Marah Anak Lepas Itu Rasa Bersalah Pakar Ini Kongsi Tip Buat Ibu Bapa


Ibu bapa kadangkala tidak dapat mengelakkan diri daripada memarahi anak terutama apabila anak bersikap nakal. Belum ditambah jeritan dan pekikan anak-anak bergaduh. Naik pening dibuatnya.
Keletihan badan dan minda membuatkan ibu-ibu mudah naik angin. Yang jadi mangsa anak-anak. Bayangkan jika setiap hari anak dimarahi kerana situasi ini, sudah tentu tidak baik untuk perkembangan emosi mereka.

Dalam satu perkongsian Dr Siti Ujila Official, seorang pensyarah dan juga penulis buku keibubapaan  sebelum ini pernah berkongsi tip membantu para ibu menangani situasi ini dengan betul.
“Sebagai manusia, emosi kita tidak menentu. Kadang balik rumah dengan kepala yang kusut, ‘bateri’ tenaga tinggal 10% dan perlu di ‘charge’ segera. Masalahnya baru saja nak charge, rumah sudah terlebih dahulu dilanda ribut taufan. Tuan-puan pun boleh teka apa yang jadi selepas itu.
“Dalam hidup ini, kita cuba melakukan yang terbaik dan bekerja keras namun terkadang kita lupa apakah sebenarnya yang kita inginkan. Jawapannya ada pada ayat ini yang sangat terkesan di hati:
““Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu” Surah Al Fajr ayat 27-30
“Ya Allah, bila baca ayat ini, seolahnya Allah beritahu “whatever you do, all you really want adalah jiwa yang tenang”.

“Jiwa yang apapun masalah yang datang dalam hidup, orang kata ‘dalam hati ada taman’. Subhanallah, rupanya Allah dah bagi jawapannya dalam Quran. Kita kerja keras, kita besarkan dan didik anak-anak, kita bersolat mengaji, kita bersilaturrahim, semuanya untuk kita mencapai satu pekara:
“Jiwa yang tenang. Hati yang redha dan diredhai. Izinkan saya berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh digunakan. Tip yang saya amalkan dan alhamdulillah bonding saya dengan anak-anak kuat walaupun ada masanya saya jadi cikgu disiplin yang garang.
CUMA LIMA TIP INI:
Saya percaya, tip ini bukan perkara baru. Sekadar satu perkongsian yang moga-moga bermanfaat buat saya dan para pembaca:
1. Peganglah jawapan yang Allah berikan itu saat kita melangkah kembali ke rumah selepas seharian bekerja. Katakan dalam hati: “I am going to see my loved ones. This is our happy moment“. Kalau boleh, tampal nota di mana-mana sebagai friendly reminder.
2.  Happy moment bukan bermaksud kita tak marah anak. Jika kita perlu tegur kesalahannya, ia mesti dilakukan dan pastikan anak-anak sedar kesilapannya.
3.  Tapi bila mood kita OK, ambillah peluang itu sehabis baik untuk katakan pada anak “Sayang mama kat kakak”. Sambil makan bersama atau tengok tv, peluk anak atau sesekali usap kepalanya sambil kita katakan “Sayang anak mama ni”.
Walaupun anak kita masih leka menonton tv saat itu, tapi sebenarnya kata-kata kita itu sampai ke hatinya hingga ia tahu yang ‘mama sayang saya’

4 Bila anak buat perkara yang baik yang menggembirakan kita walaupun sekadar menolong kita mengambil telefon di tingkat atas, pujilah dia sehabis baik “Baiknya anak mama ni, thank you sayang tolong mama. Good sayang. Mesti Allah sayang kakak kan sebab tolong mama ni” sambil picit pipinya yang comel atau hidungnya yang cute.
5. Carikan satu aktiviti yang kita boleh lakukan bersama dengan anak-anak yang boleh buat kita gelak-gelak bersama. Tanpa perlu keluarkan wang dan tanpa perlu keluar dari rumah.
Contohnya, saya dan anak-anak suka bermain ‘dinasour’ di mana saya akan jadi dinasour yang akan mengejar anak-anak sampai mereka berlari lintang pukang sambil ketawa tak kering gusi dibuatnya.
Saya suka sangat momen ini. Dapat buat 10 minit pun sudah cukup menggembirakan anak. Abahnya pula suka bermain ‘horse’. Abah duduk di kerusi, kemudian anak-anak duduk di kaki abah. Konon-konon masukkan duit syiling 50 sen, tiba-tiba horse bergerak (kaki abah) dan mereka punyalah suka (walaupun bergerak setempat).
Supaya, walaupun ada masanya kita marah…ada masanya kita kurang sabar melayan karenah anak-anak, tapi anak tahu yang kita sayangkan mereka. Kerana ada masanya kita tergelak bersama. Ada masanya kita memeluk dan memujinya.
Tip di atas adalah antara elemen dalam Teknik ADHA (Allah Dalam Hati Anakku). Apabila kita melakukannya, secara automatik kita sendiri akan jadi mak ayah yang “full of love“. Kita yang terlebih dahulu akan menjadi ibu bapa yang mudah menunjukkan kasih sayang, hanya dengan satu teknik yang santai.
Sumber:  Dr Siti Ujila Official
 
The post Marah Anak Lepas Itu Rasa Bersalah? Pakar Ini Kongsi Tip Buat Ibu Bapa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/marah-anak-lepas-itu-rasa-bersalah-pakar-ini-kongsi-tip-buat-ibu-bapa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Tenunglah Wajah Tengok Mata Anak Bila Rasa Nak Marah Rahsia Buang Aura Negatif

Ibu Bapa Tenunglah Wajah Tengok Mata Anak Bila Rasa Nak Marah Rahsia Buang Aura Negatif

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 127 hits
tentunya tidak dapat mengelak daripada memarahi Sudah namanya kanak kanak tentulah ada masanya boleh menguji kesabaran kedua ibu bapanya Bagaimanapun bila kita suka marah anak dengan emosi tanpa sedar kata kata dan perbuatan kita juga akan ...
Anak Kerap Muntah Ibu Bapa Jangan Panik Ini Langkah Awal Perlu Buat

Anak Kerap Muntah Ibu Bapa Jangan Panik Ini Langkah Awal Perlu Buat

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 157 hits
Bila anak kerap muntah memang ibu bapa akan jadi panik Kanak kanak atau bayi memang ada kecenderungan untuk kerap muntah apabila mereka tak sihat Tapi mungin ramai yang tertanya bila perlu bimbang terhadap anak yang muntah ini Maklumlah kal...
Ibu Bapa Hanya Menumpang Rezeki Anak Ada Cabaran Nya Juga

Ibu Bapa Hanya Menumpang Rezeki Anak Ada Cabaran Nya Juga

papar berkaitan - pada 30/11/2023 - jumlah : 218 hits
Setiap kali saya menerima pasti saya akan belanjakan sebahagian untuk anak anak Ada beberapa sumber yang mengatakan bahawa ibu bapa hanya menumpang rezeki anak Ya memang betul Ibu mana yang tidak sayangkan anaknda nya kan tiada Sedikit atau...
Seperti Dalam Dunia Baru Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa

Seperti Dalam Dunia Baru Remy Ishak Rasa Muda Semula Lepas Jadi Bapa

papar berkaitan - pada 2/12/2023 - jumlah : 242 hits
Benarlah kata orang kehadiran cahaya mata mengubah hidup jadi lebih bermakna Begitu juga Hero Malaya Remy Ishak yang kini merasai kebahagiaan selepas bergelar bapa Tambah Remy kehadiran Tuah Alam benar benar mengubah kehidupannya kini Malah...
Ibu Bapa Tanpa Sedar Tidak Berlaku Adil Dengan Anak Anak

Ibu Bapa Tanpa Sedar Tidak Berlaku Adil Dengan Anak Anak

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 231 hits
Ilmu keibubapaan perlu dipelajari Kemahiran keibubapaan dan gaya asuhan yang tepat dilihat mampu memberi penyelesaian secara menyeluruh khususnya dalam mendidik anak anak dengan sempurna Ibu bapa juga perlu sabar dalam proses mendidik anak ...
Nak Anak Rasa Selesa Dalam Car Seat Cuba Tip Bedung Bunyikan White Noise

Nak Anak Rasa Selesa Dalam Car Seat Cuba Tip Bedung Bunyikan White Noise

papar berkaitan - pada 9/12/2023 - jumlah : 180 hits
Bukan anak tidak suka tetapi sebaik diletakkan pada kerusi keselamatan atau car seat anak mula meraung sekuat hati Bukan benci tetapi mereka rasa tidak selesa Menurut Pn Uswatun Hasanah Mohd Habib Konsultan Tangisan Bayi anak akan mula mena...
Didik Anak Bukan Mudah Ibu Bapa Perlu Sama Sama Berganding Bahu

Didik Anak Bukan Mudah Ibu Bapa Perlu Sama Sama Berganding Bahu

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 173 hits
Cabaran dalam mendidik dan membesarkan tidak semudah ABC Dalam usaha mendidik anak banyak perkara perlu dilakukan bagi memastikan disiplin sekali gus membina sahsiah diri yang kukuh Agar mampu mempersiapkan anak menjadi insan cemerlang dan ...
Tip Masak Bubur Nasi Anak Supaya Rasa Lebih Sedap Tahan Lama

Tip Masak Bubur Nasi Anak Supaya Rasa Lebih Sedap Tahan Lama

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 270 hits
anak bukan sahaja perlu sedap rasanya tapi boleh bertahan lama Tidak dapat dinafikan menyediakan anak saban hari memang mencabar lebih lebih lagi bagi ibu bekerja Apa kata kita cuba cara yang dikongsikan oleh ibu ini pula Memang pantas Maca...
Ibu Hamil Teringin Sangat Durian Pakar Otak Kongsi Jenis Durian Sesuai Boleh Ambil

Ibu Hamil Teringin Sangat Durian Pakar Otak Kongsi Jenis Durian Sesuai Boleh Ambil

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 141 hits
Ketika hamil ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil jumlah makanan yang mencukupi malah makanan yang berkhasiat untuk membantu otak anak berkembangan dengan baik Disebabkan itulah ibu perlu mengambil jenis makanan yang segar dan berkhasiat ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan