Raya Haji Di Tepi Pantai Di Tengah Bandaraya Kuching
Salam Raya Aidiladha 2019. Tahun ni macam biasa tak balik kampung bila raya haji. Raya haji tak terasa sangat kalau tak balik, lain la kalau raya puasa tak balik nangis la huhuhu.
Lagipun jauh dari Borneo nak balik meredah orang ramai di KLIA, jem yang tak sudah di KL nun serabut haha. So kitorang decide nak jalan-jalan bercuti ke tepi pantai dan bandar je.
Mandi kolam itu dah pasti. Cantik Gunung Santubong, tapi tinggi lagi Gunung Kinabalu. Love natural
Untuk cuti beberapa hari ini kitorang stay di Damai Beach Resort Santubong. Dalam 40 minit dari bandaraya Kuching. Nak cari laut kena pergi jauh dari bandar tak sama macam di Kuantan, KK, PD dll. Di Kuching ni pantainya ok cuma tak secantik pantai di Sabah yang memang pergghhh biru air laut.
Menanti sunset sambil bermain pantai.
Main tak ingat sampai nak ambil gambar pun tak layan hahaha
Pantai Damai ni dekat je dengan Kampung Budaya sebelah menyebelah. Semuanya dekat-dekat sini
Selfie itu mesti
Berjaya main tanam-tanam
Joging di tepian pantai. Best
Ada banyak pilihan hotel, ada bangunan dan rumah sebuah-sebuah ikut harga.
Damai Beach Resort ni dekat dengan sebuah lagi resort yang orang kata pantai dia cantik lagi tapiii orang kata Resort tu berhantu iaitu Damai Puri. Ada yang cakap check in jam 1 petang, jam 7 petang dah check out tak tahan kena kacau punya pasal. Hahaha entahlah. Tapi kalau nak bawa baby tak digalakkan lah sebab tempat dekat dengan hutan
Main sumpit eksyen jer
Sambil celebrate hari lahir isteri tercinta. Cuma breakfast di hotel ni agak kurenggg sikit dan tak banyak pilihan. Ikot selera orang putih kot sebab memang banyak pelancong asing di sini
View dari hotel gym. Buat senaman sikit
Lepas tu jalan ke bandar Kuching pula
Bergambar di mercu tanda bandaraya Kuching. Macam tak biasa datang sini je padahal selalu je lalu sini
Nak bergambar kena bergilir dengan orang lain sebab sentiasa ramai orang tak kira siang malam pelancong nak ambil gambar
Stay si Riverside Majestic Hotel Kuching pula hari ke 3 dan 4
Hotel Riverside ni betul2 di tengah bandaraya Kuching. You can see nice view of Sungai Sarawak and the golden bridge from the top
Cuti tapi senam jangan lupa. Hotel gym is a must visit sebab dah makan macam2 mesti kena burn kalori
Lepas breakfast jom mandi kolam
Hotel yang berpatutan dan makan sarapan lebih banyak pilihan. Laksa Sarawak dia the best tak rasa macam makan kari. Eh misai hilang
Yang menariknya Riverside Majestic Hotel ni dia sediakan side makan ringan2 dan minum kopi tak kira waktu dekat level 17, anytime boleh datang jimat duit beli makan hehe
Salam aidiladha 2019. Letih nak taip panjang2 kalau ikut banyak lagi nak certita sebagai kenangan di sini. Better simpan sini dari fb dan ig untuk penerangan panjang lebar untuk tatapan masa akan datang.
Balik rumah nanti mesti dapat daging korban. Ok jom sambung cuti. Datang lah ke Kuching a place with diversity full with wonder dan natural
Bersambung..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikguzim.blogspot.com/2019/08/raya-haji-di-tepi-pandai-di-tengah.html