Usul Undi Tak Percaya Pm Siapa Beri Ku Li Harapan


Athirah Huda Zalhe Petanda signifikan, sekian lama veteran UMNO itu bertapa di Gua Musang
BANGI – Siapa yang berada ‘di belakang’ Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sehingga beliau bersuara menuntut usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibahaskan di Dewan Rakyat?
Persoalan itu ditimbulkan Pemerhati Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Isa Hamzah susulan surat maklum balas Tengku Razaleigh atau Ku Li, baru-baru ini.
Terdahulu, Tengku Razaleigh meminta usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri diberi keutamaan untuk dibahas pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, yang dijadual 2 November ini.
Gesaan itu dibuat menerusi surat dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 25 September lalu, yang dikongsi kepada media, kelmarin.
Mengulas perkara itu, Dr Isa tertanya-tanya, siapakah yang ‘memberi harapan’ kepada veteran UMNO berkenaan untuk kembali bernafas, setelah sekian lama tidak muncul.
“Ini satu perkembangan menarik bagi saya, tentunya Ku Li keluar dari Gua Musang setelah lama bertapa di sana.
“Apabila dia keluar, seperti satu tanda yang signifikan, apa yang telah berlaku? Siapa yang beri beliau harapan untuk kembali bernafas?,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Bahkan, Dr Isa berkata, sehingga kini tidak jelas ke arah mana kecenderungan Tengku Razaleigh.
“Saya pun tertanya-tanya daripada mana sumber kekuatan beliau. Nampaknya menariklah untuk kita tahu siapa yang menyokong beliau.
“Daripada situ kita akan tahu apa yang berlaku di dalam UMNO. Sekarang nampaknya belum jelas,” katanya.
Surat Tengku Razaleigh itu merujuk usul tidak percaya terhadap Muhyiddin yang dikemukakan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad pada persidangan Dewan Rakyat Mei lalu, dan dibawa pada persidangan Julai.
Tengku Razaleigh berpandangan usul itu penting dalam menentukan Perdana Menteri mendapat kepercayaan Dewan Rakyat selaras dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.
Surat berkenaan tular ketika keadaan politik negara sedang tidak menentu ekoran dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti kukuh untuk membentuk Kerajaan Persekutuan baharu.
Selain Anwar yang menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober lalu, Tengku Razaleigh juga turut dipanggil menghadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Bagaimanapun, Setiausaha politik Tengku Razaleigh mendakwa bahawa pertemuan itu hanyalah untuk mendapatkan padangan mengenai situasi semasa politik negara atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen paling lama berkhidmat.
Dalam beberapa hari lalu juga, sekeping foto Tengku Razaleigh bersama Dr Mahathir serta isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tular di media sosial.
Foto tular itu menimbulkan pertikaian apabila ia didakwa kononnya pertemuan empat tahun lalu, tetapi kebanyakan pengguna media sosial menganggap ianya adalah baru.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/usul-undi-tak-percaya-pm-siapa-beri-ku.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Undi Tidak Percaya Kepada Pm Di Parlimen Bukan Untuk Kepentingan Mahathir Ada Badigol Yg Tak Faham

Usul Undi Tidak Percaya Kepada Pm Di Parlimen Bukan Untuk Kepentingan Mahathir Ada Badigol Yg Tak Faham

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 306 hits
Ia adalah untuk menyuburkan demokrasi berparlimen dan jika undian usul itu gagal ia memberi kebaikan kepada Muhyiddin menguruskan sebuah kerajaan yang diberi mandat oleh parlimen dan bukan lagi kerajaan tebuk atap Jika usul itu berjaya dan ...
Umno Tidak Berhasrat Kemuka Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Pm

Umno Tidak Berhasrat Kemuka Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Pm

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 317 hits
PONTIAN UMNO tidak berhasrat mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti dilakukan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah Setiausaha Agungnya Datuk Ahmad Maslan berkata tindakan T...
Usul Undi Tidak Percaya

Usul Undi Tidak Percaya

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 216 hits
Ku Li mahu speaker benarkan usul tidak percaya terhadapMuhyiddin
Panas Rupanya Ku Li Telah Hantar Usul Undi Tak Percaya Terhadap Muhyiddin

Panas Rupanya Ku Li Telah Hantar Usul Undi Tak Percaya Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 248 hits
Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO Tengku Razaleigh Hamzah telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Speaker Dewan Rakyat pada 25 September lalu Menerusi sepucuk surat yang dilihat oleh S...
Usul Undi Tidak Percaya Bukan Unik Dalam Sistem Negara

Usul Undi Tidak Percaya Bukan Unik Dalam Sistem Negara

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 256 hits
ismaweb netUsul takkan dipercepat perbahasannya tanpa diterima seorang menteriKUALA LUMPUR 27 Safar 1442H Khamis Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan bahawa kedudukan usul undi tidak percaya dalam Peraturan Mesyuarat Dew...
Panggil Sidang Khas Parlimen Atau Dahulukan Usul Undi Tak Percaya Dalam Dewan Saran Adun Ph

Panggil Sidang Khas Parlimen Atau Dahulukan Usul Undi Tak Percaya Dalam Dewan Saran Adun Ph

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 243 hits
Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka Datuk Sofi Wahab menyarankan agar Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen lebih awal bagi menentukan sekiranya beliau masih mempunyai majoriti sokongan di dalam Dewan Adun Durian Tunggal itu berkata i...
Empat Lagi Ahli Parlimen Hantar Surat Mohon Usul Undi Tak Percaya

Empat Lagi Ahli Parlimen Hantar Surat Mohon Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 16/10/2020 - jumlah : 341 hits
SHAH ALAM Empat lagi ahli Parlimen termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan Usul Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk sesi sidang Parlimen ak...
Prof Madya Dr Shamrahayu Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Usul Undi Tak Percaya

Prof Madya Dr Shamrahayu Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Usul Undi Tak Percaya

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 336 hits
nbsp KUALA LUMPUR Menjelang persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung selama 27 hari bermula 2 Nov hingga 15 Dis ini isu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin hangat diperkatakan Sebanyak 1...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Perlis Festival Goes On Despite Muddy Conditions Some Events Relocated


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet