Rafizi Sahkan Saifuddin Zahid Rapat Pkr Pernah Cuba Minta Umno Sokong Anwar


agendaily.com26/3/2022
Gambar kenanngan indah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution bertemu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan bakal pencabarnya yang juga Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempunyai hubungan rapat dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Rafizi yang mengumumkan kembali berpolitik dalam satu wawancara berkata tidak pernah mempercayai UMNO akan menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri (PM), ia walaupun Saifuddin mempunyai hubungan yang rapat dengan Zahid sejak era Pemuda UMNO sebelum ini.

“Saya tak nampak macam mana UMNO boleh meyokong Datuk Seri Anwar jadi Perdana Menteri.

“Saya daripada awal berkata tak kisahlah sebagaimana rapat sesetengah tokoh dalam parti (PKR), contoh Datuk Saifuddin rapat dengan Zahid, memang betul mereka rapat daripada Pemuda UMNO,” katanya semasa wawancara dengan Utusan Malaysia yang disiarkan secara dalam Facebook.

Untuk rekod, Zahid dan rakannya, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini didedahkan media pernah menghantar surat ke Istana Negara dengan menyokong Anwar sebagai calon PM semasa krisis politik pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Susulan surat tersebut, timbul bibit perpecahan dalaman UMNO yang tidak bersetuju dengan tindakan menghantar surat tersebut tanpa berbincang dengan Ahli Parlimen (MP) UMNO yang lain waktu itu.

Selepas itu, tular juga klip audio perbualan antara Zahid dan Anwar selepas Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu yang didapati terdapat komplot antara kedua-dua ketua parti tersebut untuk menjatuhkan PM Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Klimaks kepada krisis politik tahun lalu, ia menyaksikan Muhyiddin meletak jawatan kerana tidak lagi mempunyai majoriti yang mencukupi di Dewan Rakyat dan bagi pihak kerajaan, nama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicalonkan sebagai pengganti.

Bagi sebelah pihak blok pembangkang, Pakatan Harapan pula menamakan Anwar sebagai calon PM tetapi beliau gagal selepas gagal mendapat majoriti yang mencukupi tanpa sokongan anak muridnya yang menyokong Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri sebagai PM Kesembilan.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata walaupun terdapat hubungan rapat segelintir pemimpin parti itu dengan Zahid tetapi ia tidak bermakna dapat mempengaruhi keputusan parti untuk menyokong Anwar sebagai PM.

“Tapi bagi saya rapat persahabatan itu tidak sampai kepada boleh mempengaruhi keputusan parti.

“Jadi daripada awal saya kata saya tak rasa dia boleh menyebabkan tiba-tiba Datuk Seri Zahid boleh menyakinkan UMNO untuk meyokong Anwar,” katanya.

Jelasnya lagi, ia sesuatu yang mustahil berlaku untuk PKR mendapatkan sokongan daripada UMNO bagi memastikan Anwar menjadi PM dan ia terbukti selepas dua tahun perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

“Daripada awal bagi saya benda itu mustahil berlaku daripada strategi politik.

“Tetapi pandangan yang lain majoriti ketika itu ialah sepatutnya cuba dapatkan sokongan seberapa banyak sokongan Ahli Parlimen dan mereka yakin boleh berbincang dengan UMNO untuk mendapatkan sokongan tapi akhirnya selepas dua tahun kita tahu perkara itu tidak berlaku,” katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/rafizi-sahkan-saifuddin-zahid-rapat-pkr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatan Timbalan Presiden Pkr Rafizi Bakal Berentap Dengan Saifuddin Nasution

Jawatan Timbalan Presiden Pkr Rafizi Bakal Berentap Dengan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 178 hits
Bukan Farhash tapi Saifuddin akan lawan Rafizi jawatan no 2 PKRFMT ReportersSetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail dilihat akan memberi saingan kepada Rafizi Ramli bagi merebut jawatan timbalan presiden PETALING JAYA Saingan merebut...
Saifuddin Akan Cabar Rafizi Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr

Saifuddin Akan Cabar Rafizi Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 138 hits
Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini secara rasmi mengumumkan akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti pada Mei ini Dengan pengumuman itu belia...
Rafizi Needs To Break The Anwar Cult In Pkr

Rafizi Needs To Break The Anwar Cult In Pkr

papar berkaitan - pada 21/3/2022 - jumlah : 131 hits
UMAR MUKHTAR For a smart guy you are making a move that makes no sense Coming back to fight for the no two job in the party that had been so silly as to choose an obvious traitor over you and patronising the man whose attitude by your own a...
Saifuddin Atau Rafizi Siapa Layak Sebagai Timbalan Presiden Pkr

Saifuddin Atau Rafizi Siapa Layak Sebagai Timbalan Presiden Pkr

papar berkaitan - pada 26/3/2022 - jumlah : 201 hits
KANGAR Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Na sution Ismail disifatkan lebih sesuai dan layak untuk bertan ding sebagai Timbalan Presiden di dalam usaha memperkukuh serta membentuk penyatuan parti bagi mendepani Pilihan Raya Umum Ke 1...
Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr Farhash Sindir Rafizi Ada Jawatan Tak Buat Kerja

Rebut Jawatan Timbalan Presiden Pkr Farhash Sindir Rafizi Ada Jawatan Tak Buat Kerja

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 101 hits
March 16 2022 Bekas Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyindir Rafizi Ramli berkaitan formula yang dimiliki berikutan keputusannya untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu bulan depan Farhash berka...
Harapan Pkr Least Preferred Choice Among Malay Voters Rafizi

Harapan Pkr Least Preferred Choice Among Malay Voters Rafizi

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 164 hits
Pakatan Harapan and PKR have become the least preferred choice for Malay voters particularly fence sitters who opted to vote for BN and Perikatan Nasional over the opposition in the recently concluded Johor election said former Pandan MP Ra...
Rafizi To Return From Hiatus Aims For Pkr No 2 Spot

Rafizi To Return From Hiatus Aims For Pkr No 2 Spot

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 142 hits
Former Pandan MP Rafizi Ramli has announced his political return and will again seek to be elected as the PKR deputy president In a lengthy statement today Rafizi said his goals were to pursue progressive multi ethnic politics After the Joh...
3 Pelampau Khawarij Ditahan

Lost Opportunities In Labuan

Dua Bersaudara Maut Tiga Cedera Parah Nahas 4wd

Lirik Lagu Semua Tentangmu Sufian Suhaimi

Abyad Sofi

Zii Jia Won T Join National Team For Thomas Cup Training

Tamago Kake Gohan

Terimalah Kekurangan Sahabat Kita



Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Kuih Muah Tonton

10 Filem Indonesia Terbaru Best 2023 2024 Juga Tersedia Online


Mengenal Pafi Dan Peranan Pafi Dalam Industri Kesehatan

Panduan Membuat Salinan Iklan Media Sosial Dengan Alat Parafrase Ai

Singapore Travel Insurance For Europe What To Look For In A Comprehensive Policy

Shapellx Shapewear Your Guide To A Perfect Look

Enhancing Your Pubg Mobile Experience A Guide To Unknown Cash

Jamuan Saka Di Ruang Tamu