Hukum Berdoa Tidak Mengadap Kiblat



Assalamu’alaikum S.S Mufti, apa pandangan tuan tentang imam yang membelakangkan kiblat dan menghadap para jemaah dalam berdoa sesudah selesai solat berjamaah ?

Hukum Berdoa Tidak Mengadap Kiblat
Credit Pic : SUMBER
Jawapan :

Hukum Berdoa Tidak Mengadap Kiblat
Wa’alaikumussalam w.b.t. Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Berdoa merupakan antara sebesar-besar ibadah yang dianjurkan di dalam Islam. Bahkan ia disifatkan sebagai ‘otak’ atau teras bagi ibadah itu sendiri. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :
الدُّعَاءُ مُخُّ الْعِبَادَةِMaksudnya : Doa merupakan teras bagi ibadah.

Riwayat Al-Tirmizi (3371)

Begitu banyak anjuran dan galakan untuk berdoa seperti yang disebutkan oleh beberapa nas syarak. Antaranya adalah firman Allah S.W.T :

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya : Dan telah berkata Tuhan kamu “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan’’.

Surah Ghafir (60)

Meskipun begitu, doa dianggap sebagai suatu ibadah istimewa yang mempunyai adab-adab dan tatacaranya yang tersendiri seperti yang ditunjukkan dalam beberapa nas. Kami telah membahaskan secara panjang lebar berkenaan adab-adab dan juga cara mendapatkan doa yang mustajab di dalam ruangan Al-Kafi #1015: Bagaimana Mendapatkan Doa Mustajab yang boleh dibaca menerusi pautan berikut https://bit.ly/36cMyPX

Kami juga menambah bahawa antara adab dalam berdoa juga adalah dengan menghadap ke arah kiblat semasa berdoa. Imam Al-Bukhari Rahimahullah meletakkan satu bab di dalam kitab Sahih Al-Bukhari dengan tajuk ‘Bab Berdoa Menghadap Kiblat’. Beliau meletakkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Zaid R.A beliau berkata :

خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى هَذَا المُصَلَّى يَسْتَسْقِي، فَدَعَا وَاسْتَسْقَى، ثُمَّ اسْتَقْبَلَ القِبْلَةَ وَقَلَبَ رِدَاءَهُ
Maksudnya : Rasulullah S.A.W telah keluar pada suatu hari menuju ke tanah lapang untuk baginda melakukan istisqa’ (doa meminta agar Allah turunkan hujan). Lalu beliau berdoa dan beristisqa’ kemudian menghadap ke arah kiblat dan baginda membalikkan rida’ baginda.

Riwayat Al-Bukhari (6343)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa Nabi S.A.W berdoa kepada Allah S.W.T agar menurunkan hujan dengan menadah tangan baginda menuju ke arah kiblat. Justeru, dapat difahami bahawa antara adab berdoa adalah dengan menghadap ke arah kiblat.

Meskipun begitu, berbalik kepada persoalan yang dikemukakan berkenaan hukum seseorang itu berdoa dengan membelakangi kiblat, maka berikut kami kongsikan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A beliau berkata :

بَيْنَا النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَخْطُبُ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَسْقِيَنَا‏.‏ فَتَغَيَّمَتِ السَّمَاءُ وَمُطِرْنَا، حَتَّى مَا كَادَ الرَّجُلُ يَصِلُ إِلَى مَنْزِلِهِ، فَلَمْ تَزَلْ تُمْطَرُ إِلَى الْجُمُعَةِ الْمُقْبِلَةِ، فَقَامَ ذَلِكَ الرَّجُلُ أَوْ غَيْرُهُ فَقَالَ ادْعُ اللَّهَ أَنْ يَصْرِفَهُ عَنَّا، فَقَدْ غَرِقْنَا‏.‏ فَقَالَ ‏اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا فَجَعَلَ السَّحَابُ يَتَقَطَّعُ حَوْلَ الْمَدِينَةِ، وَلاَ يُمْطِرُ أَهْلَ الْمَدِينَةِ
Maksudnya : Ketika Nabi S.A.W sedang menyampaikan khutbah pada hari Jumaat maka berdirilah seorang lelaki lalu berkata : Wahai Rasulullah, berdoalah kepada Allah agar Dia menurunkan hujan kepada kami. (Maka Rasulullah pun berdoa kepada Allah). Kemudian langit pun menjadi gelap gelita dan hujan turun. Sehinggalah apabila lelaki tersebut sampai ke rumahnya, maka hujan tetap turun secara berterusan sehinggalah pada hari Jumaat yang berikutnya. 

Maka lelaki tersebut atau selainnya sekali lagi bangun lalu berkata : (Wahai Rasulullah) berdoalah kepada Allah agar Dia mengalihkan hujan dari kamu kerana sesungguhnya kami telah tenggelam (disebabkan hujan lebat yang berterusan). Lalu kata Nabi S.A.W : Ya Allah, turunkan lah ke kawasan sekitar kami dan janganlah Kau turunkan ia ke atas kami. Maka awan pun berpecah-pecah di kawasan sekitar Madinah, dan tidak diturunkan hujan kepada penduduk Madinah.

Riwayat Al-Bukhari (6432)

Justeru, apabila kita merujuk kepada hadis ini kita dapat melihat bahawa Rasulullah S.A.W berdoa agar Allah S.W.T mengalihkan hujan ke kawasan sekitar Madinah dan bukannya ke atas kawasan Madinah, dalam keadaan baginda menghadap ke arah para jemaah di atas mimbar dan membelakangkan kiblat. Oleh kerana itu Imam Al-Bukhari di dalam kitab beliau Sahih Al-Bukhari telah meletakkan hadis ini di bawah bab ‘Berdoa Membelakangkan Kiblat’.

PenutupSebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa secara asasnya, seseorang itu dituntut untuk berdoa dengan menghadap ke arah kiblat. Ini kerana, ini merupakan salah satu adab berdoa, serta menjadi teladan dan pengamalan para salafussoleh. 

Meskipun begitu, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang itu berdoa dalam keadaan membelakangkan kiblat, kerana warid perbuatan tersebut dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang baik kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

SUMBER

Baca Juga : Kenapa Allah Haramkan Arak?



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dakcaii.blogspot.com/2020/07/hukum-berdoa-tidak-mengadap-kiblat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Hukum Bantah John Kei Perintahkan Anak Buah Lakukan Penyerangan

Kuasa Hukum Bantah John Kei Perintahkan Anak Buah Lakukan Penyerangan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 266 hits
Setelah lama menjalani pemeriksaan terkait senjata tajam nantinya John Kei akan menjalani pemeriksaan tentang kejadiannya yang terjadi di Kosambi Jakarta Barat
Hukum Memotong Dahan Pokok Jiran

Hukum Memotong Dahan Pokok Jiran

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 1176 hits
SOALAN Ohmedia dapat rasakan pasti ada di antara kita mengalami situasi dahan pokok jiran masuk ke rumah kita Jadi adakah kita boleh memotong dahan tersebut JAWAPAN Hukum berkenaan dahan atau ranting pokok kepunyaan jiran yang masuk ke dala...
Hukum Darah Kudis Keluar Waktu Solat

Hukum Darah Kudis Keluar Waktu Solat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 456 hits
Adakah batal solat jika darah kudis keluar waktu sedang solat Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Saya menghidapi penyakit berkudis pada beberapa...
Hukum Suami Melarang Isteri Berjumpa Dengan Ibubapanya

Hukum Suami Melarang Isteri Berjumpa Dengan Ibubapanya

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 566 hits
Suami saya selalu tidak benarkan saya keluar pergi ke rumah orang tua saya dan kadang kadang saya nak berhubung dengan mereka pun tidak dibenarkan Perkara ini adalah sebab suami saya pernah bertengkar dengan bapa saya suatu masa dulu Hukum ...
Ganjar Pranowo Bakal Bawa Ke Jalur Hukum Pengguna Skd Aspal Saat Ppdb 2020

Ganjar Pranowo Bakal Bawa Ke Jalur Hukum Pengguna Skd Aspal Saat Ppdb 2020

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 293 hits
Ganjar mengungkapkan berdasarkan laporan Dinas Pendidikan dan Kebudayaan Jateng banyak calon siswa yang menggunakan SKD khususnya di beberapa sekolah favorit di Provinsi Jateng
Hukum Duduk Atas Batu Nisan

Hukum Duduk Atas Batu Nisan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 494 hits
Apakah hukum duduk atas batu nisan Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Ketika dibawa jenazah ke kubur sementara menunggu siap ditanam ada orang y...
Hukum Berkenaan Berkahwin Dengan Sepupu Sendiri

Hukum Berkenaan Berkahwin Dengan Sepupu Sendiri

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 710 hits
Apakah pandangan Islam mengenai perkahwinan sepupu sendiri sebelah ibu ataupun ayah Terdapat kekeliruan mengenai perkahwinan antara sepupu Hukum Berkenaan Berkahwin Dengan Sepupu SendiriCredit Pic Ada yang berkata ianya haram berkahwin deng...
Hukum Melamar Wanita Via Chet Ini Penjelasannya

Hukum Melamar Wanita Via Chet Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 325 hits
Beberapa kejadian di era modern kerapkali tidak ditemukan peristiwa yang sama di zaman Rasulullah sahabat bahkan hingga di zaman tabiit tabi in Artinya banyak persoalan fiqih di era sekarang yang tidak ada rujukan di zaman Nabi SAW dan saha...
Hukum Terbaca Tahiyat Akhir Pada Tahiyat Awal

Hukum Terbaca Tahiyat Akhir Pada Tahiyat Awal

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 520 hits
Apakah hukum membaca tahiyat akhir pada tahiyat awal Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Setakat mana bacaan tahyat awal dan tayhat akhir Apakah ...
Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

What Is Dashi And How To Make It

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Anggota Komando Hilang Ketika Latihan Ditemui Lemas Di Pelabuhan Kuantan

Dj Dave Terharu Lihat Keadaan Dharma Harun Ykat Hulur Rm1 000 Bantu Pulihkan Kesihatan

Untuk Hati Yang Sedang Letih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Warung D Bamboo Ban Pecah Kuala Kurau Perak

Sustainable And Stylish The New Standard For Women S Medical Scrubs

Msn Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Cute Crunchy Creamy My Honest Thoughts On Cream O Strawberry

Maszlee Malik Dan Noor Amin Ahmad Dakwa Rafizi Menipu

Johari Ghani Youths No Longer Care About Party S Legacy Umno Must Focus On Credibility Climate And Reform To Woo Them