Perak Benar Solat Sunat Aidiladha


Noor Hidayah Tanzizi

SULTAN Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan untuk membenarkan solat sunat Aidiladha diadakan secara berjemaah di masjid dan surau, 31 Julai ini selepas mendapat pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Shahrul Azam Shaari berkata, jumlah jemaah yang dibenarkan berdasarkan had kapasiti keluasan ruang utama dewan solat dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan jarak satu meter antara jemaah.
Menurutnya, pelaksanaan solat sunat Aidiladha juga dibuka kepada muslimah di ruang khas yang disediakan dan kehadiran hendaklah bersama mahram.
"Memandangkan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat dan selaras dengan ketetapan ulil amri (pemerintah), adalah ditegaskan bahawa solat Jumaat wajib dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun katanya, solat sunat Aidiladha dan solat Jumaat hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia ketika ini.
"Identiti para jemaah yang datang untuk bersolat hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang solat," katanya.
Beliau berkata, hanya ibadah korban yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid dan surau dibenar untuk dilaksanakan pada 31 Julai hingga 3 Ogos ini dengan lokasinya terhad di kawasan halaman masjid dan surau.
"Kebenaran ini juga diberikan terhad dengan berasaskan permohonan dan kelulusan pihak berkuasa agama negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta tertakluk kepada pematuhan garis panduan.
"Kehadiran semasa melaksanakan aktiviti ibadah korban juga hanya dibenarkan kepada warganegara Malaysia. Maklumat peserta dan petugas yang melaksanakannya hendaklah disemak dan direkodkan sebelum dibenarkan masuk ke ruang penyembelihan serta pengagihan," katanya.
Shahrul Azam berkata, Jabatan Agama Islam Perak akan mengeluarkan satu garis panduan pelaksanaan solat sunat Aidiladha dan aktiviti ibadah korban kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Kariah masjid dan surau di negeri ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/06/perak-benar-solat-sunat-aidiladha.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perak Benar Solat Jemaah Solat Jumaat Ikut Kapasiti Keluasan Dewan Solat

Perak Benar Solat Jemaah Solat Jumaat Ikut Kapasiti Keluasan Dewan Solat

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 365 hits
IPOH 16 Jun Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memberi perkenan bilangan jemaah yang dibenarkan menghadiri solat fardu berjemaah dan solat Jumaat berasaskan kepada had kapasiti keluasan sebenar ruang utama dewan solat dengan menetapkan jarak s...
Cara Solat Sunat Kusuf Gerhana Matahari

Cara Solat Sunat Kusuf Gerhana Matahari

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 750 hits
Cara Solat Sunat Kusuf Gerhana Matahari Pada 21 June 2020 kita sekali lagi akan menyaksikan gerhana matahari Separa atau disebut Gerhana Matahari Kusuf Apa The post appeared first on
Perlis Benar Warga Emas Solat Berjemaah Mulai Sabtu

Perlis Benar Warga Emas Solat Berjemaah Mulai Sabtu

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 363 hits
Raja Muda perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra berkata kebenaran itu terhad kepada masjid di seluruh negeri itu dan tidak melibatkan surau KANGAR Perlis memberi kelonggaran jemaah berumur 60 tahun ke atas menunaikan solat Jumaat dan solat 5 w...
Jawi Anjur Solat Sunat Hajat Untuk Palestin

Jawi Anjur Solat Sunat Hajat Untuk Palestin

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 346 hits
BANGI 22 Syawal 1441H Ahad Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan menganjurkan majlis solat sunat hajat doa selamat dan Qunut Nazilah dalam masa terdekat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk DrZulkifli Mohamad Al
Amalan Solat Sunat Sebelum Subuh

Amalan Solat Sunat Sebelum Subuh

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 812 hits
Amalan ini saya dapat daripada seorang di Kuala Krai Kelantan semasa menziarahinya Insya Allah semoga kalian dapat banyak manfaat dari perkongsian saya kali ini 1 Ambil wudhuk2 Niat Aku Solat Sunat Sebelum Subuh 2 Rakaat Kerana Allah Ta ala...
Cara Menunaikan Solat Sunat Hajat

Cara Menunaikan Solat Sunat Hajat

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 678 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar buat semua pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kali ini adalah perkongsian mengenai Solat Sunat Hajat In shaa Allah dalam entri kali ini aku akan berkongsi dengan anda segala yang and...
Sultan Johor Benar Solat Jumaat Lima Waktu Berjemaah

Sultan Johor Benar Solat Jumaat Lima Waktu Berjemaah

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 376 hits
SULTAN Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat dan lima waktu secara berjemaah di negeri itu Kebenaran tersebut terpakai sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan di s...
Perlis Benarkan Solat Aidiladha Ibadah Korban

Perlis Benarkan Solat Aidiladha Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 1890 hits
KANGAR 25 Jun Perlis membenarkan ruang solat dan perkarangan masjid di seluruh negeri ini dibuka sepenuhnya dengan syarat ia mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku ...
Tidak Sah Solat Baca Al Fatihah Dalam Hati

Tidak Sah Solat Baca Al Fatihah Dalam Hati

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 1103 hits
Membaca Surah Al Fatihah merupakan salah satu daripada rukun rukun solat dan kita memang akan membaca ummul kitab itu tatkala menunaikan solat namun dari segi lafaz berkenaan kadangkala kurang jelas didengari di telinga sendiri Bahkan ada s...
Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Kkv Alamanda

Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Projek Terakhir Sebelum Meninggal Dunia Kim Saeron Tampil Dalam Mv A World Without Pain

Ramai Yang Skeptikal

The Best Dispensary In Torrance Paints Relaxation With Every Vape And Bite

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Buasir Otak Tv Perempuan Bersenam Setiap Hari Nampak Lebih Muda Be Like


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Cara Elak Mengantuk Selepas Makan

Tambah Mesin Pengimbas Kargo Diperlukan

Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula Zulin Aziz Tuju Pada Siapa

Ugutan Guna Senjata Polis Rampas Mohon Batal Permit Adun Hulu Kinta

Sprm Mahu Kepercayaan Rakyat Dalam Banteras Rasuah Bebas Sahaja Tak Mencukupi

Kebakaran Asrama Fadhlina Sidek Segerakan Bantuan Buat Smk Tinggi Setapak