Sajada Inovasi Tikar Sembahyang Membantu Kanak Kanak Belajar Solat


Ketika banyak pihak lebih memfokuskan untuk menghasilkan bahan bacaan pendidikan Islam, zikir dan al-Quran digital untuk manfaat kepada kanak-kanak, Little Fateh Sdn Bhd mengambil keputusan menghasilkan sejadah.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Faqimi Mohd Fauzi berkata, produk yang dihasilkan ialah Sajada iaitu sejadah luar biasa yang lebih praktikal dan interaktif untuk mengajar kanak-kanak bersolat.

Menurutnya, sejadah tersebut dilengkapi dengan bacaan dalam solat yang dapat membantu kanak-kanak menunaikan solat.

"Kami menghadapi pelbagai cabaran sebelum menghasilkan produk ini kerana ia memerlukan ketelitian dan penjagaan rapi. Ia didatangkan dua alat iaitu sejadah dan peranti yang mengalunkan bacaan dalam solat.

"Saya melakukan kajian yang mendalam mengenai bacaan yang perlu diselarikan dengan pergerakan dalam solat. Lebih 10 kali saya melakukannya untuk mendapatkan Sajada yang betul-betul menepati permintaan pelanggan," katanya.

Bagaimanapun, ia tidak mematahkan semangatnya bersama rakan-rakan lain kerana mahu menghasilkan sesuatu yang boleh membantu orang ramai terutamanya yang mempunyai kekangan masa dan tidak sempat mengajar anak bersolat.

"Sejadah ini dalam proses mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Malaysia," katanya.

Latih kanak-kanak solat

Ahmad Faqimi berkata, walaupun mempunyai latar belakang akademik dalam bidang komunikasi, dia mahu membantu masyarakat di negara ini untuk bersolat.

"Ramai yang menerbitkan bahan dan panduan bersolat. Saya mahu melakukan sesuatu yang unik dan memilih sejadah biasa untuk diubah menjadi luar biasa.

"Kami mahu mengeluarkan satu produk inovasi untuk membantu umat Islam di Malaysia, belajar mengenai solat terutamanya kanak-kanak.

"Seawal usia anak lima tahun, mereka sudah menghafal langkah-langkah untuk solat dan mengingati setiap surah untuk dibacakan ketika solat.

"Sekiranya anak-anak tersilap pergerakan, ‘smart sensor’ akan kesan kesalahan dan seterusnya akan berbunyi 'beep' menandakan adanya kesalahan," katanya.

Menurutnya, Sajada disediakan dengan lima waktu solat untuk dipelajari, lebih lengkap dan memudahkan, malah dilengkapi dengan sistem 'Rakaat Counter' untuk mengingatkan jumlah rakaat ketika solat.

"Ia mengandungi 24 surah pendek untuk membantu menghafal bacaan ketika solat.

"Untuk mendapatkan arah kiblat yang betul, kami turut menyertakan kompas kiblat dalam sejadah ini," katanya.

Menariknya, alunan bacaan dalam solat tersebut adalah daripada qari terkenal.

"Sajada ini merupakan inovasi pertama yang pernah dihasilkan untuk mengajar cara untuk bersolat, dilengkapi sensor solat yang mana di bawah lapisan sejadah mempunyai sistem sensor yang mampu mengesan setiap pergerakan solat.

"Sajada disesuaikan kepada kanak-kanak berumur 4 sehingga 8 tahun, boleh didapati di rangkaian pengedar kami di seluruh Malaysia," katanya.

Dilengkapi 'smart panel'

Cara penggunaannya, ia tidak perlu disambungkan kepada elektrik kerana Sajada dilengkapi 'smart panel' yang hanya perlu diaktifkan dengan bateri bersaiz 2A.

"Ia berfungsi apabila kaki mula diletakkan di atas sejadah, sensor di bawah lapisan sejadah akan mengesan dan smart panel mula menunjukkan langkah-langkah untuk bersolat," katanya.

Walaupun berada dua bulan dalam pasaran tempatan dan luar negara antaranya Singapura dan Brunei, Sajada terjual 700 unit dengan harga RM299 setiap satu.

"Alhamdulillah, kami menerima tempahan di luar jangkaan. Setakat ini, kami tidak menerima tempahan kerana tidak mampu memenuhi permintaan tinggi.

"Kami akan buka tempahan semula dalam masa terdekat.Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan Sajada," ujarnya.

Katanya, syarikat menyasarkan jualan 100,000 unit Sajada di pasaran tempatan, Singapura, Indonesia dan Emeriyah Arab Bersatu.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kisah Sedih Anak Bunuh Diri Guna Telekung Yang Mak Ayah Wajib Baca!Dosa Besar Lalu Di Hadapan Orang Bersolat
sumber: sinarharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2016/10/sajada-inovasi-tikar-sembahyang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cradle Memperkenalkan Dua Geran Pelaburan Dalam Membantu Syarikat Pasarkan Inovasi Dengan Pantas

Cradle Memperkenalkan Dua Geran Pelaburan Dalam Membantu Syarikat Pasarkan Inovasi Dengan Pantas

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 296 hits
Cradle Fund salah satu badan pelabur yang sedia melabur pada sejumlah syarikat teknologi tempatan kini telah memperkenalkan dua lagi program pelaburan baru dalam bentuk geran iaitu CIP Ignite dan juga CIP Accelerate Kedua duanya ditawarkan ...
Terkini Kanak Kanak Dan Pesakit Bergejala Tidak Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau Menteri Agama

Terkini Kanak Kanak Dan Pesakit Bergejala Tidak Dibenarkan Solat Di Masjid Dan Surau Menteri Agama

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 542 hits
Dalam satu sidang media menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkaitan hal ehwal agama Islam di Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ini Untuk menjaga kesejahteraan umat Islam ker...
Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak

Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 412 hits
Jemaah Turki Terus Khusyuk Tunai Solat Jumaat Dalam Hujan Lebat Bikin Sebak Disebabkan pendemik Covid 19 yang melanda dunia rumah ibadat termasuk masjid telah ditutup buat sementara daripada dikunjungi oleh orang ramai untuk beribadah Namun...
Solat Fardu Berjemaah Ceramah Di Pulau Pinang Dibenarkan

Solat Fardu Berjemaah Ceramah Di Pulau Pinang Dibenarkan

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 437 hits
Bilangan jemaah solat fardu solat jenazah bukan pesakit Covid 19 kuliah dan ceramah di Pulau Pinang yang dibenarkan mulai esok perlu mengikut keluasan ruang solat masjid atau surau Ia juga dilaksanakan dengan mengambil kira penjarakan sosia...
Pulau Pinang Tidak Lagi Hadkan Jumlah Jemaah Solat Bersandar Jarakan Sosial

Pulau Pinang Tidak Lagi Hadkan Jumlah Jemaah Solat Bersandar Jarakan Sosial

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 391 hits
GEORGE TOWN 23 Jun Pulau Pinang membenarkan solat fardu berjemaah solat Jumaat solat sunat Aidiladha dan solat jenazah bukan pesakit COVID 19 serta aktiviti kuliah disertai bilangan jemaah mengikut keluasan ruang solat masjid dan surau meng...
S Pura Dah Buat Solat Jumaat 2 Sesi Malaysia Baru Kaji

S Pura Dah Buat Solat Jumaat 2 Sesi Malaysia Baru Kaji

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 498 hits
Semalam Ismail Sabri berkata Kerajaan akan memikirkan jika Solat jumaat dilakukan lebih dari satu sesi Untuk Pengetahuan Ismail Sabri di Singapura sejak minggu lepas Mufti Singapura dah diumumkan Solat Jumaat Di Singapura akan dilakukan sek...
Kuatnya Iman Mereka Foto Jemaah Teguh Menunaikan Solat Jumaat Ketika Hujan Buat Netizen Sebak

Kuatnya Iman Mereka Foto Jemaah Teguh Menunaikan Solat Jumaat Ketika Hujan Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 537 hits
Kebanyakkan negara telah mula melonggarkan peraturan dan membuka semula premis premis dan tempat beribadat selepas sekian lama menutup untuk mengawal wabak C0vid 19 Menurut di Turki mereka bersolat Jumaat di masjid masjid yang ada dataran l...
Perak Benar Solat Sunat Aidiladha

Perak Benar Solat Sunat Aidiladha

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 405 hits
Noor Hidayah TanziziSULTAN Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan untuk membenarkan solat sunat Aidiladha diadakan secara berjemaah di masjid dan surau 31 Julai ini selepas mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Ke...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan