Simulasi Haji Cilik 2019 Si Kecil Naik Haji
Program Simulasi Haji Cilik bagi tadika swasta Daerah Hulu Langat telah memberikan satu pengalaman baru dan pembelajaran Rukun Islam ke-5. Haji Cilik 2019 – dedah aktiviti haji Antara aktiviti yang dilakukan ialah tawaf, saie, melontar jamrah dan bertahallul. Rukun Islam ke-5 ini mudah dilakukan secara praktikal berbanding sekadar penerangan guru dalam kelas secara normal dan kebiasaan. Semalam satu memori baru yang indah telah direkodkan dalam minda si kecil. Mereka merasai sendiri bagaimana mengelilingi Kaabah apabila dikehendaki membuat perbuatan sama walaupun hanya dengan menggunakan Replika Kaabah. Simulasi haji cilik sebagai satu pendedahan Ianya sebagai gambaran berada di Tanah Suci Mekah. Di dalam hati mereka, menyimpan impian besar. Jika sebelumnya hanya menyaksikan di tv, tetapi semalam mereka merasai sendiri pengalaman tersebut. Si Angah dengan kakak balik rumah punya excited. “Dah haji dah hajiii..” Kiranya raya haji tahun ini, 2 orang inilah paling rasa kot. Kalau tengok kat tv even berita pun, dua orang inilah yang super excited. Bagus, harap tahun mendatang pun boleh buat program macam ini untuk anak-anak. Program ini dan kesannya pada anak-anak : Sejak 2 minggu sebelum program, anak-anak dah teruja dengan program ini. Anak cepat belajar – belajar dalam suasana yang menyeronokkan memberikan satu emosi yang sangat baik dalam perkembangan minda anak. Mereka cepat belajar dan menghafaz Belajar berdikari – Apabila anak-anak menyertai program luar seperti ini, mereka lebih cepat belajar berdikari dan berkawan. Rakan-rakan sekeliling mereka secara tidak langsung memberikan mereka satu ‘energy’ keberanian dan yakin diri dalam suasana yang panas dan ramai dengan orang. Melatih sikap sabar – Dalam program ini, walaupun hanya simulasi ianya sesuai dengan peringkat umur anak. Suasana panas, dahaga dan berhimpir melatih diri anak bersabar dalam apa juga situasi. Mereka belajar adaptasi suasana dalam keadaan yang tidak mereka duga dan tidak ada pergantungan dengan adik beradik dan ibu ayah. Displin – Setiap kali pelajaran luar kelas, anak-anak perlu lebih disiplin. Maka, setiap butiran perkataan cikgu adalah perkara yang wajib anak-anak ikuti. Ini mengajar anak-anak lebih ‘alert’ dan berdisiplin. Mudah-mudahan inisiatif yang telah diambil ini akan membentuk generasi ummah yang sentiasa memahami tuntutan agama. Galakan dan juga sokongan ibu bapa antara penyumbang kejayaan sesuatu program.
The post Simulasi Haji Cilik 2019 – Si kecil naik haji appeared first on UmmiNani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2019/08/simulasi-haji-cilik-bagai-pergi-ke-mekah-betul-betul/