Saifuddin Memang Tak Boleh Harap
Athirah Huda Zalhe
Tugas puji kerajaan tangani COVID-19 patut jadi tanggungjawab Kementerian Komunikasi									  	 	   		 			 			BANGI – Apa yang Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah  buat, sehinggakan tugas yang menjadi tanggungjawab kementeriannya  diambil alih pihak luar, soal Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiyah  Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman.
Beliau  berkata, rakaman video oleh seorang Youtuber luar negara, Dustin  Pfundheller yang memuji tindakan pantas Malaysia memerangi COVID-19  sepatutnya diterbitkan oleh kementerian yang diketuai Saifuddin. 
Malah,  Saifuddin sebagai menteri, sepatutnya cepat membuat penerangan balas  terhadap sebarang manipulasi maklumat atau laporan berkaitan cara  Malaysia menguruskan wabak, sebagaimana yang dilaporkan dalam  dokumentari agensi antarabangsa, Al-Jazeera. 
“Tetapi  Saifuddin sibuk marah staf penyiaran TV Bernama. Segala kemudahan dan  teknologi untuk buat dokumentari ada di kementerian. 
“Saifuddin  memang tak boleh diharap. Dia hanya tahu melompat parti beberapa kali  demi memenuhi hawa nafsu rakusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini. 
18 Mei lalu,  Pfundheller dalam video bertajuk ‘How Malaysia Did the Impossible’  menyenaraikan bagaimana kerajaan dan rakyat Malaysia bekerjasama  memerangi COVID-19 dan menjaga kebajikan orang ramai.
Ia berjaya  menarik tontonan lebih 3.2 juta, namun Facebook telah menyekat capaian  video dan iklan di halaman berkenaan tanpa sebab.
Video itu  ternyata bertentangan dengan laporan dokumentari yang diterbitkan  Al-Jazeera bertajuk ‘East 101: Locked Up in Malaysia’s Lockdown’.
Saifuddin  turut mencetuskan kemarahan ramai apabila mengecam tindakan pengacara  program bual bicara Bernama TV, Herleena Pahlavy yang menggelar Al  Jazeera sebagai Al Jahiliah.
Beliau  menerusi Twitternya berkata, Herleena tidak patut menggelar stesen  televisyen antarabangsa itu ‘jahil’ walaupun tidak bersetuju dengan  laporan mengenai layanan Malaysia terhadap pendatang asing ketika  menangani COVID-19.
“Kita tak  setuju dengan satu laporan saluran berita itu (Al-Jazeera). Tapi kita  tak boleh menggelarnya dengan panggilan itu. Saya dimaklumkan oleh  pengerusi Bernama yang tindakan telah diambil,” tulis Saifuddin. 			 		
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/saifuddin-memang-tak-boleh-harap.html