Hukum Mencabut Pokok Dan Rumput Di Atas Kubur


SOALAN Pasti ada di antara kita yang pernah melihat hamba Allah mencabut rumput atau pokok yang tumbuh di atas kubur. Jadi, adakah kita boleh mencabut rumput sesuka hati di atas kubur dan apakah hukumnya

JAWAPAN Sebelum masuk kepada perbahasan hendaklah diketahui bahawa maksud rumput di atas kubur yang dibahaskan oleh ulamak ialah segala yang tumbuh di atas tempat yang di tanam mayat di bawahnya yang dinamakan sebagai kubur.

Ada pun kawasan yang tidak ada ditanam dibawahnya mayat seperti jalan yang ada dikeliling kubur dan tanah lapang yang ada di dalam sempadan tanah perkuburan itu bukan termasuk kubur yang dibahaskan dalam masalah ini.

Hukum mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur ini berlaku khilaf dikalangan ulamak mazhab padanya.

PENDAPAT ULAMAK MAZHAB SYAFIE

Haram Cabut Tumbuhan Di Atas Kubur.

Tersebut pada kitab Fathul Mu’in :

ويحرم أخذ شيء منهما ما لم ييبسا لما في أخذ الأولى من تفويت حظ الميت المأثور عنه صلى الله عليه وسلم
Artinya : “Dan haram mengambil (cabut) suatu dari keduanya (yaitu pelepah kurma atau pokok yang ditanam diatas kubur) selama ia belum kering (mati) kerana mengambil (umpama pelepah kurma yang ditanam d atas kubur) itu menghilangkan hak mayat yang datang kisahnya dari hadith Nabi saw.”
Yang dimaksudkan haram di sini ialah jika yang mencabut rumput yang ada di atas kubur itu ialah bukan pemiliknya (waris atau penjaganya). Ada pun pemiliknya maka tidak haram mencabutnya.

HARUS PEMILIKNYA MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Tersebut pada kitab Hasyiah Al-Qalyubi :

وَلَا يَجُوزُ لِغَيْرِ مَالِكِهِ أَخْذُهُ مَا دَامَ رَطْبًا لِتَعَلُّقِ حَقِّ الْمَيِّتِ بِهِ، وَإِذَا جَفَّ جَازَ لِكُلِّ أَحَدٍ أَخْذُهُ
Artinya : “Dan tidak harus mencabut tumbuhan di atas kubur oleh selain pemiliknya selama tumbuhan itu masih hidup kerana bergantung hak mayat dengannya. Dan apabila tumbuhan itu telah mati nescaya harus bagi sesiapa sahaja mencabutnya.”
Maka difahami dari perkataan Syeikh Qalyubi ini bahawa kalau pemilik kubur yang mencabutnya maka tidaklah haram.

Dan tersebut pada kitab An-Nihayah bagi Syeikh Ramli :

ويمتنع على غير مالكه أخذه من على القبر قبل يبسه
Artinya : “Dan tertegah atas selain pemiliknya mencabut tumbuhan di atas kubur sebelum tumbuhan itu mati.”
Dan tersebut pada kitab Hasyiah Syarwani ala At-Tuhfah :

وَ (قَوْلُهُ وَيَحْرُمُ أَخْذُ ذَلِكَ) أَيْ عَلَى غَيْرِ مَالِكِهِ
Artinya : “Dan maksud perkataan Syeikh Ibnu Hajar haram mencabut tumbuhan atas kubur itu ialah atas yang bukan pemiliknya."
Dan tersebut pada kitab Al-Iqna’ bagi Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَلَا يَجُوزُ لِلْغَيْرِ أَخْذُهُ مِنْ عَلَى الْقَبْرِ قَبْلَ يُبْسِهArtinya : “Dan tidak harus bagi selain pemilik kubur mencabut tumbuhan atas kubur itu jika ia belum kering (mati).”
PEMILIK DIHARAMKAN MENCABUT TUMBUHAN ATAS KUBUR

Dan maksud pemilik atau waris empunya kubur boleh mencabut tumbuhan atau rumput di atas kubur itu ialah selama masih ada tinggal sebahagiannya.

Ada pun mencabut semuanya hingga tidak ada satu pun yang tumbuh di atas kubur itu hukumnya tetap haram.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَحَاصِلُهُ أَنَّهُ إنْ كَانَ الشَّيْءُ الْأَخْضَرُ قَلِيلًا كَخُوصَةٍ أَوْ خُوصَتَيْنِ مَثَلًا لَا يَجُوزُ لَهُ أَخْذُهُ وَهُوَ أَخْضَرُ لِأَنَّهُ صَارَ حَقًّا لِلْمَيِّتِ فَحُرِّمَ أَخْذُهُ، أَمَّا إذَا كَانَ كَثِيرًا فَإِنَّهُ يَجُوزُ الْأَخْذُ مِنْهُ
Artinya : “Dan kesimpulannya jika adalah sedikit yang tumbuh di atas kubur itu seperti beberapa helai sahaja nescaya tidak harus bagi pemiliknya mencabutnya ketika masih hidup kerana ia menjadi hak mayat maka haram mengambilnya. Ada pun jika banyak yang tumbuh hidup maka sungguhnya harus bagi pemiliknya mengambil sebahagian daripadanya.” (Hasyiah Bujairimi)
Maksudnya jika banyak tumbuh rumput atau pokok di atas kubur itu maka pemiliknya hanya boleh mencabut sebahagian sahaja bukannya kesemuanya. Dan jika hanya sedikit yang tumbuh maka tidak boleh mengambilnya kerana akan hilang kesemua yang ada.

MAZHAB HANAFI MEMAKRUHKAN CABUT RUMPUT ATAS KUBUR

Berkata Syeikh Al-Khadimi Al-Hanafi :

: ومنها قلع الشوك والحشيش الرطبين على القبر، فإنه مكروه، فإن النباتات ما دامت رطبة تسبح الله، فحينئذ ينتفع الميت ويستأنس بتسبيحها
Artinya : “Dan setengah dari yang dilarang itu ialah mencabut pokok dan rumput yang masih hidup keduanya yang tumbuh di atas kubur maka sungguhnya hukumnya adalah makruh. Dari kerana bahawsanya segala yang tumbuh itu selama ia hidup ia bertasbih akan Allah maka pada ketika itu akan memberi guna kepada mayat dan menumpang rahmat dari tasbihnya itu.” (Kitab Bariqah Mahmudiyyah)
KESIMPULAN
Haram atas bukan pemilik atau waris penghuni kubur mencabut atau mengambil tumbuhan yang hidup di atas kubur orang lain daripada rumput atau pokok-pokok.

Harus ke atas pemiliknya mengambil atau mencabut rumput dan pokok yang tumbuh di atas kubur dengan syarat ditinggalkan hidup sebahagiannya. Jika dicabut semuanya sekali maka hukumnya adalah haram.

Harus memotong atau membuang pokok-pokok dan rumput yang bukan di atas kubur yang tumbuh di sekeling kubur kerana memudahkan orang lalu dan ziarah atau supaya tidak tinggal haiwan yang berbisa padanya.

Wallahua’lam

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca hukum mencabut pokok dan rumput di atas kubur di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/07/hukum-mencabut-pokok-dan-rumput-di-atas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Belajar Di Atas Pokok Bakal Sambung Pelajaran Di Ums

Pelajar Belajar Di Atas Pokok Bakal Sambung Pelajaran Di Ums

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 537 hits
KOTA KINABALU Seorang pelajar Sabah yang mencetuskan sensasi baru baru ini kerana sanggup belajar di atas pokok semata mata untuk mendapatkan capaian Internet hari ini dapat senyum lebar Universiti Malaysia Sabah menawarkan biasiswa kepada ...
Manis Berkebaya Pelajar Jawab Exam Atas Pokok Dijemput Ke Istana Negeri

Manis Berkebaya Pelajar Jawab Exam Atas Pokok Dijemput Ke Istana Negeri

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 465 hits
Beberapa hari lepas tular satu video seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Veveonah Mosibin yang gigih dalam menuntut ilmu sehingga terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet Veveonah terpaksa berbuat sedemikian bagi men
Hukum Duduk Atas Batu Nisan

Hukum Duduk Atas Batu Nisan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 451 hits
Apakah hukum duduk atas batu nisan Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Ketika dibawa jenazah ke kubur sementara menunggu siap ditanam ada orang y...
Aktres Hilang Dan Dikhuatiri Lemas Anak 4 Tahun Ditemui Tertidur Sendirian Di Atas Bot

Aktres Hilang Dan Dikhuatiri Lemas Anak 4 Tahun Ditemui Tertidur Sendirian Di Atas Bot

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 313 hits
Bekas pelakon Glee Naya Rivera dilaporkan hilang manakala anak lelakinya yang berusia 4 tahun dilapor ditemui bersendirian dalam keadaan tertidur di atas bot di sebuah tasik di California Selatan Aktres berusia 33 tahun itu dilaporkan telah...
Penambahbaikan Pengajaran Atas Talian

Penambahbaikan Pengajaran Atas Talian

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 379 hits
Menjalankan pengajaran atas talian adalah satu cabaran untuk guru dalam memenuhi tugas sebagai pendidik sepanjang PKP Ramai guru menambah kemahiran mereka untuk memastikan ilmu sampai kepada murid Setiap usaha murni dalam merencanakan sesua...
Pasangan Mata Wang Gbp Jpy Kekal Di Atas Sokongan Trendline Kenaikan Selanjutnya Adalah Dijangka

Pasangan Mata Wang Gbp Jpy Kekal Di Atas Sokongan Trendline Kenaikan Selanjutnya Adalah Dijangka

papar berkaitan - pada 9/7/2020 - jumlah : 257 hits
Cadangan PerdaganganKemasukan 134 708Alasan untuk Kemasukan Sokongan Moving Average anjakan semula Fibonacci 23 6 sokongan trendline menaikAmbil Keuntungan 136 354Alasan untuk Ambil Keuntungan Anjakan semula Fibonacci 27 lanjutan Fibonacci ...
Pelakon Glee Naya Rivera Hilang Di Tasik Anak 4 Tahun Terbiar Atas Bot

Pelakon Glee Naya Rivera Hilang Di Tasik Anak 4 Tahun Terbiar Atas Bot

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 495 hits
NAYA RIVERA pelakon siri muzikal popular Glee dikhuatiri lemas selepas pihak berkuasa menemui anaknya berusia empat tahun berseorangan dalam sebuah bot yang disewa di Tasik Piru selatan California pada Rabu Pihak berkuasa Ventura County mem...
Robot Ikan Lumba Lumba Robot Dibangunkan Untuk Menamatkan Kekejaman Ke Atas Haiwan Akuarium

Robot Ikan Lumba Lumba Robot Dibangunkan Untuk Menamatkan Kekejaman Ke Atas Haiwan Akuarium

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 351 hits
Fakta menarik untuk anda hari ini Ikan lumba lumba hanya berjaya dipamerkan di akuarium pada tahun 1938 kerana sebelum ini kesemua usaha yang dilakukan untuk membuka dolphinarium menemui kegagalan Dolphinarium menjadi semakin popular sekita...
Awan Menyerupai Lafadz Allah Di Atas Langit Pondok Gontor 1 Santri Dinyatakan Sembuh Covid 19

Awan Menyerupai Lafadz Allah Di Atas Langit Pondok Gontor 1 Santri Dinyatakan Sembuh Covid 19

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 229 hits
Langit di atas Pondok Modern Gontor Kampus 2 Jumat pagi ini begitu cerah Santri santri tampak memulai aktivitas di pagi hari dengan penuh keceriaan lewat senam bersama untuk menjaga kesehatan Pemandangan di atas langit Gontor 2 sangat menyi...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang