Cerita Raya Aidilfitri 2019 Saya Di Dungun
Assalammualaikum wbt..
Baru je berlalu raya Aidiladha weekend
yang lepas. Baru teragak nak update cerita raya aildilfitri saya. Saya dan
suami sejak awal kahwin lagi kami praktik kan system giliran hari raya pertama.
Tapi dua-dua belah wajib balik raya. Cuma di hari Raya Haji kami akan balik
sehala satu pihak sahaja tapi tetap termasuk dalam system giliran. Misal kata
tahun ni raya pertama kat Dungun, Raya Haji nanti memang turn balik kampong saya
di Negeri Sembilan.haaa macam tu.. dalam 15 tahun kahwin ni, ada sekali la kami
tak balik dungun walaupun masa tu sepatutnya turn balik Dungun. Sebab raya haji
dalam tengah minggu. Memang tak dapat le nak balik Dungun nya pun. Anak-anak
sekolah lak tu.
Kiranya adil la untuk dua belah pihak bila
raya-raya ni. Cuti sekolah atau public holiday yang panjang pun kami akan ikut
turn juga balik kampong.. takde nye der manjang je la nak balik kampong ko
jer..asik-asik kampong ko asik-asik kampong ko.. aku ni takde kampong ke?takde
mak bapak?takde keluarga? Ha gitu kekdahnya..
kalaulah minggu depan tu ada cuti panjang
sabtu ahad bersanggit dengan isnin selasa lak cuti tu kami plan nak balik
dungun, seminggu atau dua minggu sebelum nya kami akan balik kampong negeri Sembilan
lebih dahulu.
So meh la saya tepek gambar raya saya,
di Dungun with the whole family of Mertua ku.
Tak faham saya ada orang yang terlalu melampau
yang terlalu obses nak balik kampong dia je setiap kali cuti sekolah dan cuti²
perayaan.. pada saya pasangan yang sejenis macam ni amat-amat selfish, yang si
partner nya tu pulak bodoh mengikut kan aje si samdol ni.. ko kena ingat, kahwin
ni melibatkan dua buah keluarga yerrr. Pandai-pandai lah tolak ansur dan
gilir-gilir balik kampung ke kedua-dua pihak keluarga bila cuti perayaan. Jangan
lah melampau asik-asikkkk nak balik negeri ngko je. Masa Raya aidilfitri, raya
pertama siang je kat rumah mak bini. Malam nya ko dah memecut balik rumah laki
sampai raya ke lima ko stay rumah laki ko tu.. apehal? Huh geram kakak di
buatnya!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zulieta.com/2019/08/cerita-raya-aidilfitri-2019-saya-di.html