Saifuddin Atau Rafizi Siapa Layak Sebagai Timbalan Presiden Pkr



KANGAR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Na­sution Ismail disifatkan lebih sesuai dan layak untuk bertan­ding sebagai Timbalan Presiden di dalam usaha memperkukuh serta membentuk penyatuan parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Rafizi Ramli yang membuat kemunculan semula dilihat lebih sesuai bertanding jawatan Naib Presiden dan kembali mengambil hati para penyokong terlebih dahulu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Pengerusi PKR negeri, Noor Amin Ahmad berkata, Rafizi diakui popular dan telah banyak menyumbang kepada parti, namun apabila beliau memilih untuk bercuti di saat parti berada dalam keadaan tidak menentu ekoran ‘Langkah Sheraton’ ia sangat mengecewakan.
Justeru beliau berpandangan, adalah lebih baik Rafizi bertan­ding jawatan Naib Presiden terlebih dahulu dalam pemilihan nanti seterusnya kembali jalinkan hubungan dengan bekas penyokongnya yang kecewa.
“Tidak ada masalah bertan­ding, kita demokrasi sesiapa sahaja boleh bertanding, cuma apabila beliau (Rafizi) ambil cuti selepas dilantik (Naib Pre­siden), saya fikir elok kembali berpe­ranan jumpa anggota parti semula.
“Ambil dulu hati penyokong yang kecewa. Kita bakal hadapi PRU-15 tidak lama lagi, tiga atau empat tahun akan ada lagi pemilihan parti lagi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kangar.
Sebelum ini, Rafizi yang membuat kemunculan semula mengumumkan akan bertan­ding jawatan Timbalan Pre­siden PKR dalam pemilihan parti akan datang.
Rafizi menerusi satu kenya­taan berkata, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada dalam bahaya jika PKR dan Pakatan Harapan (PH) terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.
“Atas kesedaran itu, saya membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang,” kata Rafizi menerusi kenyataan tersebut.
Pada pemilihan lalu, Rafizi tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden namun beliau kemudian dilantik sebagai Naib Presiden dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2018-2021.
Rafizi bagaimanapun me­ngam­bil keputusan untuk me­re­hatkan diri daripada gelang­gang politik pada awal 2019.
Pada Februari 2020, sekumpulan ahli-ahli Parlimen PKR diketuai Mohamed Azmin me­ninggalkan parti ketika berlaku krisis politik ‘Langkah Sheraton’. Krisis politik tersebut me­nyaksikan kerajaan Pakatan Ha­rapan (PH) tumbang, dan Mohamed Azmin serta kumpulannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Sementara itu, Noor Amin yang juga Ketua PKR Bahagian Kangar berkata, Saifuddin adalah sosok yang bersifat penya­tuan.
“Sebagai bekas menteri dan Setiausaha Agung, Saifuddin banyak bersama dengan kerja-kerja parti dan mempunyai hubungan lebih dekat selain memahami situasi dalam parti sebab beliau (Saifuddin) tidak tinggal parti,” katanya.
Asal laporan dari SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/03/saifuddin-atau-rafizi-siapa-layak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saifuddin Akan Cabar Rafizi Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr

Saifuddin Akan Cabar Rafizi Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 326 hits
Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini secara rasmi mengumumkan akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini Dengan pengumuman itu belia...
Jawatan Timbalan Presiden Pkr Rafizi Bakal Berentap Dengan Saifuddin Nasution

Jawatan Timbalan Presiden Pkr Rafizi Bakal Berentap Dengan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 291 hits
Bukan Farhash tapi Saifuddin akan lawan Rafizi jawatan no 2 PKRFMT ReportersSetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dilihat akan memberi saingan kepada Rafizi Ramli bagi merebut jawatan timbalan presiden PETALING JAYA Saingan merebut...
Rafizi Sah Buat Come Back Umum Tanding Timbalan Presiden Pkr

Rafizi Sah Buat Come Back Umum Tanding Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 225 hits
Selepas beberapa ketika meninggalkan gelanggan politik bekas ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli mengumumkan akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini Dalam kenyataan hari ini Rafizi yang memegang jawata...
Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr Farhash Sindir Rafizi Ada Jawatan Tak Buat Kerja

Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr Farhash Sindir Rafizi Ada Jawatan Tak Buat Kerja

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 233 hits
March 16 2022 Bekas Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyindir Rafizi Ramli berkaitan formula yang dimiliki berikutan keputusannya untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu bulan depan Farhash berka...
Farhash Sindir Raja Formula Selepas Rafizi Umum Tanding Timbalan Presiden

Farhash Sindir Raja Formula Selepas Rafizi Umum Tanding Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 260 hits
PETALING JAYA Bekas Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyindir Rafizi Ramli berkaitan formula yang dimiliki berikutan keputusannya untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu bulan depan Farhash berka...
Rafizi Sahkan Saifuddin Zahid Rapat Pkr Pernah Cuba Minta Umno Sokong Anwar

Rafizi Sahkan Saifuddin Zahid Rapat Pkr Pernah Cuba Minta Umno Sokong Anwar

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 243 hits
agendaily com26 3 2022Gambar kenanngan indah Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution bertemu Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkan bakal pencabarnya yang juga Setiausaha ...
Dilema Pemilihan Saifuddin Atau Rafizi

Dilema Pemilihan Saifuddin Atau Rafizi

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 213 hits
Oleh Hassan Abdul KarimULASAN Dilema yang saya hadapi Memilih antara Rafizi Ramli atau Saifudin Nasustion dalam pilihan raya parti Kisah ini tidak penting kepada orang awam Tidak dibaca pun tak mengapa Tetapi ia penting buat diri sendiri da...
S U Pkr Bertanding Jawatan Timbalan Presiden

S U Pkr Bertanding Jawatan Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 227 hits
MOHD SHAH RIM Setiausaha Agong PKR dijangka bertanding jawatan Timb Presiden parti Semoga pertandingan ini berdasarkan semangat persaudaraan dan keukhwahan demi membawa KEADILAN kehadapan
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rambut Gugur Lepas Bersalin Klinik Estetik Kuala Lumpur Ini Buktikan Rawatan Boleh Pulihkan Keyakinan Wanita

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd