kak Km Nafi Gagal Latihan Pramugari Letak Jawatan Demi Keluarga Tercinta

User Generated Content For Marketing

15 September Hari Kelepasan Am Tambahan L 23 Julai 2025 Sinar Harian

Cara Semak Baki Duit Tng Dalam Mykad Sebelum Beli Susu Anak

First Round Exit For Defending Champs Sze Fei Izzuddin At China Open

Pencuri Rumah Imam

From Research To Reality Encouraging Innovation For Sustainability At Qassim University


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Award Recognition Night 2024

Tempahan Mini Burger Nugget Tempura

Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia

Bomba Teruskan Operasi Padam Kebakaran Hutan Simpan Jalan Genting