Sahur Pertama Di Makan Kitchen Double Tree By Hilton Melaka
Assalamualaikum wbt
DIPERTEMUKAN lagi kita dengan Ramadhan tahun ini, syukur Alhamdulillah. Tersedar pagi ini kerana hendak ke bilik air. Kemudian tengok jam di handphone, eh, dah pukul 4 pagi rupanya. Jom sahurrrrr! Nampaknya pagi ni, tadah perut ajelah sebab Pak Inche belanja bufet sahur di Makan Kitchen, Double Tree By Hilton Melaka. 🥰
Bufet sahur tak ada nasi lemak ya. Ada nasi putih, nasi goreng kambung dan bihun goreng. Pinggan pertama, ambil nasi putih sesudu, nasi goreng kampung sesudu, ayam masak kari seketul kecil, tetel asam pedas sesudu, kambing dua ketul dan sayur pucuk paku sesudu. Ada ulam timun, pegaga, bendi dan tomato dengan sambal belacan. Nampak ada disediakan paip sinki, terus makan pakai tangan, dah macam kat rumah 😆Sedap masakannya, tak ada yang terlebih garam, daging pun cukup empuk
Suasana di Makan Kitchen DTBH Melaka. Boleh tahan ramai jugak yang turun bersahur. Terasa meriahnya puasa tahun ini selepas Perdana Menteri mengumumkan fasa Peralihan Endemik. Teringat tahun lepas semasa BERSAHUR DI WESTIN DESARU. Masa tu tak ada bufet sahur, cuma room service di mana makanan sahur dihantar ke bilik
Kagum tengok staf hotel bertungkus lumus siapkan hidangan sahur awal pagi ni . Belakang Iman tu, ada kaunter memasak yang mana seorang senior chef sedang sibuk memasak, mungkin sediakan hidangan untuk bufet sarapan pagi nanti. Rasanya sepanjang malam mereka ni sibuk menyediakan hidangan untuk bufet sahur dan sarapan
Tengok muka Iman tu, seronok nau nau dapat makan nasi dengan Asam Pedas Tetel. Datang Melaka kali ni tak sempat nak makan Asam Pedas Tetel di Restoran Hajah Mona
Pinggan kedua, ambil Bihun Goreng dan Sambal Udang Petai. Eh, sedap sangat sambal udang tu, bihun pun sedap
Eh, makan kuih dan roti pulak dia ya. Rugilah Pak Inche bayar kalau Mak Inche diet, ya tak? Minum pulak Teh Tarik sampai dua cawan...memang ke laut la dietnya, kalah nelayan... hahahahah.. hahahahah
Syukur Alhamdulillah. Selamat berpuasa 🥰
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/04/sahur-pertama-di-makan-kitchen-double.html