Sakan Beraya Di 3 Buah Open House
3 Buah Open House beraya | Sabtu lepas sakan sangat beraya.Dah dapat jemputan kan.Mestilah kena pergi.Lagipun takde lah jauh mana pun.Depan rumah dan beberapa meter jarak dari rumah jer.
Sakan Beraya di 3 Buah Open House
Dapat Juga Sara Merasai Suasana Balik Kampung!
Tanpa Berlapar dengan SURYA Super Great Grain
Makanan Sunnah dan Khasiat
Kekal Sihat dan di lindungi sepanjang bulan Ramadan dengan DETTOL |
Harapkan open house itu dekat.Itu yang rajin pergi juga.Jika tidak,memang takde pergi lah.Dan alhamdulillah,menu-menu semuanya sedap sekali.Terutamanya open house depan rumah Ina tu.Perumahan Semi-D yang di depan taman Ina duduk tu.Owner ni setiap tahun dia akan buat open house.Cuma tahun ni,alhamdulillah.Ada rezeki juga di jemput.Hihihi
Suka datang awal ke sebarang Majlis..
Jenis kami laki bini,jika ada kenduri mahupun jemputan open house.Kami suka menghadiri ke sebarang majlis ketika waktu tengahari.Salah satu sebab,makanan masih panas dan belum lagi ramai tetamu.Masa ni memang seronok lah nak makan pun.Pilihan makanan pun masih banyak.Hihihi.Tak terlalu sesak dengan orang ramai.Cuaca pun takdelah panas sangat.
Ala,gambar masa pergi ke open house ni takde lah pula.Sebab tengah enjoy dengan menu-menu yang best lah katakan.Sehinggakan terlupa nak keluarkan smartphone.Tetapi kan, atas menghormati tuan rumah pun iye juga.Sebabnya tuan rumah dah cakap jangan VIRAL.jadinya takdelah nak bergambar pun.Hhihihi
rumah last selepas open house
Jika diikutkan,runsing juga nak pergi open house ni tau.Maklumlah,anak-anak tengah membesar.Memang aktif lah.Risau juga macam-macam berlaku semasa di open house nanti,tetapi alhamdulillah.Anak-anak masih terkawal lagi. Takde apa-apa yang pelik mereka buat. Mungkin anak-anak dah besar sikit kot. Makan pun boleh dengan senang hati,hahaha.Takde gangguan dari anak-anak yang menangis.
Furqan photo boom
Rumah ke-2 Open House
Rumah ke-2 Open house.Panas pula masa ni tau.Jam 2 petang,fuhh! menitis-nitis peluh ketika ini tau. Tak seronok sangat keluar time macam ni.Boleh hilangkan mood beraya tau.Tetapi takpe,makan punya pasal.Kita senyum sahaja.Makan FREE,tak baik kita tolak tau.Ahaks!! Tengoklah tu,muka mama dan Furqan pun tersenyum lebar. Abaikan muka Ina yang tak cantik tuu.
anak tuan rumah
Sempat lah welfie bersama anak tuan rumah sebelum balik.Penat agaknya anak tuan rumah ni,sampaikan dah tak larat nak senyum.Hihihihi..
Rumah last ni,anak bongsu dah mula buat muka boring.So,memang kena ajak dia welfie.Hihihi.Rumah last ni kat Sungai Lembing.Agak jauh sedikit antara jarak 2 buah rumah open house ini.
Tersesat ke T-BOX Sungai Lembing pula
Welfie bersama mak
Jika korang perasan,posting Ina di Facebook dan Instagram mana adanya post gambar satu badan kan? Ina rasa tak confident tentang fizikal Ina.Yerlah,kurus kan? Nanti adalah makcik bawang cakap,tak cukup makan pula. Mereka complaint terlalu kurus,tak cantik lah kan. Haihh!
JODOH.. dimana kamu? Opss~ Ni adik Ina
Adik Ina yang muka hampir menyerupai Ina ni.Kadang-kadang anak bongsu pun boleh terkeliru.Ahaks! Itu pun sebab Furqan baru bangun tidur,masih mamai lagi kan.
Kali ini,gambar kurang berkualiti sebab ianya diambil melalui smartphone.Bukannya dari ka,era sony alpha Ina tu.Lupa pula nak cas bateri dia..haihh~
Akhir kata,terima kasih kepada tuan rumah yang menjemput kami seisi keluarga datang ke open house korang.Menu semua sedap-sedap,banyak betul pilihan makanan.Dari makanan berat sehinggalah dessert.
The post Sakan Beraya di 3 Buah Open House appeared first on .
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://nurimanqhaisara.com/open-house/