Saintis Tegaskan Hutan Gondol Punca Banjir Besar Kerajaan Pahang Nafi Salahkan Hujan


 

KUALA LUMPUR - Ketika pakar menegaskan banjir besar membawa lumpur bukan disebabkan faktor semula jadi, sebaliknya diburukkan aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa, lain pula penegasan pihak kerajaan negeri Pahang.
Kenyataan Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Pahang menyebut hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh negeri itu punca sebenar banjir teruk yang melanda sejak awal tahun baharu ini.
Katanya, faktor itu disahkan menerusi laporan oleh jabatan berkaitan termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pahang, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP).

Kenyataan tersebut sebagai reaksi terhadap laporan muka depan BH semalam, ‘Hutan kena gondol punca banjir berlumpur’ yang menampilkan pandangan saintis yang menolak faktor semula jadi sebagai punca bah teruk membawa lumpur yang melanda negeri Pantai Timur Semenanjung sejak seminggu lalu.
Pakar Geologi Kejuruteraan dan Mekanik Tanah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Nor Shahidah Mohd Nazer menegaskan banjir yang melanda di negeri Pantai Timur Semenanjung, khususnya Pahang tidak akan seteruk sekarang, jika penggondolan hutan terutama aktiviti pembalakan dilakukan secara terancang dan terkawal.
Beliau menyifatkan bencana alam boleh berlaku secara tidak terkawal di Pahang dan Terengganu apabila geomorfologi perbukitan dan berlembah di dua negeri itu kini menunjukkan ciri ketidakstabilan.
Banjir teruk di Pahang menenggelamkan bumbung Sekolah Kebangsaan Chenor.
Bagaimanapun, Pejabat Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Pahang tetap menafikan dakwaan pakar berkenaan.
Dalam masa sama, kerajaan negeri mengakui aktiviti pembalakan masih menjadi sumber ekonomi negeri tetapi ia dilakukan secara terkawal.

“Bukan sebab penerokaan hutan dan tanah, kerana jika benar maka mewajarkan lagi usaha keras Kerajaan Pahang membendungnya seperti yang dilakukan di Raub dan Sungai Ichat dan Lembah Bertam, Cameron Highlands baru-baru ini.
“Rekod taburan hujan antara 1 Disember hingga 10 Januari lalu menunjukkan, Daerah Pekan, menerima purata hujan antara 238 milimeter (mm) dan 136 mm; Kuantan, masing-masing 234 mm dan 144 mm, manakala Maran, daerah pertama dilanda banjir menerima sehingga 935mm pada 3 Januari sahaja,” jelasnya. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/saintis-pertegas-hutan-gondol-punca-bah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

Kerajaan Negeri Pahang Nafi Dakwaan Aktiviti Pembalakan Hutan Gondol Jadi Punca Banjir

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 306 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang dakwa hujan lebat luar biasa hampir serentak di seluruh negeri itu punca sebenar banjir teruk yang melanda sejak awal bulan ini Bagaimanapun pada masa sama kerajaan negeri mengakui aktiviti pembalakan masih me...
Gondol Hutan Berleluasa Punca Banjir Teruk Di Negeri Pantai Timur

Gondol Hutan Berleluasa Punca Banjir Teruk Di Negeri Pantai Timur

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 301 hits
Jika pembalakan berterusan seperti sekarang dijangka banjir tak terkawal melanda setiap tahun KUALA LUMPUR Aktiviti penggondolan hutan yang semakin berleluasa menjadi punca banjir teruk sehingga lumpur kini melanda Pantai Timur Semenanjung ...
Gondol Hutan Kerajaan Pahang Abai Nasihat Pakar

Gondol Hutan Kerajaan Pahang Abai Nasihat Pakar

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 313 hits
Tolonglah bertegas dalam kes penggondolan pencerobohan oleh taikun yang dianggap kebal BANGI Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia meminta kerajaan negeri Pahang tidak terlalu defensif berhubung isu penggondolan hutan dan banjir besar di n...
Staf Pejabat Hutan Jerantut Mangsa Pertama Banjir Pahang

Staf Pejabat Hutan Jerantut Mangsa Pertama Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 538 hits
STAF PEJABAT HUTAN JERANTUT MANGSA PERTAMA BANJIR PAHANG JERANTUT Kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut menjadi korban pertama banjir yang melanda negeri ini sejak Sabtu lalu Mangsa Zulkarnain Hitam 58 ditemui lemas selepas dihanyutkan a...
Hujan Lebat Beberapa Jalan Terpaksa Di Tutup Akibat Insiden Tanah Runtuh Banjir Di Pahang

Hujan Lebat Beberapa Jalan Terpaksa Di Tutup Akibat Insiden Tanah Runtuh Banjir Di Pahang

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 483 hits
KUANTAN Hujan lebat berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa jalan di Pahang terpaksa ditutup akibat tanah runtuh atau dinaiki air Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata Jalan Raub Bukit Fraser ditutup kepada semua ke...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Peruntuk Rm11 Juta Untuk Keperluan Harian Mangsa Banjir

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Peruntuk Rm11 Juta Untuk Keperluan Harian Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 332 hits
nbsp KUANTAN nbsp Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM11 juta untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau ber...
Jokowi Sudah 50 Tahun Kalsel Tak Dilanda Banjir Besar

Jokowi Sudah 50 Tahun Kalsel Tak Dilanda Banjir Besar

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 248 hits
Presiden Joko Widodo mengatakan sudah lebih dari 50 tahun Kalimantan Selatan tidak dilanda banjir Hal itu ia sampaikan saat meninjau dampak banjir Kalimantan Selatan di Kabupaten Banjar Senin Jokowi menyampaikan banjir kali ini terjadi kare...
Isu Di Nafi Bantuan Banjir Penduduk Terkejut Wakil Rakyat Dakwa Ia Fitnah Dan Tiada Asas

Isu Di Nafi Bantuan Banjir Penduduk Terkejut Wakil Rakyat Dakwa Ia Fitnah Dan Tiada Asas

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 286 hits
PEKAN Penduduk Kampung Padang Rumbia dekat sini yang terjejas banjir dan dinafikan hak untuk menerima bantuan daripada PPS terkejut dengan penafian yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bebar Dato Hj Mohammad Fakhruddin Md Ariff yang ...
Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Loud And Rowdy Stg Tracker Scrambles The Yamaha Xv920r


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran

Telefon Pintar Acer Kembali Dengan Super Zx Dan Super Zx Pro

Essential Survival Skills Every Adventurer Should Master