Saje Cerita Cerita Bab Menu Juadah Raya Haji 2019




Hari ahad yang akan datang dah Raya Haji. Lagi beberapa hari je lagi. Tahun ni raya Haji balik Air Hitam, Jempol rumah mak abah saya. Tadi telefon mak saya sembang-sembang masa saya turun ke luar dari bangunan opis lepak kat luar bagi nak hilangkan kesejukan angin winter dalam office mak saya cerita buah manggis dah kemain meriah masak ranum. Bulan lepas pulasan mak abah kemain meriah berhasil. Puas saya anak beranak makan pulasan. Siap bawak balik Puchong 2 plastik beg 5kilo.

Dapat juga saya kongsikan rezeki buah pulasan kampong saya haritu dgn bos kat office. Segan juga saya ni, bos saya ni rajin bagi saya macam-macam ole-ole. Kadang² onigiri pun dia bagi.. hahahaha sweet kan bos aii. Nak-nak kalau dia outstation, memang rajin dapat ole-ole beliau. Sesekali nak juga peluang saya pula yang bagi rezeki saya kat encik bos saya. Serasa macam seronok bukan kepalang rasanya kalau kita dapat buat macam tu.

Raya Haji kali ni sok misi makan manggis la ni nanti ni. Eh, langsat pun ade juga la saing manggis Bersiap sedia la saya ni nanti mengait buah manggis dan langsat. Semua pokok-pokok tu tinggi-tinggi melangit. Memang kena guna galah untuk petik buah-buah tu. Rasanya awal bulan depan ke atau hujung bulan ni ke rasanya turn buah rambutan pula yang masak ranum. Pokok buah-buahan mak abah saya ni amik turn nak bagi kami puas menikmati buah-buahan tempatan kat kampong masak ranum. Dorang ni tak bersaing masak sekali harung..rilek-rilek je masak ikut giliran.

Masa on the phone dengan mak tu saya ni kalau bergayut telepon dengan mak tak sah tak jam-jam lamanya masuk gak cerita-cerita bab menu raya haji nanti. Bincang bincang la nak masak apa ya untuk raya ni. Saya pun suggest la “kita masak nasi dagang dengan nasi minyak la mak, haritu akak pergi makan nasi dagang kedai yang tganu asli katenye tu.. akak anak beranak kena sakit perut…”. Mak saya sokong idea saya.
Ketupat kita masak sikit je nanti.. dalam 20 biji ke, cukup la kott... Rendang daging memang confirm ade. Itu padan dengan ketupat!
So kari ayam tak payah la.. kita ganti kurma ayam.. nasi dagang dah tentu padannya kari ikan tongkol.
Nasi minyak tu kita laukkan ayam masak merah dan ayam masak kurma, sape nak makan dengan rendang, rendang daging memang dah kita masak. Boleh la ambik rendang daging yg sedia ade untuk ketupat tu. Takyah banyak kare rendang.
Lodeh dan sambal kacang mesti kena ade. 2 bende ni wajib, Barulah nama raya!
Rendang daging, kuah lodeh dan sambal kacang untuk padan dengan ketupat. Ya ampunn… sedapnya la hai semua-semua menu ni..dah terbayang-bayang kelazatannya…

Itu je la rasanya menu kami masa raya haji nanti. So kat sini saya amik kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua, selamat bercuti dan semoga perjalanan kita selamat dan dimudahkan pergi dan balik ke kampong halaman atau ke mana saja destinasi yang dituju.

Oh, gambar makanan bawah ni gambar masa berbuka puasa dua bulan lepas.  Menu raya in advance mak abah saya masak untuk saya. Awal Seminggu  dah ade ketupat. Hihihihi.. Raya pertama aidilfitri tahun 2019 yg lalu turn balik raya ke Dungun, kampong suami tercinta aii.. itu pasal yang makan lauk raya in advance seminggu..



meriah kan menu kami untuk berbuka puasa. Dah memang lauk raya dah. Saya dengan mak saya memang macam tu.. kalau saya balik, confirm macam-macam je aktiviti masak kitaorang buat. Rasanya sejak saya sekolah rendah lagi mak saya ni rajin heret saya masak.. masa tu STRESS tahap meroyan je hati saya memberontak tak suka! Tapi berkat heretan mak saya tu lah yang buat kan saya saya pandai masak sampai ke sekarang ni. Terima kasih mak! I love you!







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.zulieta.com/2019/08/saje-cerita-cerita-bab-menu-juadah-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita Raya Aidilfitri 2019 Saya Di Dungun

Cerita Raya Aidilfitri 2019 Saya Di Dungun

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 561 hits
Assalammualaikum wbt Baru je berlalu raya Aidiladha weekend yang lepas Baru teragak nak update cerita raya aildilfitri saya Saya dan suami sejak awal kahwin lagi kami praktik kan system giliran hari raya pertama Tapi dua dua belah wajib bal...
Jakel Mall Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Jakelstore My

Jakel Mall Melancarkan Koleksi Baju Raya 2019 Bersama Duta Jakel Jakelstore My

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 510 hits
Setiap tahun Jakel Mall memang sangat terkenal dengan fesyen baju raya terkini up to date dan menarik untuk kita membeli baju raya di sini Bukan baju raya sahaja malah segala kain pasang sampin kain untuk langsir carpet pun turut jual di Ja...
Kisah Raya Haji

Kisah Raya Haji

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 498 hits
Assalamualaikum Salam Aidiladha untuk semuaaaaa Sorry sebab dah jarang jarang update blog sebab memang I busy sangat sekarang But I akan cuba untuk update dengan nkorang as much as I can OK Lagipon ni musim cuti Raya Haji and ramai sambung ...
Cerita Bulan Ini 2019

Cerita Bulan Ini 2019

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 356 hits
AssalamualaikumAlhamdulilah dan terima kasih ya Allah 1 Hari Puteri Peringkat Negeri Selangor 2019 2 Bengkel terknik menjawab soalan UPSR Siri 2 20193 Menemani mak tersayang Semoga ALLAH memberikan ku kekuatan dalam urusan hidup dunia dan a...
Raya Eid Fitri Sebulan 2019

Raya Eid Fitri Sebulan 2019

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 294 hits
SEBULAN SYAWAL 1440HMENGHADIRI JEMPUTAN RAYA BERSAMA TEMAN TEMAN AHLI KELUARGAJEMPUTAN BANK RAKYAT MERGONGDI MAJLIS BERAYA RUMAH PN JUNAIDAH BERAYA LAGI REUNION ALUMNAI SAS DI TH HOTEL21 JUN 2019FOTO FOTO KENANGAN TEMAN TEMAN LAMABERSAMA IS...
Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah Dan Sayur Campur

Masak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah Dan Sayur Campur

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 1203 hits
hai assalammualaikumMasak Bersama Keluarga Di Hari Raya Aidiladha Menu Kari Daging Ayam Berempah dan Sayur Campur Seronok bila masing masing berkumpul dekat rumah mak Bila semua ada part masak memasak sorang ambil satu menu hahaa Tu yang na...
Simulasi Haji Cilik 2019 Si Kecil Naik Haji

Simulasi Haji Cilik 2019 Si Kecil Naik Haji

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 429 hits
Program Simulasi Haji Cilik bagi tadika swasta Daerah Hulu Langat telah memberikan satu pengalaman baru dan pembelajaran Rukun Islam ke 5 Haji Cilik 2019 dedah aktiviti haji Antara aktiviti yang dilakukan ialah tawaf saie melontar jamrah da...
13 14 Aug 2019 Menu Diet

13 14 Aug 2019 Menu Diet

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 421 hits
13 8 2019 TuesdayBF Air KosongLunch Makan kat kedai Nasi Putih Ikan Kari TaugehDinner Telur Kacang tak tahu nama sayur samosa pelik tak habis dekat mana ntah member office beli Menu tak clean 14 8 2019 WednesdayBF Juice Apple Celery Bitterm...
Raya Haji Di Tepi Pantai Di Tengah Bandaraya Kuching

Raya Haji Di Tepi Pantai Di Tengah Bandaraya Kuching

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 992 hits
Salam Raya Aidiladha 2019 Tahun ni macam biasa tak balik kampung bila raya haji Raya haji tak terasa sangat kalau tak balik lain la kalau raya puasa tak balik nangis la huhuhu Lagipun jauh dari Borneo nak balik meredah orang ramai di KLIA j...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang