Saiyidatina Khadijah Isteri Rasulullah Adalah Dari Alam Melayu


Khairil Asyraf





Ada satu video seorang Prof yang tersebar mengatakan bahawa Saiyidatina Khadijah isteri Nabi Muhammad itu adalah berasal dari alam Melayu. Hujahnya begini :


1) Penulis Arab tak tulis detail pasal Khadijah
2) Khadijah seorang yang kaya
3) Orang kaya mesti ada emas
4) Untuk ada emas, orang itu mestilah datang dari alam Melayu
5) Kesimpulannya, Khadijah orang Melayu


Hujah beliau ini terlalu amat dangkal. Point-point beliau untuk membuat kesimpulan sebegitu hanyalah sekadar “cocoklogi” semata-mata. Berikut merupakan sanggahan saya terhadap hujah-hujah beliau :


1) Orang Arab memang begitu menjaga nasab mereka. Apatah lagi Saiyidatina Khadijah seorang wanita yang masyhur ini, pastilah lebih jelas asal usulnya dalam kalangan orang Arab. Beliau adalah seorang wanita dari golongan bangsawan Quraysh di Mekah. Nasab beliau ialah, Khadijah bint Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin Fihr al-Quraysh. 


Saiyidatina Khadijah adalah isteri pertama Rasulullah dan menurut para ulama Sunni, beliaulah yang melahirkan 6 daripada 7 anak Rasulullah iaitu Qasim, Abdullah, Zaynab, Ruqayyah, Ummu Kulthum dan Fatimah. Daripada Saiyidatina Fatimah yang berkahwin dengan Saiyidina Ali ini pula lahir Saiyidina Hassan dan Saiyidina Hussein yang merupakan induk kepada seluruh Ahlul Bayt.


Tidak cukup dengan itu, para ulama Sirah juga mencatatkan bahawa Saiyidatina Khadijah memiliki sepupu yang merupakan Ahli Kitab yang kemudiannya beriman kepada kerasulan Nabi Muhammad iaitu Waraqah bin Nawfal bin Asad. Waraqah inilah yang mengesahkan tanda-tanda kenabian pada Nabi Muhammad setelah peristiwa datangnya Jibril di Gua Hira’.


Jelas sekali bahawa Saiyidatina Khadijah ini seorang Arab Quraysh di Mekah, bukan dari Alam Melayu. Nasab dan identiti Saiyidatina Khadijah ini masyhur bahkan ijmak para ulama Sirah, maka bagaimana mungkin Prof ini mendakwa “penulis Arab tak tulis detail pasal Khadijah”?


2) Benar, Saiyidatina Khadijah seorang yang kaya. Ini menunjukkan identiti beliau bukanlah misteri kerana kita tahu beliau seorang yang kaya. Kekayaan beliau adalah kerana beliau merupakan seorang dari keturunan bangsawan Quraysh yang bergiat dalam bidang perdagangan.


3) Ada emas atau tiada emas bukanlah isu utama. Sepertimana pada point sebelum ini, kekayaan Saiyidatina Khadijah adalah kerana aktiviti perdagangannya. Sudah masyhur dalam Sirah, bahkan tercatat dalam al-Quran iaitu dalam Surah Quraysh, bahawa orang Arab Quraysh di Mekah akan pergi ke Yaman pada musim sejuk dan ke Syam pada musim panas untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Orang Arab Quraysh di Mekah ini menjadi “orang tengah” pada jalur perdagangan yang berpusat di Yaman dan Syam. Dari sinilah mereka mendapatkan kekayaan. 


4) Emas tidak semestinya datang dari Alam Melayu. Bahkan di wilayah Hijaz di semenanjung Arab sendiri adanya tempat yang dikenali sebagai Mahdul Zahab iaitu tempat yang kaya dengan emas. Sejak sebelum zaman Nabi Muhammad lagi orang Arab sudah ada kawasan emas sendiri. Bahkan, di wilayah Yaman, Mesir, Afrika dan lain-lain tempat sekitar semenanjung Arab juga kaya dengan emas. Kita sedia maklum tamadun Mesir yang terkenal dengan sejarah Firaun, Haman dan Qarun itu sendiri kaya dengan emas. 


Dan dengan jalur perdagangan yang wujud, maka bukanlah suatu perkara yang susah untuk orang Quraysh di Mekah untuk memiliki emas. Bahkan pada zaman Rasulullah sendiri telahpun menggunakan matawang Dinar emas. Maka bukanlah setiap perkara yang berkaitan dengan emas, mesti hanya datangnya dari Alam Melayu. Namun sekali lagi, ada emas atau tiada emas, bukanlah point yang utama, dan jika ada emas sekalipun, tidak semestinya berasal dari Alam Melayu.


5) Setelah melihat kepada rapuhnya hujah “cocoklogi” diatas, maka dapat disimpulkan bahawa kenyataan Saiyidatina Khadijah berasal dari Alam Melayu adalah suatu kekarutan sejarah yang teramat melampau. Sebelum ini Prof yang sama mendakwa Keturah adalah isteri Nabi Ibrahim yang berasal dari Alam Melayu. Namun, hujah-hujah rapuh “cocoklogi”nya telahpun saya jawab dalam akhbar sebelum ini. Jika Keturah yang samar identitinya itupun sukar nak dikaitkan dengan Alam Melayu, maka bagaimana pula nak kaitkan Saiyidatina Khadijah yang memang jelas identitinya sebagai seorang Arab Quraysh itu kononnya berasal dari Alam Melayu?


Saiyidatina Khadijah itu Ummul Mukminin. Beliau ialah isteri kepada junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad Rasulullah. Beliau ialah ibu kepada Saiyidatina Fatimah. Beliau ialah nenda kepada Saiyidina Hassan dan Saiyidina Hussein. Keperibadiannya begitu mulia disisi umat Islam. Maka usahlah merobek ketertinggian darjat Saiyidatina Khadijah ini dengan pembohongan sejarah semata-mata ingin menempelkan kemuliaannya kepada bangsa Melayu. 


Sesungguhnya tindakan ini tidak akan menjadikan bangsa Melayu menjadi mulia pun. Sebaliknya, ini akan merosakkan kemuliaan keluarga Rasulullah dan merosakkan sejarah Melayu itu sendiri. Apabila berkait dengan Nabi Muhammad, maka berhati-hatilah agar kita tidak termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi. Melayu itu memiliki sejarah kehebatannya yang tersendiri tanpa perlu dinisbahkan kepada pelbagai fakta-fakta sejarah yang palsu. Menisbahkan sejarah yang palsu untuk kononnya membangkitkan semangat bangsa hakikatnya akan membuatkan bangsa ini semakin lemah dan hanyut dibuai kepalsuan.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/saiyidatina-khadijah-isteri-rasulullah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencari Juadah Masakan Johor Di Belinjo Cafe Setia Alam

Mencari Juadah Masakan Johor Di Belinjo Cafe Setia Alam

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 126 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu com dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Perhatian kepada semua bangsa Johor terutama yang duduk di Lembah Klang ni Kalau korang nak menikmati masakan original Joh...
Sarapan Pagi Nasi Ambeng Di Shah Alam

Sarapan Pagi Nasi Ambeng Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 28/8/2024 - jumlah : 189 hits
Dulu masa zaman belajar di UTM Skudai la belajar makan nasi ambeng ni Pertama kali cuba beli di pasar Ramadan dalam UTM sedapnya Lepas tu beli di pasar malam Bila habis belajar jarang dah makan nasi ambeng ni Nak cari pun area Shah Alam ni ...
Kelestarian Alam Dengan Packaging Mesra Alam Pilihan Bijak Untuk Masa Depan

Kelestarian Alam Dengan Packaging Mesra Alam Pilihan Bijak Untuk Masa Depan

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 113 hits
Dalam era moden ini kesedaran terhadap kelestarian alam semakin meningkat di kalangan pengguna dan perniagaan Salah satu cara utama untuk menyokong usaha ini adalah melalui penggunaan packaging mesra alam Bukan sahaja ia membantu mengurangk...
Blak Blakan Alam Mbah Dukun Berani Tarung Nyalon Di Pilkada Kota Banjar

Blak Blakan Alam Mbah Dukun Berani Tarung Nyalon Di Pilkada Kota Banjar

papar berkaitan - pada 30/8/2024 - jumlah : 135 hits
Keduanya diketahui telah mendaftar ke Komisi Pemilihan Umum Kota Banjar pada Rabu melalui jalur perseorangan
Tempat Misteri Di Dunia Keanehan Alam

Tempat Misteri Di Dunia Keanehan Alam

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 81 hits
Planet kita adalah tempat yang luas dan menakjubkan dipenuhi dengan pelbagai misteri Dari gunung yang menjulang tinggi hingga lembah yang tersembunyi terdapat banyak lokasi yang sukar dijelaskan atau difahami Berikut adalah beberapa tempat ...
Muhammadiyah Janji Akan Kelola Tambang Tanpa Rusak Alam

Muhammadiyah Janji Akan Kelola Tambang Tanpa Rusak Alam

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 57 hits
Kita bisa mengeksplorasi tapi tidak mengeksploitasi Itu saya kira prinsip yang diajarkan oleh Islam kata Mu ti
Pemkot Bontang Libatkan Anak Muda Di Hari Konservasi Alam Nusantara

Pemkot Bontang Libatkan Anak Muda Di Hari Konservasi Alam Nusantara

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 80 hits
HKAN yang diselenggarakan Kementerian Lingkungan Hidup dan Kehutanan Selasa
Ura Pas Dedah Empat Isu Ancam Melayu Bandar

Ura Pas Dedah Empat Isu Ancam Melayu Bandar

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 150 hits
harakahdaily comSeptember 4 2024Akta Pembaharuan Semula BandarDatuk Amzad mendedahkan ancaman kepada Melayu bandarHANG TUAH JAYA Akta Pembaharuan Semula Bandar yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord