Tumpah Darah Lepas Bersalin Memang Memenatkan Nyawa Ibu Pun Boleh Jadi Taruhan


Tumpah Darah – Nyawa Ibu jadi Taruhan 
Kes 1: Ibu 42 tahun, bersalin secara normal anak yang ke 8, hamil cukup bulan. Ibu tidak mempunyai masalah semasa mengandung dan semasa proses kelahiran bayi, walau bagaimanapun uri mengambil masa agak lama untuk dikeluarkan. Ibu dibenarkan pulang ke rumah selepas 2 hari bersalin. Ibu mengalami darah nifas seperti biasa sehingga hari ke 6 selepas bersalin, ibu secara tiba-tiba mengalami tumpahan darah nifas yang berlebihan sehingga ibu pengsan dan tidak sedarkan diri. Ibu tersebut terus dikejarkan ke hospital.
Kes 2: Seorang gadis 18 tahun, hamil anak luar nikah dan merahsiakan kehamilannya. Ibu muda ini tidak mempunyai pemeriksaan antenatal yang rapi kerana bimbang kehamilanya diketahui umum. Ibu muda ini secara tiba-tiba mengalami sakit bersalin di rumah sewanya dan telah melahirkan bayi secara sendirian. Beliau kemudian memotong tali pusat bayi menggunakan gunting dan merentap sendiri uri di mana sebahagian besar uri masih tertinggal di dalam rahim. Disebabkan kebimbangan yang amat, beliau telah memberitahu teman lelakinya yang kemudiannya datang untuk membantunya. Pasangan muda ini masih takut untuk ke hospital sehingga 3 hari kemudiannya ibu muda ini mengalami tumpah darah nifas yang serius sehingga tidak sedarkan diri.

Bagaimana pendarahan yang saya jangkakan selepas bersalin?
Adalah menjadi kebiasaan untuk mengalami pendarahan selepas bersalin. Darah itu mungkin keluar daripada rahim ataupun koyakan perineum yang terjadi semasa proses kelahiran itu sendiri.
Pendarahan selalunya akan menjadi banyak sejurus sahaja selepas bersalin dan akan berkurang secara berperingkat dalam beberapa jam. Pendarahan akan berterusan dan akan berkurangan dalam beberapa hari lagi dan disertai dengan perubahan warna darah tersebut daripada merah terang ke warna coklat. Pendarahan ini dinamakan Lochia dan seharusnya berhenti apabila bayi anda berusia 6 minggu.
Pendarahan berterusan, berlebihan dari biasa adalah TIDAK normal dan dinamakan sebagai tumpah darah selepas bersalin (postpartum haemorrhage)

Apakah yang dimaksudkan dengan tumpah darah selepas bersalin?
Pendarahan yang berlebihan dan luar daripada biasa selepas bersalin. Terdapat 2 jenis tumpah darah selepas bersalin yang dinyatakan seperti berikut :
Tumpah darah primer (Primary Postpartum Haemorrhage) – kehilangan darah selepas bersalin lebih dari 500 ml dalam lingkungan 24 jam selepas bersalin, kadar kebiasaan berlaku pada 5 daripada 100 wanita yang bersalin. Pendarahan yang teruk, melebihi 2 liter adalah jarang berlaku, dalam kekerapan 6 daripada 1000 wanita yang bersalin.
Tumpah darah sekunder (Secondary Postpartum Haemorrhage) – kehilangan darah selepas bersalin dalam lingkungan 24 jam hingga 12 minggu selepas bersalin. Berlaku pada kekerapan kurang daripada 2 daripada 100 wanita yang bersalin.
Mengapakah tumpah darah selepas bersalin ini sangat merbahaya?
Jika anda kehilangan banyak darah selepas bersalin, akan mengakibatan keletihan yang luar biasa kepada anda, ditambah pula dengan keletihan yang sedia ada selepas bersalin.
Apabila pendarahan dibiarkan berterusan tanpa perhatian dan rawatan pihak doktor, akan menyebabkan anda hilang lebih banyak darah sehingga boleh meragut nyawa. Maka ianya perlu dikesan, dan dirawat dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi.
Tumpah darah primer – Siapakah yang berisiko?
Pernah mengalami tumpah darah kahamilan terdahulu
Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 35kg/m2
Pernah melahirkan 4 orang anak atau lebih
Kehamilan kembar atau triplet
Uri bawah (placenta praevia)
Uri lekang (placenta abruptio)
Tekanan darah tinggi
Kekurangan sel darah merah (anemia)
Semasa bersalin
Kelahiran secara pembedahan caeserean
Proses kelahiran yang dipaksa (induction of labour
Cebisan uri tertinggal di dalam rahim
Kelahiran yang dibantu menggunakan Forceps atau Vacuum
Bayi yang besar, berat melebihi 4 kg
Melahirkan anak yang pertama apabila umur anda melebihi 40 tahun

Kebiasaannya, tiada apa yang boleh dilakukan kepada senarai risiko-risiko seperti di atas. Walau bagaimanapun langkah berjaga-jaga akan di ambil untuk mengurangkan risiko anda mengalami tumpah darah selepas bersalin ini, sekaligus mengurangkan keperluan untuk transfusi/penggantian darah.
Misalnya, jika anda mempunyai masalah kurang sel darah merah (anemia) ketika hamil, pengambilan zat besi tambahan akan mengurangkan keperluan untuk transfusi darah, jika berlakunya masalah tumpah darah selepas bersalin.
Jika anda sudah menjalani pembedahan caeserean pada kehamilan terdahulu, adalah amat penting untuk memeriksa sama ada uri pada kehamilan sekarang tidak melekat pada parut pembedahan caeserean yang lalu. Jika masalah ini timbul, uri tidak akan tertanggal dengan mudahnya selepas bayi dilahirkan, dan menyebabkan tumpah darah yang sangatlah serius. Jika keadaan ini sudah dapat dipastikan, cadangan rawatan anda akan dirancang sebaik-baiknya melibatkan pelbagai pakar perubatan utk menyelamatkan nyawa
Kredit: Muhammad Izzat
The post Tumpah Darah Lepas Bersalin Memang Memenatkan, Nyawa Ibu Pun Boleh Jadi Taruhan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tumpah-darah-lepas-bersalin-memang-memenatkan-nyawa-ibu-pun-boleh-jadi-taruhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Cacing Boleh Buat Anak Susah Belajar Tolong Peka Tanda Tanda Jangkitan Cacing Yang Ibu Ayah Selalu Tak Perasan

Awas Cacing Boleh Buat Anak Susah Belajar Tolong Peka Tanda Tanda Jangkitan Cacing Yang Ibu Ayah Selalu Tak Perasan

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 356 hits
Ibu ayah semestinya risau dengan keadaan anak yang tidak selera makan suka mengamuk dan perutnya agak buncit Sejauh kebenarannya Apakah simptom yang sebenar Paling menakutkan apabila ia boleh menyebabkan kesukaran pembelajaran Menurut Dr Ro...
Ibu Menyusu Makan Biarlah Berkhasiat Boleh Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak Kelak

Ibu Menyusu Makan Biarlah Berkhasiat Boleh Pengaruhi Tabiat Pemakanan Anak Kelak

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 330 hits
Semasa tahun pertama kehidupan kanak kanak mengalami tumbesaran fizikal sosial dan emosi yang pesat Tabiat pemakanan mereka juga berkembang ketika tempoh ini Ketika tempoh ini juga berlakunya peralihan daripada susu ibu ke pelbagai jenis ma...
Hati Hati Ibu Ayah Anak Yang Hari Hari Kena Marah Bila Besar Boleh Jadi Degil

Hati Hati Ibu Ayah Anak Yang Hari Hari Kena Marah Bila Besar Boleh Jadi Degil

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 456 hits
Anak yang hari hari kena marah boleh jadi degil bila dah besar Macam tak percayakan Tapi salah ke marah anak Tak Tak salah Bahkan kemarahan adalah satu keperluan dalam keadaan keadaan TERTENTU Kemarahan juga adalah penyelamat Cuma marah jan...
Saifuddin Memang Tak Boleh Harap

Saifuddin Memang Tak Boleh Harap

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 230 hits
Tugas puji kerajaan tangani COVID 19 patut jadi tanggungjawab Kementerian Komunikasi BANGI Apa yang Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah buat sehinggakan tugas yang menjadi tanggungjawab kementeriannya diambil alih pih...
Lepas Bersalin Saiz Kaki Berubah Liyana Jasmay Nak Jual Koleksi Kasut Berjenama Miliknya Termasuk Kasut Kahwin

Lepas Bersalin Saiz Kaki Berubah Liyana Jasmay Nak Jual Koleksi Kasut Berjenama Miliknya Termasuk Kasut Kahwin

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 358 hits
Selepas bersalin wanita lazimnya akan mengalami beberapa perubahan fizikal termasuklah perubahana saiz kaki yang ketara seperti yang dialami oleh pelakon dan penerbit Liyana Jasmay Dia yang berkongsi di Instagram miliknya baru baru ini memi...
Hiburan Kaki Jadi Besar Lepas Bersalin Liyana Jasmay Jual Koleksi Kasut Kesayangan Kaki Saya Besar Jadi Saiz 36 5

Hiburan Kaki Jadi Besar Lepas Bersalin Liyana Jasmay Jual Koleksi Kasut Kesayangan Kaki Saya Besar Jadi Saiz 36 5

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 464 hits
Telah selamat melahirkan anak pertama pada tahun 2014 yang lalu pelakon dan penyanyi Liyana Jasmay mengakui terdapat sedikit perubahan yang berlaku kepada dirinya Ibu kepada Sofia Arissa dan Selena ini mengatakan kini kakinya lebih besar da...
Belum Dapat Merasa Susu Ibu Wanita Hidap Kanser Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak

Belum Dapat Merasa Susu Ibu Wanita Hidap Kanser Meninggal Dunia Lepas Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 522 hits
Seorang ibu muda berusia 24 tahun Noor Athirah akhirnya menemui ajal pada 9 Julai nbsp selepas 47 hari bertarung nyawa melawan penyakit kanser arwah meninggalkan dua orang cahaya mata yang masih kecil Lebih meruntun jiwa suaminya Muhammad H...
Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Demi Sekeping Gambar Memang Tak Bertanggungjawab

Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Demi Sekeping Gambar Memang Tak Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 315 hits
Tindakan seorang lelaki yang sanggup membahayakan nyawa anaknya demi mendapatkan gambar yang unik dikecam netizen semalam Baca Tular Rakaman Video Sebuah rakaman video yang tular di laman sosial Weibo menunjukkan seorang kanak kanak memegan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya